Tuesday, October 20, 2009

12 Azab Bagi Mereka Yang Mengabaikan Solat Berjemaah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dalam ke'bz'an aku mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar semester 1 jurusan Kejuruteraan Mekanikal ni, sempat jugalah aku nak menembus masuk ke tingkap tanpa sempadan ni, sekurang-kurangnya untuk menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yang diperoleh dari kotak emailku yang sudah hampir dipenuhi sawang2 lelabah maya. (adeh! apahal ayat aku berbunga-bunga ros malam nie??)

Hehehe.. nampaknya, frequency aku untuk berblog sepanjang 3 hingga 4 minggu akan datang adalah berkadar rendah memandangkan final exam is around the corner. (adeh! masuk bahasa matematik + english la pulak! maklumlah, minggu final exam dah dekat kan... huhuhu) Aku rasa, aku mesti rindu punyelah blog ni, dan rakan2 seperjuangan sekalian...

Kawan2,
doakan aku erk untuk berjaya dengan cemerlang... (kalau boleh nak genggam anugerah dekan terus!)

Kawan2,
dalam kita menuntut ilmu, mengumpul harta mahupun bersuka ria, jangan kita lupa tanggungjawab kita kepada Maha Pencipta. Sebagai menambah ke'afdhal'an solat yang kita kerjakan, tidak ada salahnya kita mengerjakan solat berjemaah. Oleh itu, renung-renugkan artikel aku kalini, menyedarkan kita betapa beratnya balasan orang yang mengabaikan solat berjemaah.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :
Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :
Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka

Oleh itu kawan2, sama-samalah kita renungkan, alangkah lebih baiknya kita mengerjakan solat secara berjemaah. Sampai disini saja. Jika terdapat khilaf dan salah dalam artikel ini, jangan malu, jangan segan, menyebarkan ilmu, sambil berdakwah, menyampaikan yang hak, tegurlah kesilapan.

Wassalam.

2 comments:

hysman said...

salam dak Fina..
thanx atas info nih..
termanggu aku seketika memikirkan diri yg sungguh keji dan jahil nih..

~thanx.. :p

Along Fina said...

man,
sama-sama....
termangu takpe...
jangan terkhayal menda len dah la...