Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Soalan² bangang yang kadang² buat orang bengang.


Gambar dari Google

Kadang-kadang kita akan berhadapan dengan orang yang suka beri soalan tak masuk akal. So bila korang berhadapan dengan soalan tersebut, ni aku ada sediakan skema jawapan :)

1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.

2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa bodo.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop !

5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade , aku jatuh dalam lubang jamban tadi !

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih !

7) KAU KAT DALAM TOILET , PINTU BERKUNCI , ADA ORANG KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap ni ! =.='

p/s: Amacam? best tak jawapan? hehe...

Friday, October 8, 2010

20 Cara Membuat Roomate Anda Gila

Kadang-kadang, kita akan boring bila dah tak ada kerja kan? Ha, kat sini ada 20 perkara untuk menghilangkan boring dan mampu membuatkan roomate anda gila dan memungkinkan mereka berpindah bilik. Artikel ini aku kredit kepada: Syazwan Aizad Abdul Mutalib

Haha! Enjoy~


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang anda & pergi tidur.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati "horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat, "Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidur. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil di lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dia dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, sepert kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada anda.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dalam 10 bace yasin ramai-ramai. Bila roomate jaga pakat-pakat buat tak nampak apa-apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.



Haha! Sape nak buat gini?

Thursday, November 12, 2009

Perhatian...Jangan tertipu!!!

Perhatian.... kebelakangan ini, terdapat beberapa haiwan jinak telah menjadi bijak secara tiba2!!! gambar2 di bawah saya sertakan bagi membuktikan kewujudan mereka.. Jangan tertipu, lihatlah dengan teliti...



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


















































FiNa: Hahaha... sengal..

Sunday, September 6, 2009

Hikayat sekeping hati


Assalamualaikum...
Malam ni, aku nak berputis la.. boleh tak kawan-kawan? boleh la ye... terima kasih.

jangan terlalu formal... ye, seperti yang korang tau, aku memang lemah untuk menulis sesuatu yang formal ni. nak tulis karangan untuk SPM pon tak lepas lagi, walaupun aku dah agak lama melepasi SPM nieh... (ceh! dasar fina menuntut ilmu untuk periksa saje!) k.. stop merepek!
sekarang aku tengah memikirkan idea sambil makan kerepek(siyes) mybe untuk mendapatkan idea..
esok cuti... nuzul quran... Selamat menyambut nuzul Quran ye kawan2.... cuti lagi... adeh... walaupon aku suke cuti ni, tapi kadang-kadang aku bengang dengan diri sendiri.. sebab pe? sebab bile aku cuti, buku tak tengok langsung. Buku nota (notebook<-- lappy) tengok la... padahal, minggu ni aku banyak test woo.. memang la sengal aku nieh.. ni la akibatnya kalau laptop mendapat kemudahan WiFi.. huhu.. aku pon dibuai kesengalan..
ok, aku da dapat idea da nak cerita pasal pe.. lawak.. huhu.. nak buat lawak pe erk?
urm.. sorry la kalu penah dengar erk...

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab
exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym,
tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut.
Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan
seperti berikut . .

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"
"emmm . . "
"Abang masih ada di kelab lagi ke? "
"Iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari
kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang,
boleh ke sayang beli?
"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah
di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang
suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya
dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan
dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu. ."
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang
dan....pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang
dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk
dijual!!"
"Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada
taman orkid kat belakang , berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang"
" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. "
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli,
tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!!
I Love You !!!"
"Bye... I Love you too . . "

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil
mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang
ada dalam bilik tersebut:


"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

huhuuhuu.. lepastu agak2 pe jadi erk?? huhu...

Thursday, August 27, 2009

Orang gila dalam pesawat


Ada 15 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola sepak di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan..."

Thursday, June 18, 2009

lawak ke??

Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"


Pengemis gila

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!


Demam Malaysian Idol

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik.. .





FiNa: cam penah je dgr lawak2 ni... tapi di mana ya???

Saturday, June 13, 2009

Tepon

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru...
al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business...
tak tahu lah business apa...nanti aku tanya..!!

Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...
ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu...
almarinya..stationerynya la...tong sampahnya la...
dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!!

Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...
ye laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu......berangan ni...!!

Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang ni...lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar - juta2x...pura pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi hanya:duduk diam tak kata apa apa...

Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah... sibuk sikit...maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu??

Dengan selamba pelanggan itu kata...

"Err...encik...saya ni dari Syarikat Telekom... datang nak sambung talian talipon...!!"
FiNa: aku rasa aku dah baca dah lawak ni, tapi kat mana erk?? lupa la...

Tuesday, June 2, 2009

waduh!!!

Assalamualaikum...

hai kawan-kawan semua...

lama tak blogging ni.

ni pun buka sekejap sahaja...

sibuk la kebelakangan ni...

ni pun curi-curi masa sahaja...

alang-alang nak post entry, aku ada satu cerita... have fun!




Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin),

seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulama: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulama: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....



bye...

Friday, March 20, 2009

Silap Nombor Punya Hal

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan
kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji(OG)..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.


Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..

OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Wednesday, March 18, 2009

eLLow@LaWaK

Koboi dan Pari-Pari

Al-Kisah…
Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :
Si Ular : “Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari”.
Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :
Si Koboi : “Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?”. Tanya Si Koboi.Si Ular : “Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?”. Kata Si Ular Itu.
Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :
Si Koboi : “Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga “Anu” Saya Sebesar “anu” Kuda Yang Saya Tunggangi Itu”. Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.
Si Ular Berkata Dengan Tenang :
“Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu”. Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.
Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :
“Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!”. Sambil Berjalan Dia Masuk Ke Bilik Dan “Z z Z z ” Ketiduran.
Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :
“Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!”.
Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina…!!.

MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral
——————————————————————————————

Ehwan dan 100 Ekor Ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.
Lelaki kaya: “Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya).” Pak Romee: “Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan.” Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan…
Pak Romee: “Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).”
Ehwan : “hantar ayam? Beres Tuan !”
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa …
Orang yg bertanya : “Bang, abang tak apa-apa kan… ? Kepalanya tak sakit kan?”
Ehwan : “Ha… ha… ha… !”
Orang yang bertanya : “Bang, kenapa bang ?”
Ehwan: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”

——————————————————————————————

Boboi Kencing dan Nyanyi
Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke, mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer, sesuka hati dia jerit kat mak dia…
“mak..boboi nak kencing!!!”.
Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
“Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?”. Boboi pon mengangguk tanda paham.
Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi. Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya… “Nenek…Boboi nak nyanyi!!”.
Neneknya membalas “Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!”, terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah…
“Um..yerlah..boboi..boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye…..”

——————————————————————————————

Isteri Berlaku Curang

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.
“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?”
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni”
“3 kali?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank”
“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..”
“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami, ” Kali ke 2 pulak?”
“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?” si isteri menyambung cerita “Ya, abang ingat” jawab si suami. “Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”
“Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”
Tan Sri pengsan kat situ jugak…

——————————————————————————————

Pemadam Api Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.
“Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan,” pegawai itu menerangkan. “kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan ‘foam’nya.” terang pegawai itu lebih lanjut.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.
Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, “Ingat !, seperti bom tangan.”. Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.
Demikianlah adanya…

just for jokes...

Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari duaminggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,“Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Mat menjawab, “sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.”
“Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh……”


——————————————————————————————
Pengantin Baru dan Gangguan Kesihatan

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.
“Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu,” saran doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.
“Hari ini hari apa bang?” tanya si isteri.
“Sumaat”

——————————————————————————————
Mary Sue di Hotel Mewah

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.
Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.
“Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!”
“Nyonya, ini adalah lif” jawab pelayan tu selamber.


——————————————————————————————

Melewati Kawasan Perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.
Ali dan Abu bersuara “Fuuufff…terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje”.
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: “Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??”
Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah…”Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!”

——————————————————————————————

Membuka Kedai Pertama Malu Sendiri

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.
Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
“HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya… Ya… Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini.”Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
“Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin.” Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur
“Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?”
“Saya datang nak pasang talian telefon” Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna


——————————————————————————————

Kisah Pelatih Baru


Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya… Terus Mendail…
“Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!” Katanya Menengking.
“Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?” Kata Suara Di Hujung Talian.
“Tidak” Jawab Rosman.
“Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?” Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
“Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?” Tanya Rosman.
“Tak, Awak Siapa?” Balas Pengarah Urusan Itu.
“Kalau Tak Tahu Bagus…” Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.