Friday, May 6, 2011

Maksud di sebalik Open Relationship

Assalamualaikum.

Kita semua mempunyai Facebook kan? Tentu anda familiar dengan perkataan Open Relationship ni. Dulu aku tertanya-tanya juga apa maksud disebalik Open Relationship ni. Malah aku pernah juga guna status ni. Tapi tak lama. Sekarang, aku dah tukar status tu. :)

Aku terjumpa artikel mengenai Open Relationship ni kat sini. Ini artikel pandangan berdasarkan fakta. Jadi terpulang anda untuk menilainya.


Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum.

by Lutfi Hafiy on Saturday, November 27, 2010 at 11:22pm

No comments: