Wednesday, March 18, 2009

eLLow@LaWaK

Koboi dan Pari-Pari

Al-Kisah…
Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :
Si Ular : “Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari”.
Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :
Si Koboi : “Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?”. Tanya Si Koboi.Si Ular : “Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?”. Kata Si Ular Itu.
Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :
Si Koboi : “Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga “Anu” Saya Sebesar “anu” Kuda Yang Saya Tunggangi Itu”. Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.
Si Ular Berkata Dengan Tenang :
“Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu”. Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.
Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :
“Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!”. Sambil Berjalan Dia Masuk Ke Bilik Dan “Z z Z z ” Ketiduran.
Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :
“Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!”.
Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina…!!.

MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral
——————————————————————————————

Ehwan dan 100 Ekor Ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.
Lelaki kaya: “Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya).” Pak Romee: “Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan.” Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan…
Pak Romee: “Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).”
Ehwan : “hantar ayam? Beres Tuan !”
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa …
Orang yg bertanya : “Bang, abang tak apa-apa kan… ? Kepalanya tak sakit kan?”
Ehwan : “Ha… ha… ha… !”
Orang yang bertanya : “Bang, kenapa bang ?”
Ehwan: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”

——————————————————————————————

Boboi Kencing dan Nyanyi
Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke, mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer, sesuka hati dia jerit kat mak dia…
“mak..boboi nak kencing!!!”.
Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
“Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?”. Boboi pon mengangguk tanda paham.
Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi. Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya… “Nenek…Boboi nak nyanyi!!”.
Neneknya membalas “Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!”, terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah…
“Um..yerlah..boboi..boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye…..”

——————————————————————————————

Isteri Berlaku Curang

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.
“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?”
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni”
“3 kali?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank”
“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..”
“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami, ” Kali ke 2 pulak?”
“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?” si isteri menyambung cerita “Ya, abang ingat” jawab si suami. “Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”
“Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”
Tan Sri pengsan kat situ jugak…

——————————————————————————————

Pemadam Api Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.
“Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan,” pegawai itu menerangkan. “kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan ‘foam’nya.” terang pegawai itu lebih lanjut.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.
Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, “Ingat !, seperti bom tangan.”. Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.
Demikianlah adanya…

2 comments:

hysMan.. said...

pandei mu bwat lawok..
heheheeeee...
:p

FiNa said...

xdela.......... copy paste je. hihihihi........

slmt berblogging.....
soryla croboh blog awk..........