Thursday, September 3, 2009

Golongan lelaki yang bakal masuk neraka

Pertama:- Ayahnya


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:-
Suaminya


Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-
Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-
Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.....jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim
masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB

10 comments:

Naz said...

tq Fina.. entry kali ni membuatkan aku berfikir jauh...

Qarl said...

yup

entry yg bagus buat kaum adam

moga KARL mendapat syurgaNYA

Along Fina said...

u r welcome naz..
bgus la klu ko dapat berfikir jauh... jadilah lelaki yang baik disamping wanita... k? erm, cpt2 kawen.. aku da tak saba nak merasa nasi minyak ko nieh...

Along Fina said...

karl, insyaAllah.. pandai2 la jaga diri k?

smoga kita semua berada di jalan yg lurus...

hysman said...

Fina,
tp camne dgn laki yg da nasehatkan si isteri tp si isteri tak mau dengo?? adekah patut dicerai utk mengelakkn si suami ditanya kat akhirat sana??

Along Fina said...

man, aku tak tau la.. aku blm cukup ilmu dlam bidang nie.. huhuhu..

tp bagi aku la, klu da dapt isteri macam tu, ceraikan je la.. huuhuhu

ayisy said...

susah jadi lelaki... secara mata kasar, ramai akan kata menjadi lelaki adalah mudah dan seronok. tapi... emmm.. rasa macam tak nak kawen la plak. kalau dah kawen ada isteri, jadi ayah dan kemungkinan ada anak perempuan. haaaa...

Along Fina said...

ahhahaha...
ayisy2...
tergelak ku seketika.. ko ni...

ayisy, ko sebagai suami n ayah, kene la bertanggungjawab jaga dorang..

selamat menjadi bakal suami orang...
=D

hysman said...

perghhh!!!
ko ingat senang nak cerai bini??
weihh klu cinta da selautan bumi camne hati nak sanggup ceraikn bini woo...hurmm..

tp itulah kesilapan kerana sayang dan cinta,membelakangkan agama.. nauzubillah minta2 dijauhkan..

Along Fina said...

minta2 dijauhkan..
man, sebab tu, perkahwinan bukan benda main2... ko kne sries n bertanggungjaawab... ko kne plih la calon isteri yang terbaik di mata ko supye tak menyesal di kemudian hari...