Sunday, April 17, 2011

Ambil gambar mata bulat kepala senget. Comelkah?

Assalamualaikum...

Anda pernah tengok tak kat facebook, wanita pakai tudung, ambil gambar sendiri, mata dibuka seluasnya yang boleh, kembungkan mulut, kepala senget 30 darjah? Waaah! SANGAT comel! kan kan kan?!

Korang rasa comel ke? Mungkin comellah bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku, aku akan cakap gini, "Comelnyewww!" tapi dalam hati aku kata "Eiii, tolonglah!" 

Maaflah. Bukan aku nak kutuk. Tapi macam tak best la. Yelah. Korang tu dah memang cantik. Rasanya tak perlulah nak ambil gambar sampai macamtu sekali. Korang tak rasa macam korang menagih komen "Comelnyewww" ke kat gambar tersebut?

"Eleh Fina, kau jeles cakap je la. Sebab kau tak cantik macam kitorang!"

Errr.. Memanglah aku tak cantik. Aku tahu korang memang cantik. Tapi kecantikan tu untuk siapa? Untuk penatap gambar korang yang ajnabi (orang yang bukan mahram) ke? Kalau bukan untuk ajnabi, cuba korang bagi gambar tu kat ayahanda korang. Agak-agak apa reaksi beliau? "Aloh comelnye anak bapak!" Yeke ayahanda korang akan berkata begitu? I bet, beliau akan kata begini "Yang ekau menggodik ambik gambo gini apakeheynya? Dah tadok kojo ke?" Hahaha... kono ekau sobijik!

Sahabat. Terkadang aku sedih. Hijab (tudung). Cantik sekali kalian berhijab. Tapi tolonglah. Hijab dipakai untuk menutup auratmu. Bukan untuk membungkus kepalamu.

Shawl. Bagi aku tak salah untuk pakai selendang a.k.a shawl ni. Asalkan shawl itu menutup kepala dan dada. Tapi aku tengok sekarang ni dah bermacam-macam cara shawl tu dipakai. Macam-macam style. Bergaya sungguh. Terjuntai sana, terjuntai sini. Siap letak reben sana, reben sini.Cun! 

Tapi cuba kalian tanya balik diri sendiri. Kita pakai shawl ni untuk apa? Untuk menutup aurat atau untuk bergaya? Biar semua orang tengok kita cantikkah?

Sahabat, tak salah untuk bergaya. Tapi bersederhanalah. Jangan sampai ajnabi lihat kita sampai tak kedip mata dan tiang depan mata pun boleh langgar. Parah dah tu!

Apapun, untuk yang dah bertudung tu, baguslah. Dah kurang satu dosa. Jadi mari kita tingkatkan lagi sikit amalan kita dengan menutup dada dengan tudung tu. Takpelah. Sedikit demi sedikit okeh?

p/s: Cantik tak gambar aku lukis? agak-agak lepas tak pertandingan melukis kat tadika korang dulu? Hihihi...

Wassalam.

10 comments:

M.H.M.Z said...

Sokong sangat Fina... comment untuk perempuan tangkap gambar mulut buat cam bontot kucing pulak macam mana? hee~ gurau2 aja. maaf :)

FiNa said...

apis zaki... yg mulut b****t kucing tu termasuk dalam kembungkan mulutlah.. huhuhu

Melati said...

entry u menarik =) betul la tu,.

Cik Cempaka said...

dah jadi trend kut pipi kembung kepala senget2 tu..haha

ShakRoil said...

tuh dpa ingat cun kot.. :P

KertasWarnaMerah said...

jaga lah muka anda bila kat dalam internet. zaman la nih macam2 leh jadi, bertudung elok2 pon depa dah boleh split gambo tu jd gambo lain. adoi2.. hati2..

”cepat datang ke blog saya pulak!!!”

ayisy said...

Betul tu. Tak nafikan la lelaki mana tak suka tengok prempuan comel2 lg2 yg ambik gmbar mcm yg dinyatakan dlm entry ni. Silap2, boleh mengundang nafsu. Itulah bahayanya.

Tapi klu yg tgok tu lelaki mahram, ayah ke adik beradik dia ke. Peh! Gedik sehhh! Komfem kena marah atau perli. Huhu.

FiNa said...

Melati, thanks....

Cik Cempaka, trend memang la trend tapi kalau dah semua gambar kat Facebook semua gambar gitu apekejadahnya? hehe

ShakRoil, kalau dah cun tu amik gambar camne pun cun juga kan... :)

Kertas warna Merah, btul tu.. skarang ni dunia maju, cam2 bleh buat...

Ayisy, haha.. rasanya takkan wujud kut anak yg akan tunjuk gambar tu kat mak ayah dorang.. hehee

Syaratul Ain Mohd Khalid said...

assalamualaikum

lukisan tu tak cantik ...comel je


tp lukisan tu blkg kira...sbb ceritanya bagus...=)

FiNa said...

Syaratul Ain, terima kasih...