Wednesday, March 25, 2009

Assalamualaikum...

Sebelum memulakan bicara, saya ingin memohon jutaan maaf di atas segala ucapan yang akan saya sampaikan...Berkemungkinan besar saya tidak akan membuka blog saya dalam tempoh yang lama. Hal ini demikian kerana saya akan dihimpit kesibukan bermula lampiran ini diterbitkan.Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan blog sekalian di atas perhatian anda terhadap blog ini.

Namun, sekiranya anda ingin menyampaikan sebarang komen atau sebagainya, amat dialu-alukan.Secara jujurnya, blogging adalah perkara yang paling saya gemari. Dan kerana itu, hati terasa berat untuk meninggalkan blog ini, apatah lagi dalam tempoh yang lama.

Saya berharap, rakan blog sekalian akan terus berkecimpung dalam dunia blog ini untuk menyampaikan idea- idea membina dan berkongsi cerita sebagai panduan hidup dan keperluan masa hadapan untuk kepentingan kita bersama.

Akhir kata, selamat berkongsi idea dan membagunkan blog demi negara yang tercinta.

Wassalam...
FiNa

Tuesday, March 24, 2009

Agamaku tercinta ditindas...

FiNa: aku tak sanggup nak tengok vidio ni... tapi, aku gagahkan juga untuk tengok. So, sesiapa yang rasa-rasa takut tu, tolong jangan tengok...

*harap maaf, video ni aku terpaksa buang atas sebab2 tertentu...

Sunday, March 22, 2009

the tag

ni sume si hysman punye pasal... kene la aku jawab tag ni.... ok, korang bace baek2...

Tanda-tanda Anda...

1. Sedang Sukahati
kalo aku seke hati…. Mesti la aku sengeh memanjang… kalo aku tak sengeh, aku senyum… kalo aku tak senyum, aku smile… (^_^) kadang2 aku suke gak kaco orang len… huhuhu…. Tapi, biasanye bile aku tengah suke ati, aku mesti nak sume orang kat sekeliling aku tau, kenape aku tengah suke ati… kadang2 tu, aku bagitau dorang berkali-kali, sampai dorang jemu… padan muke… aku peduli ape… hikhikhik… asalakan aku suke ati…


2. Sedang Marah
marah…. Emmmm…. Aku pernah marah ke?? Ceh… mesti la pernah… biasenyer bile aku marah, muke aku masam mencuke… sume orang tau bile aku da bad mood…. Sume orang akan mule menjauhi aku.. sebab bile ku meletop, susah nak di ungkapkan dengan kate2.… hehehehe… aku pon takut…

3. Sedang Bosan Tahap Maxima
bosan??? Pe lagi.. makan laer…hikhikhik… biasenyer, bile aku boring, aku g layan enpon… miss call la sume member2 aku… nge… bile doing dah dapat miss call aku, dorang tau le aku tengah boring… tapi, jarang la aku bosan… aku selalu sibuk kat kedai parents aku.. bile mase nak layan kebosanan di tahap maxima??? Huhuhuuuuuuuuu…

4. Sedang Cemburukan 'Sesuatu'
Cemburu??? Memang susah nak hilangkan perassan cemburu… tapi, ape bleh buat… terpaksa la aku terima keaadaan tersebut walaupun terpaksa makan hati berulam jantung….huuuuuu….

5. Sedang Rindukan 'Sesuatu'
Rindu…bile aku rindu, aku akan sentiasa mengingati saat2 aku bersama dengan sesuatu yang aku rindu tu… ermmmmm… aku ank bagitau sesuatu yang secret ni… aku selalu rindu kat ayam goreng…. Yummy!! Hehehehe…


Kenapa Anda...

1. Rasa Cemburu??
Cemburu…. Biasanya aku akn cemburu bile aku tak dilayan.. hehehe… (manja ke camni?)


2. Rasa Marah??
Aku akan rase marah bile seseoang membelakangkan aku dalam ape2 yang berkaitan dengan hidup aku…lagi satu aku akn marah bile ade orang buat bising kat sekeliling aku…. Ha.. aku ade lagi satu sebab, aku akan marah bile ade budak pompuan meggedik depan lelaki… uish… buat malu kaum pompuan je…..

3. Senyum??
Aku akan senyum bile aku jumpe jiran2,member2,or orang yang aku kenal… lagi satu, aku memang kene sentiase senyum and besikap mesra.. almaklumlah, aku kan kene tolong parents aku kat kedai.so aku kenela sentiase bersikap mesra dengan pelanggan.lagipon, senyum kan sedekah… senyum…=)

4. Rasa Bersalah??
Rase bersalah bile aku terlepas marah kat orang lain.. kesian kat orang tu… takpon bile aku terlewat temu janji… tak kisah la date atau jumpe member2, same je bagi aku…..

5. Rasa Mengantuk Tahap Gaban
Aku akan ngantuk bile aku membace buku… terutama sekali, buku sejarah…. Buku teks sejarah memang ubat tido paling mujarab buat aku…hahhaaha… time ade klas sejarah pon aku ngantuk gak… ape punyer penyakit da… tapi kalo bace novel tak ngantuk lak…plek ke??.. Ahakk.. :)

Reaksi Anda Bila...

1. Sedang Marah
Bile marah, aku akan hentak2 barang..hahaha….buruk sungguh perangai.tapi, untuk meredakan kemarahan, aku akn mandi… hehheheh… bende yang aku paling selalu buat ialah mandi…bile dah buat sume tu, baru aku layan fon… ngengeeeeeee………


2. Terasa Malu Teramat Sangat
Control ayu…. Hakhahkhahaha…(walaupon aku tak ayu, buat2 je la ayu…)

3. Tak Dapat Tidur
Tak dapat tido??? Senang je… bace buku sejarah. Tak pon, pandai2 la aku bace buku yang boring untuk di bace… hehheheh… sesungguhnye, buku adelah teman setia ku…..

4. Ternampak Ehem Berjalan Dengan Ehem2
Ehem??? nak wat camne… orang dah beralih arah… tapi takpe, bagi dia mase untuk menjelaskan segalanya… kalo aku btol2 ehem kat die, aku akn bagi dia peluang… tapi kalo die pijak kpale aku gak, bye bye je la….

5. Keseorangan
Huhuuu…. Bez nyer keseorangan… bleh buat ape aku suke…. Hehehehe….. bile aku keseorangan, aku akan cakap dengan diri sendiri… maybe bende ni pelik, tapi aku dapat la mamperbaiki bahase inggeris aku…best tau, cube la..

5 Falsafah Anda...


1. lebih baik menyayangi orang yang menyayangi kita……………
2.aku takkan percaya orang lelaki sepenuhnye, walaupon aku dah lame kenal mamt tu…….
3. what you give, you get back……………………
4. the first thing to makes your dream comes true is wake up!!!!

5. aku tak akan mengalah dalam setiap tindakan yang aki lakukan..

huis... semput aku jawab tag ni... puas ati ko man???

Friday, March 20, 2009

Silap Nombor Punya Hal

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan
kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji(OG)..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.


Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..

OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Wednesday, March 18, 2009

eLLow@LaWaK

Koboi dan Pari-Pari

Al-Kisah…
Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :
Si Ular : “Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari”.
Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :
Si Koboi : “Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?”. Tanya Si Koboi.Si Ular : “Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?”. Kata Si Ular Itu.
Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :
Si Koboi : “Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga “Anu” Saya Sebesar “anu” Kuda Yang Saya Tunggangi Itu”. Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.
Si Ular Berkata Dengan Tenang :
“Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu”. Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.
Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :
“Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!”. Sambil Berjalan Dia Masuk Ke Bilik Dan “Z z Z z ” Ketiduran.
Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :
“Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!”.
Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina…!!.

MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral
——————————————————————————————

Ehwan dan 100 Ekor Ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.
Lelaki kaya: “Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya).” Pak Romee: “Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan.” Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan…
Pak Romee: “Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).”
Ehwan : “hantar ayam? Beres Tuan !”
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa …
Orang yg bertanya : “Bang, abang tak apa-apa kan… ? Kepalanya tak sakit kan?”
Ehwan : “Ha… ha… ha… !”
Orang yang bertanya : “Bang, kenapa bang ?”
Ehwan: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”

——————————————————————————————

Boboi Kencing dan Nyanyi
Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke, mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer, sesuka hati dia jerit kat mak dia…
“mak..boboi nak kencing!!!”.
Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
“Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?”. Boboi pon mengangguk tanda paham.
Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi. Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya… “Nenek…Boboi nak nyanyi!!”.
Neneknya membalas “Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!”, terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah…
“Um..yerlah..boboi..boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye…..”

——————————————————————————————

Isteri Berlaku Curang

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.
“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?”
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni”
“3 kali?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank”
“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..”
“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami, ” Kali ke 2 pulak?”
“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?” si isteri menyambung cerita “Ya, abang ingat” jawab si suami. “Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”
“Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”
Tan Sri pengsan kat situ jugak…

——————————————————————————————

Pemadam Api Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.
“Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan,” pegawai itu menerangkan. “kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan ‘foam’nya.” terang pegawai itu lebih lanjut.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.
Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, “Ingat !, seperti bom tangan.”. Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.
Demikianlah adanya…

just for jokes...

Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari duaminggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,“Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Mat menjawab, “sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.”
“Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh……”


——————————————————————————————
Pengantin Baru dan Gangguan Kesihatan

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.
“Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu,” saran doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.
“Hari ini hari apa bang?” tanya si isteri.
“Sumaat”

——————————————————————————————
Mary Sue di Hotel Mewah

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.
Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.
“Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!”
“Nyonya, ini adalah lif” jawab pelayan tu selamber.


——————————————————————————————

Melewati Kawasan Perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.
Ali dan Abu bersuara “Fuuufff…terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje”.
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: “Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??”
Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah…”Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!”

——————————————————————————————

Membuka Kedai Pertama Malu Sendiri

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.
Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
“HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya… Ya… Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini.”Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
“Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin.” Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur
“Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?”
“Saya datang nak pasang talian telefon” Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna


——————————————————————————————

Kisah Pelatih Baru


Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya… Terus Mendail…
“Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!” Katanya Menengking.
“Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?” Kata Suara Di Hujung Talian.
“Tidak” Jawab Rosman.
“Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?” Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
“Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?” Tanya Rosman.
“Tak, Awak Siapa?” Balas Pengarah Urusan Itu.
“Kalau Tak Tahu Bagus…” Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

SMS....

malam tadi aku mesej ar member2 aku... yang peleknyer, ade BEBERAPA membr aku ni membangkitkan soal prcintaan, perkahwinan, and prisip aku terhadap prinsip lelaki.. korang nak tau ke prinsip aku terhadap lelaki? kalo nak tau, tanye personal je dgn aku ek... karang kalo aku dedahkan kat blog aku ni, abis le aku kne basuh dgn korang... hikhikhik...


tapi,aku bukan nak ckp pasal prinsip akuni... tapi aku jz terkejut sbb aku da pandai nak nasihatkan org pasal percintaan... hehehehe... aku pon tekezut gak... hekhekhek....

(personal life aku pon tak dapat khidmat nasihat dari diri aku sendiri tau... hikhikhik.....)


ermmm... ble aku pker2, mmg susah nak bg nasiht nie... kne bermain dgn kate2... kate2 kne la berhikmah dan penuh makne... kalu tak, memang kate2 kite tu takkan masuk dalam kepale otak dorang...


ok la, tu je....


salam sayang,

FiNa
p/s: aku rase la, aku blaja sume memotivasikan orang ni dari blogger terkenal kat blog aku ni,iaitu,:
i.hysman
ii.naz
hahahahahaha... jangan marah ar bro.....

Monday, March 16, 2009

terima kasih!!!

assalamualaikum...
Firstly, aku nak ucapkan trme kasih kpd sume member2, adk2 angkat, family dan tak dilupakan, pihak maxis yg still ingat lg birthdate aku... huhuhuhu... walaupun result spm aku agak menghampakan, tp korang still concern kat aku........... huhuhuhuhu........ terharu nyerr..

satu ahri tu aku memang bizi.. fon aku sntse melekat kat telinge aku smpai pkul 11.59 malam... yela,kan haritu dapat free panggilan percuma maxis ke maxis... aku pe lagi.... hahahahaha.... sampai masa kat atas moto pon aku stilll ckap kat tepon... hahaha.... smpai orang yang aku tepon pon sakit telinga dgar bunyi angin kat tepon... gagagagagaga sorry yerk kawan-kawan...

tapi aku tak puas hati la... banyak lagi member yang aku tak tepon... borak memang panjang... sampai orang yang aku tepon 2 abis betri... hahahaha...

haaaaa........ ble da borak panjang2 tu, mle la... ada mcm2 jnis membe aku nie... ada yang melepaskan rindu la, melepaskan perasaan sket hati la and macam2 lagi la... hahahaha.......

kpd sesiape yang aku tak tepon tu, sorry tawww... bkan tak nak tepon, tp hari tu pon aku kne tlong parents aku kat kdai... bkan dpat cuti pon........ ape2 pon, aku still ingat kat korang taw...

oye, aku berkongsi bday dgn sorang junior aku ni...

HAPPY BIRTHDAY MUBARAK!!!!!!!

Thursday, March 12, 2009

kat mjsc kkb....

Harini, aku ambik result SPM... huhuhuhu.... result aku takdela gempak mane... member-menber aku berderet-deret yang dapat straight A......... huhuhuhu.......... jeles gak... tapi nak buat camne... dah ketentuan Illahi.. Bersyukur je lah apa yang aku dapat... At least takde la terlajak dari 4B.... huhuhuhuhuuuuuuuuuu............

on the way nak pegi tu ade la gak aku amik beberapa gambar buat kenangan.... tapi sayang nye, aku dapat jumpe adik2 junior aku semua sekejap je... tak puas la.... :(


kafe.... dlu, cik nor yang niaga kat kafe ni, tp harini aku tengok orang len plak yang niaga kat sini... waaaaaaaaa......... sejak aku pegi, banyak gak perubahan kat maktab ni aku tengok. dewan selera(DS) pon, orang lain punye tender, bukan orang dlu lg... aku dengar, banyak gak cikgu2 da pergi dari maktab.... bersepah-sepah... ade kat HQ, ade yang pindah kat maktab lain, ade yang berhijrah ke negara lain, ade yang bersara, ang macam-macam lagi.......




haaaaaaaa........ ni la salah satu blok kat Darul Quran. bez la tgk dak2 kat sini.... mostly, penampilan dorang alim2.. sejuk mata memandang..... bugak2 nye pon, baek2 belaka.... tu yang aku nampak la.... tapi yang aku tak nampak, tak taula..........






wah wah wah.......... sedapnyer makan jagung.......... sempat gak adik aku makn jagung sebelum sampai kat maktab.... aku gak yang tak dapat... habis di bahamnye sorang.... huhuhuhuhuhuhu......







bebudak kat atas ni merupakan antara pelajar terpandai kat maktab... congraaaaaats!! gambatte!! perkenalkan, jason and yip!








ni plak gamba beberapa blog asrama ktorang... bersih kan?? say thank you to pak husin, warden2, and all teachers...





ni plak gamba taman kat dpan gate maktab... tp xtaw la camne punye sudut bleh jd cmni lak visual tue...








adik aku, razif dengan gaya senyum kambing nyer....




tol gate woman... hahahha... sje je amik gmba ni... tersipu-sipu taw dy malu... hihihihihihi






sepanjang perjalanan ke maktab, kami disajikan dgn panorama yg indah... time aku skola dlu, aku memang tak saba2 nak blek maktab ble cuti... sebab pe? sbb dpt tgk keindahan alam yang menghijau... indah.... cantik... itulah antara kesempurnaan ciptaan Illahi... hilang juga kerisauan homework2 yang melambak tak siap lagi... tapi buat sementara je la... ble da sampai maktab, bru tergopoh-gapah nak siapkan homework... hahahahaha.... sbab tu aku tak pernah sebut cuti sekolah sebagai holiday, tp homeworkday... wakakakakaka........







Friday, March 6, 2009

result SPM nk kuar dah!!!

abisla... result SPM dah nak kluar... takuttt... camne ni... takut result hampeh... tak tau la pe aku nak buat kalo result aku hancor... top subjek yang paling menggerunkan ke yang menggerunkan...

1. Chemistry
2. Biology
3. English
4. Sejarah
5. Additional Mathematics
6. Physics
7. Pendidikan Agama Islam
8. Bahasa Melayu
9. Mathematics

camne ni??klo result aku hancor... bapak aku kata.... ish! xberani aku nak sebut... ngeri....

Thursday, March 5, 2009

happy birthday...

happy birthday kpd 2 orang sahabat aku... ummie (member kat mrsmkkb) and salihin (member kat smks16).. hahaha... smoge panjang umur.. da tue da korang nieh... nak kawen nanti jgn lupe jemput member korg kat sini nie yer.. sorry lar... kalini xdpt aku nak bagi korang ape2 hadiah or any card... yela... korang pon ade jauh nun di sane... huhuhu... (syahdunyer...)

Wednesday, March 4, 2009

Hujan oh hujan...

hujan!!!!!!!! habis ler sportshoes aku nie... lupe plak aku nak simpan semalam.pagi tadi sebelum aku g kedai parents aku pon aku lupe nak simpan.camner aku nak g latihan memandu nie? aku diwajibkan pakai kasut untuk latihan memandu nie...waduh!gawat gawat...........

Tuesday, March 3, 2009

Laman Sosial

Add Along Fina di Facebook

Along Fina


Jika ada mana-mana blogger yang telah add aku di Facebook, sila beritahu bahawa anda adalah seorang blogger dan berikan url blog anda melalui inbox. Ini kerana aku takkan approve orang selain orang yang aku kenal dan blogger sahaja. Terima kasih, Harap maklum. :)

Kongsi status atau pendapat anda di Facebook


Tanya apa sahaja melalui Formspring


Update di Twitter






Monday, March 2, 2009

penat nyerrrr...

waduh2... hari ni penat betul.naik lenguh kaki.. badan pon rase macam dah nak patah tulang belakang aku rase... fullamak... aku sebenarnye bangge gak bile penat camnieh... mnape? sebab, bile aku penat dan kelihatan penat camnieh, xde la mak aku suruh aku tolong kat kedai tue... yiehaaaaa!hahah... jahat ke aku nie? xdela jahat sangat kan??? kan?? kan???

pukul 7.00pg: antar adek aku gi pasti azzaharah,sekolah die larrr...

pukul 8.30 pg:
aku g meru,blaja moto.memang aku da expert bawak moto,cume nak kene hafal trek lesen tu yang lemah tu.aku da le lemah nak menghafal-hafal nieh... eih! menyampah! pastu kne amik QTI lak,arini gak!!!sampai la pkol 1.30ptg...fuhhhhh.... naseb baek lulus...

pukul 2.00ptg:
still kat meru. blaja naek kreta lak...da lar bru brape jam blaja naek kreta... daaa kne QTI kreta plak... huhuhuhu... takut nyerr bawak kreta g jalan raya... banyak lori plak! kaco btol! lulus gak! yeeeeha! tau x pe aku pker mase tue? rasa nak buat kenduri pulut kuning jerrrr! berahir pada pkol 5.00 ptg...

nseb baek la mse aku blatih segale jenis bende tue, ade mase rehatnya... boleh ler aku curi2 masa nak solat... siap baring2 lagi kat surau tue... hihihi... sebab xde orang. kalo ade orang, mmg nampak sangat la macam aku ni anak terbiar... hehehehe... rase macam surau tue aku punyer plak... hahhha...

bile aku balek je kat umah! aku ternampak lak mamat sengal 2.. dy dah kembali dri kampung rupenyer... aduih... mase tu aku da fikir da... mesti malam ni aku xtenang kat cc 2... ble malam nie, naseb baek dy xdok sblah aku lagi... yeeeeeha!!! sbb tu lar aku boleh taip panjang2 kat blog aku kalini.... huahuahuhua....

ok la... da xde idea nieh... bye... thanks a lot for your attention kat blog aku nieh... TQ!!