Saturday, October 24, 2009

Kod Pakaian Wanita

Assalamualaikum... Hohohoho.. Selamat Hari Sabtu dan seterusnya.

Tugas manusia di muka bumi Allah ini adalah sebagai khalifah. btol tak? ye btol... huhuhu
Jadi harini, aku nak menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yang aku terima melalui mesej yang aku dapat. Sebagai wanita muslim, marilah kita mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan. Semoga kita mendapat pahala dan darjat yang mulia di sisi Allah, insyaAllah..

Semasa kita pergi menghadiri majlis tari menari contohnya, pihak penganjur akan memberi kita kod pakaian, kan? (tak pernah pegi pon majlis tari menari pon. tengok kat tv je..) Contohnya, "World Of Fantacy" (amik kod pakaian masa pegi English night kat MRSM dulu) . Takpon, bila kita ke pejabat, kita juga ada kod pakaian, yang disebut sebagai etika berpakaian.
Begitu juga dengan wanita muslimah. Kita ada kod pakaian sendiri apabila berpakaian, lebih2 lagi kita akan berhadapan dengan ajnabi (orang yang boleh dikahwini, bukan mahram) .

Berikut merupakan kod pakaian kita. Renung2kan, dan selamat beramal. hehehe..

Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut :

  • Pakaian hendaklah menutup seluruh badannya. Melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafsirannnya muka dan tangan.
  • Pakaian yang dipakai janganlah yang dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi bermaksud: “Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka.”
  • Pakaian tidak boleh terlalu ketat. Hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali dibahagian badan yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.
  • Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki.
  • Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sabda Nabi SAW bermaksud ; “sesiapa meniru sesuatu bangsa lain,maka ia adalah bangsa itu”
  • Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah SWT bermaksud : “janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu)……“-Al-Ahza:32
  • Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah SWT bermaksud : “dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” -an-Nur:31. Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang. Sabda Nabi SAW bermasud : “seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina.”

FiNa: Apekate kite buat checklist pada diri kita sendiri? Yang mana kita buat, yang mana kita tak buat. Aku dah buat dah. Tapi, keputusan dirahsiakanlah.. heheheh.. Korang cubela buat ek.. Artikel ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar menyampaikan. Tak salah kita berubah kepada kebaikan kan? ye btollll... hehehehe...

Selamat beramal.


1 comment:

Anonymous said...

salam...
btl 2.. x slh kte berubh utk mncri keredaah allah, tp slh kalu kte b'ubh utk slain nya.. jd kte kne ikhlas dgn pe yg kte laku kn,ikhlas krn allah. trus kn b'kkongsi ilmu, wlau spth ayt. -"sahabatulip"-