Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Sunday, July 5, 2015

Hai semua! I'm back!!!

Assalamualaikum....




Hai semua.. Rindu aku tak? kihkihkih.. perasanlah fina oi..




Tapi seriously, aku rindu seh kat zaman blog ni. Kenapa eh blog jadi sepi? Adakah sebab blogger2 yang aku kenal semua dah kawen? Dan terus hanyut dek kebahagiaan (atau kesibukan) alam rumah tangga?




Aku pon tak pasti post aku ni ade orang baca ke tak. Tapi kalau ada yang baca tu hit me in the comment box, ok?




Tapi kalau takde yang baca, aku anggap blog ni sebagai diari maya aku je. Boleh? So boleh ke aku nak luahkan perasaan aku kat sini? bahaya tak? ko rasa? entah...




Oh ya. korang ape kabar? baik?? bagus la kalau baik.. Aku pun baik jugak. Cuma.. emm.. aku dah bosan..




Bosan dengan apa? bosan dengan hidup mungkin? Stress dengan keadaan sekeliling. kot... Padahal kerja aku takde la stess mana,.. buktinya? aku tengah taip ni time aku kat tempat kerja. hahaha.. mati la kalau bos aku baca blog ni. hahaha..




Aku sebenarnya banyaaaakk benda nak cerita kat blog. Tapi tak de internet selaju internet company ni. hahaha... so ade masa lapang sikit ni boleh la aku nak post kat sini.




Aku tengok last post aku adalah pada bulan puasa beberapa tahun lalu. (2012 kot?) La ni aku post ni pun bulan puasa jugak. Tapi aku pon tak tahu ape aku merepek kat blog ni. Patutnya pada bulan mulia penuh barokah ni aku post something useful, informative and productive entry (ewah speaking!). Tapi tu lah.. nasihat pada diri sendiri pun ke laut, apa lagi nak nasihat korang ye dak? huhuu...




Em... Lagi 10  hari dah nak raya. Tapi ape makna raya ni untuk aku? Yang pasti raya ni aku kene prepare jawapan untuk soalan-soalan hot sempena raya, iaitu; "Bila nak kawen?" Arghhhhhhh!!!!! tu la soalan yang boleh buat aku stress sampai tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, 2 pinggan baru kenyang kot. Kenapa harus wujud soalan tu dalam dunia ni? Why?? Why???Whyyyyy??!!!! Andwe!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ha tu dia..




Biasanya bila aku baca post2 orang lain, bila tang ni parents depa akan tenangkan hati depa. Tapi aku? Biasanya mak pak aku la yang selalu tanya soalan tu kat aku. Dan aku pon bertambah-tambah la stressnye.






Ok la.. dah panjang aku membebel ni.. Aku nak teruskan kerja aku.. Ok bye~










Yang stress,
Fina.

Tuesday, July 31, 2012

Tempat kerjaku yang bakal ku rindui.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Sihat saja kan? Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Hari ini nak cakap pasal apa ya? Sebelum apa-apa, aku nak cerita dulu, aku dah nak berenti kerja!!! Yeay! Tak sabar rasanya. 17 haribulan 8 nanti adalah tarikh terakhir aku akan berkhidmat di Flextronics Shah Alam. Keputusan ni aku memang dah fikir masak semasaknya. Okey harini aku nak cerita pasal kawan-kawan kat tempat kerja aku lahhh... :)

Gembira memanglah gembira sebab tak sabar nak sambung Degree pula. Tapi jauh di sudut hati, rasa sedih untuk tinggalkan tempat kerja aku ni. Yelah, kawan-kawan pun baik-baik belaka. Kerja pun takdelah busy sangat cuma aku je yang selalu mem-busy-kan diri.Yelah, kejap-kejap buat kerja, kejap-kejap merayau ke HR, kejap-kejap mengorat. Upssss! 


Macam-macam perangai mereka ni. Gambar di atas diambil semasa kami pergi makan steamboat kat Flamming sempena majlis perpisahan seorang engineer, Kak Liza (baju pink tudung pink). Mereka di atas baru sebahagian dari jumlah team aku. Ada lagi yang malu-malu miaw je nak amik gambar, ade yang dah balik. Aku? Akulah tukang ambil gambar. Hehe...

Team kami ni ada 4 orang sahaja perempuan. Dua orang engineer, dua orang technician. Kak Liza dah berhenti, tinggallah kak Aida keseorangan sebagai engineer wanita. Kalau aku berhenti kejap saja lagi, Kak Niza pun akan keseorangan sebagai technician wanita. Kalau Kak Niza kerja di shift pagi, bolehlah dia bermanja-manja dengan Kak Aida. Kalau Kak Niza shift malam, tak dapatlah. Kak Aida kerja normal, siang sahaja. Dah lah Kak Niza baru sahaja mengandung. :( Sabarlah ye Kak Niza...

Walaupun aku bekerja sebagai technician hanyalah 5 bulan kat sana, aku rasa macam dah banyak sangat pengalaman yang aku belajar dari mereka yang mematangkan aku. Termasuklah pembelajaran mengenai rumah tangga. Hehehe... InsyaAllah pembelajaran itu berguna dalam kehidupan aku kelak. InsyaAllah... :)

Okeylah. Sampai di sini sahaja untuk pertemuan kita kali ini. InsyaAllah bertemu lagi kita di entry yang lain pula ya. Jangan lupa klik iklan-iklan di blog aku ye. Tengoklah apa yang ada. Terima kasih... :)

 Assalamualaikum...


Sunday, January 16, 2011

Wanita Berkalung Sorban & Ciri-ciri menantu untuk Mama dan Papa.

Assalamualaikum.

Berapa lama aku bercuti menulis blog? Lama lah juga. Asyik berfacebook saja. Belum sampai sebulan aku kat Penang aku dah mula rindukan keluarga. Haha~ Tak pernah kot aku homesick macam ni. Masa kat MRSM dulu ego je sampai tak pernah menitiskan air mata bila parents aku balik. Haritu baru seminggu kat Penang dah teresak-esak teringatkan family sampai macam nak pecah dah pembuluh darah ni.  T___T

Okey, kembali kepada tajuk. Aku rasa blog ini sudah mencecah usia 2 tahun. Manakala aku pula 10 kali ganda dari usia ini. Sudah mencecah 20 tahun. Eh, belum lagi. Masih 19 okey~ belum birthday lagi. Haih... baru nak masuk 20 tahun, parents dah bagi nasihat dalam memlih calon suami. Hayya....





Malam tadi, aku baru tengok movie Perempuan Berkalung Sorban kat youtube. Dah berzaman punya cerita baru nak tengok sekarang. Haha.. Sinopsis tak perlu diceritakan disini. Sebab anda tengok sendiri kat youtube lagi syok. Revalina S Temat sangat comel pakai tudung labuh. Beliau melakonkan watak sebagai Annisa yang sangat tabah dan pendirian tegas. Meskipun dalam movie ni menengahkan fikiran konservatif segelintir masyarakat Islam, tapi aku taknak cakap pasal itu. Sebab aku takut tersebut sesuatu yang salah. Tapi aku nak cakap pasal pentingnya memilih suami yang betul. Ceh, macamlah expert sangat. Takpe. Sekadar berkongsi ilmu. Kalau salah sila betulkan.




Setiap wanita, aku tak terkecuali, mempunyai ciri-ciri yang diidamkan untuk dijadikan pemimpin dalam hidup dia dan keluarganya, pendamping siang dan malamnya, pencari rezeki dia dan keluarganya, dan pendidik kepada anak yang bakal dilahirkan olehnya. Sebab itu kita perlu mencari orang yang tepat. Bukan sekadar merasa kacak di mata, tetapi merasa dilindungi seluruh anggota badan dan jiwa raganya.

1) Pada aku, ciri terpenting sekali ialah faham agama dan berusaha melaksanakannya. Kerana bagi aku orang yang faham agamanya mempunyai akhlak terpuji. Bagi aku, jika 1 ciri ini sahaja dapat dipenuhi, aku dah tak perlukan ciri lain lagi. Kerana ini sudah mencakupi ciri-ciri di bawah:

-Penyabar
-Bersederhana
-Boleh memimpin keluarga
-Memahami
-Sihat
-Mampu menyelesaikan masalah

2)Ciri-ciri kedua terpenting:

-Warganegara Malaysia (Pergh! dah macam terma dan syarat pertandingan pulak)
-Berpendapatan tetap dan mampu menanggung keperluan keluarga
-Keturunan dari keluarga yang baik
-Berfizikal normal (Tak cacat)

3) Ciri-ciri tak penting tapi bonus kalau dapat:

-Pandai
-Hensom, Kacak dan Bergaya
-Ada rumah
-Ada kereta

4) Ciri-ciri yang mengada-ngada


-Sama bidang dengan aku (Mechanical Engineering)
-Pakai Spek
-Sentiasa pakai Baju Melayu dan bersongkok.

Yang paling penting, nombor 1 tu lah. Kalau takde nombor 1 tu memang aku taknak kahwin dengan dia. Hahaha. Nombor 2 tu adalah kepentingan duniawi yang kalau boleh aku nak jadikan priority. Tapi kalau tetap tak boleh nak dapat, masih boleh diselesaikan dengan persefahaman kami berdua. Chewah! Yang nombor 3 tu serious tak kisah. Kalau tak ada, boleh dirunding bersama. Nombor 4 pulak ngada-ngada je. Memang aku akan kene sepak dengan keluarga aku kalau aku bagitau mereka pasal ciri-ciri ini.

Banyak ke ciri-ciri tu. Nampak macam demand kan? Tapi sebenarnya aku bukan ingin semuanya. Cukuplah ciri-ciri pertama dipenuhi. Itu sahaja.

Okaylah. Dah panjang lebar ni aku membebel. Okay. Assalamualaikum.

Thursday, November 11, 2010

Rumah. Dia. Doa.

Assalamualaikum.

Huh... Lega. Akhirnya examku habis juga. Susah. Memang susah. Cuak dengan result yang akan datang. Entri kali ini, ala-ala ayat tak boleh belah. Sebab aku tengah feeling sedih sekarang. Jadi, sila sesuaikan mood aku dengan mood kalian.

Rumah.

Balik rumah. Mungkin malam ini. Mungkin juga esok. Entah. Tak tahu lagi. Bergantung bila parents aku akan masukkan duit. Duit aku ah habis. PTPTN? tak cukup. Entah kenapa tak cukup aku pun tak tahu. Boros ke aku? Yelah kot. Haisy! Ape nak jadi lah.

Rumah. Aku rindu ke dengan rumah? Rindu. Tak sabar nak balik rumah. Tapi kalau dah sampai rumah, lepas tu kata pulak, tak sabar nak balik Penang.   ( -.-")

Bila dah sampai rumah, aku akan jadi busy. Internet memang akan jarang sangat sentuh. Sebab aku akan tolong parents aku kat kedai. Sangat jarang aku online. Kadang-kadang je aku akan online. So kalau tengok aku tak update blog, tak online Facebook atau Twitter, faham-faham jelah.

Kalau kat rumah, tak habis-habis gaduh dengan adik-adik aku. (semua adik-adik aku lelaki). Terutamanya yang bawah aku tu. Ada saja yang tak puas hati. Tapi kadang-kadang dia pun boleh di harap. Kalau nak pergi mana-mana, bawak dia sebab dia lebih tau selok belok Shah Alam. Kadang-kadang kesian kat adik-adik aku yang lain macam di-adiktiri-kan. Tapi nak buat macammana kan, motor boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Huhuhu...

Tadi aku call rumah. Adik bongsu aku, Razif kata dia rindu aku. Terharu.

Dia.

Aku akan tinggalkan Penang. Semester ni aku balik, tanpa inform apa-apa pada seseorang tu. Agak janggal sebenarnya. Kalau sebelum ni, bila aku beli tiket bas, aku mesti telefon dia dulu, kau balik bila? Nak naik dengan aku tak? Nak aku tolong belikan tiket tak? Ataupun, kalau dia dah pasti takkan balik dengan aku, aku mesti tanya dia akan balik bila, naik apa dan macam-macam lagi. Tapi bukan dia seorang, ada juga rakanku yang sedestinasi denganku akan ku tanya.

Tapi semester ni berbeza. Kerana dia bukan lagi dia yang aku kenal. Dia bukan lagi sahabat aku yang dulu. Dia telah berubah. Boleh dikatakan, dia sudah tidak wujud lagi dalam dunia aku. Bukan aku yang membuang dia. Tapi dia yang seperti tak sudi berkawan denganku. Ah! Hanya dia seorang saja. Aku kan masih punyai ramai kawan lagi.

Dia seorang lelaki. Ya, aku salah, aku silap, aku mengerti. Tak seharusnya aku lakukan itu kepada seseorang yang bernama lelaki. Dulu aku lakukan itu kerana memikirkan dia adalah sahabatku. Namun aku tetap menjaga batasku. Dia antara sahabat yang aku rapat denganku berbanding kawan-kawanku yang lain.  Baiklah, aku silap. Aku berjanji tak akan lakukan itu lagi padanya. Maafkan aku.

Kepada dia. Maafkan aku. Jika kau rasa aku sungguh menjengkelkan. Percayalah, aku tak pernah berniat atas apa yang aku lakukan untuk kepentingan aku. Tolong lupakan semua yang pernah berlaku. Walaupun sebenarnya aku yang tak mampu.

Doa.

Sebelum mengundur diri, aku ingin mohon maaf kepada sesiapa yang sudi membaca coretan ini. InsyaAllah, jika umurku panjang, jika jari-jemariku belum cacat, jika mindaku masih waras, akan ku teruskan coretanku Januari nanti. Doakan aku agar selamat sampai kerumah, selamat kembali ke Penang suatu masa nanti. InsyaAllah. Doaku, semoga Allah melindungi kita. Moga Allah sentiasa mendengar doa kita. Amin.

Wassalam.

Monday, November 8, 2010

Undefined

Assalamualaikum.

"Hahahahahahahaha!" Terdengar suara perempuan gelak kat depan pintu bilik aku. Aku terbangun. What the! Pagi-pagi buta dah gelak kuat-kuat. Tak tido hape? Aku tengok jam. 6.03am. Lepastu roomate aku kejut, suruh bangun subuh. Padahal memang aku dah bangun. Rupa-rupanya dia pun terbangun dek suara tu. So, pergi la solat subuh. Haiyoo... Pening kepala aku. Sebab terbangun secara mengejut ni. Ok. cerita dah habis. (^0^)


Comel tak lukisan kat atas ni? Comel kan. Tapi aku buat lagi lawa. Ko tak dapat la nak kalahkan aku Inna. Kahkahkah... Ok, gurau je sweety. Bestfriend aku buat. Inna namanya. Esok birthday dia. Tengah dok fikir apa nak buat untuk dia. Ke nak buat entry untuk dia seperti ini? Atau beri teddy bear? No! No! No! Kami berdua tak suka teddy bear. (Yeke Inna tak suka jugak?)


Belajar Material Science. Target hari ini. Ni last paper aku. Lepas je dari paper aku tu esok, dah bermulalah cuti sem ni. Yeay! Wah... Esok nak exam baru nak study kah? Haiyyo! Gawat ni. Dengar-dengar cerita 10 Disember 2010, 9 pagi, result akan keluar. Erk? Exam pun tak habis lagi, result dah tahu keluar bila? Mungkin. Ok lah. Taknak cerita panjang-panjang. Nak study. Wish me luck.  ^_^

p/s: Cantik tak aku lukis yang kat bawah ni? Hehehe... Sempat lagi!



p/s/s : Lagi sekali buat tajuk yang tak sesuai dengan entry.  -.-"

Wassalam

Tuesday, November 2, 2010

Terima kasih kerana melawat.

Assalamaualaikum.

Wah... Baru je melepasi satu hardcore paper. Tension lah. Susah. Okey, mungkin salah aku sebab kurang study. Hope sangat lecterer baik hati sangat-sangat untuk bermurah hati memberi markah. Kalau jadi betul memang miracle lah Huh? adeke miracle jenis macam tu?

Kebelakangan ni, aku tengok makin ramai yang menjejak ke blog ni. Terima kasih sangat-sangat. Mungkinkah sebab beberapa kali berturut-turut masuk contest menyebabkan ada yang tertarik untuk ke blog ini? Entahlah. Tak dapat dibuktikan setakat ni. Sebab mereka yang menjejak hingga ke blog ini hanya meninggalkan jejak di Shoutbox sahaja. Bukan meninggalkan komen. Sedihnya.

Tapi, apapun, terima kasih ya! Disebabkan aku tengah busy final exam ni, lambat sikit aku jejak korang balik, okeh? Terimalah lukisan diatas ni seadanya sebab aku tak reti buat benda macamni yang lawa-lawa. Yang versi Paint pon jadilah ya? Lukis guna jari ni! Hehehe...

Okeylah. Nak sambung study. For those yang akan menghadapi final exam,Good Night! eh?!!! Good Luck!

Wassalam....

Sunday, October 17, 2010

Menikah kerana dia manusia biasa.

Assalamualaikum. Ini adalah post yang kedua untuk hari ini. Heh.. memang luar biasa bagi aku. Tapi aku betul-betul suka dengan entry ini. Aku peroleh dari note seorang seorang sahabat dari Facebook. Kredit kepada: Siti Munirah Wan Chik 



Cerita ini dipetik daripada email seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.
Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa Kerana Dia Manusia Biasa.

 Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

" Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." 

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya.. putih? "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb
  
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia.....?


"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.


"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"


"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.


Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."


Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.


Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin. 

Wallahu 'alam.


Bagi aku, ini adalah kisah pernikahan yang patut di contohi. Menikahi dia, tanpa perlu ada kisah cinta sebelum nikah. Menikahi dia, tanpa memandang rupa mahupun hartanya. Tapi kerana cinta yang telah terlebih dahulu dilabuhkan kepada Allah. 


Tuesday, October 12, 2010

Balik ni tak nak naik bas dah.... kot.

Assalamualaikum...



Kredit gambar kepada: Tanya aReaL Fan's

Wah! Gambar di atas sudah cukup membuatkan aku gerun. Oh..

Bagi aku yang study kat Pulau Pinang ni, memang mustahil la kalau nak minta parents jemput sampai ke Shah Alam kan? Dan bas adalah pengangkutan awam yang menjadi pilihan utama la sebab murah, selesa dah cepat. 

Tapi kalau dah jadi tragedi macam kat atas tu, memang ngeri lah. Hadoi... Macam mana? Takkan tetap nak naik bas kan? Kalau naik bas juga, mahunya hati tak tenteram selama 5 jam dalam bas tu. Parents pon risau memanjang... 

Nasib baik kat Penang Central tu ada pegangkutan kereta api. Tapi agak tak bestlah kalau naik kereta api sebab tak boleh tengok pemandangan, tempoh perjalanan yang lama,  tiket yang mahal dan kereta api hantar sampai ke KL Sentral je kemudian kena naik KTM sampai Padang Jawa. Tapi okey juga kan kalau naik yang ada katil. Cuma mahal sikitlah.

Wah... Nampak selesa. Tapi campur lelaki perempuan ke ek?

Dahlah KTM tu, kalau dibuatnye sampai kat KL Sentral pada waktu kemuncak, mahunya duduk dalam tin sardin lebih selesa tau. Kalau muatlah.


Kena juga sumbat ramai-ramai ni?

 Wah... macam tin sardin!

Hai.. ni yang lemah ni. Kadar jenayah boleh meningkat kalau keadaan ni berlarutan. Tapi, jeng! jeng! jeng! Nasib baik KTM ni perihatin juga. Lahirlah koc wanita yang hanya wanita sahaja yang boleh masuk. Sekurang-kurangnya wanita rasa selamat dan lebih terjaga. Alhamdulillah... Tapi kalau separuh wanita macam mana? Kalau tak nak malu baik jangan masuk. Hahaha...



Comel kan warna pink dia? Suka lah!

So, keputusan? Hm... insyaAllah balik naik KTM je lah. Huhu... So kena save duit la kalau nak yang koc yang ada katil. Kalau kerusi, sakit tengkok loh! huhu...

Okeylah. Sampai di sini sahaja. Final exam dah dekat sangat. Reputasi sangat teruk loh. Macam mana ni? Aku pulak macam susah sangat nak lepas dari ber-online. Adoi... 


p/s: Terfikir juga nak off facebook buat  sementara waktu. Tapi, macam takkan menjadi je? ( O.o)


Wassalam...

Wednesday, September 29, 2010

Kesibukan kelab, test, dan final exam that just around the corner~ Monkey Beach tetap di hati.

Assalamualaikum.

Fuh... Penatnya masih terasa. Keseronokannya masih terbayang dimata, dan alunan merdu ombak serta kemeriahannya masih terngiang-ngiang ditelinga. Bestnya mandi laut! Aku suka sangat-sangat.
Baru-baru ni, Jumaat hingga Ahad lepas (24-26 September 2010) salah satu kelab aku, Kelab Rakan Siber UiTMPP mengadakan perkemahan di Teluk Duyung atau lebih dikenali sebagai Monkey Beach lebih-lebih lagi dalam kalangan pelancong luar dan dalam negara. Sangat best! 


Aku sebagai ahli Majlis Tertinggi juga terasa penatnya menguruskan aktiviti ni. Lebih-lebih lagi aktiviti luar kampus ni. Dengan urusan bas, tempat, makan dan sebagainya memang menduga kecekapan kami. Tapi aku kira bernasib baiklah sebab kebanyakan kerja telah diuruskan oleh ketua projek, Nasrul, ketua fasilitator, Am dan dibantu oleh yang lain-lain.





Fuh~ memang sedap siput kat atas... Cuma makan la tak puas. Sebab susah gila nak keluarkan. Memangla senang kalau kat kat hujung tu dah di pecahkan, tapi nak memecahkan tu yang susah.  Buat sakit tangan je. Tajam pulak tu. Siput yang tajam tu la yang paling sedap kat sini. Kalau jual kat hotel tu harga dia seringgit seekor (kata Pak Cik Atan, si pemandu pelancong kami). Tapi nak makan tu err... Siput yang bintik-bintik tu namanya siput bintang. Comel je... Rasa pun boleh tahan sedapnya. Yummy....


Love our nature. Actually ni bukanlah tema kem kami. Sebab tema kem kami ialah 'Aspirasi Bumi Hijau'. Tapi masa ni sebab aku nak luahkan betapa aku sedih nak tinggalkan pantai ni. Serious seronok gila kem ni. 






Cantik kan pantai ni? Bersih, nyaman, cantik, tenang je... Tempat ni la aku mandi berjam-jam. Sebab tak puaslah mandi kat sini. Best sangat. Cuma kadang-kadang kaki terpijak siput yang tajam tu yang tak best.


Satu lagi tarikan kat Monkey Beach ialah Muka Head Light House. Pergh! Ni je la satu-satunya tempat yang rasa rugi sangat bila pergi Monkey Beach tapi tak pergi light house ni. Dari orang cerita, tempat ni best sangat sebab boleh nampak laut macam di sekeliling kita. Tapi aku tak pergi sebab tempat tu nak kene naik tangga yang sangat tinggi. Aduh... Tak larat den~


Banglo tinggal. Fuh~ Kat sana memang banyak banglo tinggal. Betul-betul sebelah pantai. Tak tahu sebab apa. Mungkin sebab sebelum ni memang ada orang yang dah tinggal kat pantai ni. Tapi selepas kerajaan beli untuk dijadikan Taman Negara, banglo ni pon jadi macamni je lah. Lagi satu, aku rasa, mungkin tempat ni terkena juga sedikit sebanyak peristiwa Tsunami dulu. Sebab tiang-tiang pagar kat sini semua macam dah tumbang. (Tapi ni aku agak je. Bukan fakta, dan aku langsung tak tahu apa fakta sebenar.) Kami memang larang keras para peserta untuk masuk kat banglo ni. Takut la jadi apa-apa. Yela banglo tu dah kosong lama kan... Alhamdulillah tak jadi apa-apa.






Ini waktu malam pertama kami disana. Aktiviti BBQ. Kat sana memang gelap sangat. Sebab takde elektrik. Jadi kami hanya pakai pelita dan bergantung hanya pada lampu suluh sahaja. Gambar atas: Bino main gitar (tapi kata tak tahu main, apalah...)


Gambar di atas merupakan antara orang yang sangat baik, berdedikasi, berkomitmen tinggi dan sangat berjaya menganjurkan kem ini. Tahniah aku ucapkan. Sayang korang lebihlah~

Sekian, itu sajalah cerita untuk Monkey Beach yang baru je pegi minggu lepas. And minggu ni pula, aku akan sibuk menonton pertandingan nasyid di kampus sempena UniFes. U aku menhgantar Al-Asrar sebagai wakil. Go Al-Asrar! InsyaAllah, kalau ada masa, aku update lagi.

Berbalik pada tajuk, aku cuma nak cakap, minggu ni and minggu depan banyak gila test. And aku rasa, aku LANGSUNG tak prepare apa-apa. Huhu~
Padahal lagi 3 minggu je nak final exam. Fina, please lah belajar betul-betul.



Wassalam.

Wednesday, September 22, 2010

Cerita Raya dot dot dot...

Assalamualaikum.... Salam 1 Malaysia.

Ohoiii... Masihkah anda dalam mood raya? Ceh... bagi aku, TAK! TAK! TAK!  (T___________T)
Sebab sekarang, aku sudah pun selamat sampai ke Pulau Pinang  lah..

Aku balik ke Penang hari sabtu, 18 September 2010. Hu... sangat sedih sebab time tu hari jadi adik bongsu aku, Razif yang ke-7. Huhu..

Ni lah kek yang aku dan adik aku, Adin  pilih di Seksyen 18... Cantik tak??Comel je kek ni. Kecik. Yela kitorang cuma berenam je.. buat ape nak besar2 kan.. ehehe... Dialog ketika di kanter, masa nak bayar kek:
 ........................................................................................
Jurujual (J) : Nak lilin berapa?
Aku (A) : Macam mana kira?
J: Free je
A: Ouh... Erm... bagi 7 lah.. (sebab adik aku kan masuk umur 7 tahun.)
 .....................................................................................

Lepastu terus jurujual tu terbeliak pandang aku. Adin pulak buat pandang tempat lain pulak. Dan aku pulak tertanya-tanya kenapa terjadinya kejadian tersebut.
Keluar je kedai,
 ...................................................................................
Adin : nak sumbat mane lilin banyak2 tu, bukan besar sangat kek tu. Apela... 3 je cukuplah
aku: Eh?? banyak sangat ke? baru kakak ingat nak mintak lebih.. percuma la katakan...
Adin: Percuma pon agak2 lah~ adoi...
aku dalam hati: La~ salah ke.. huu.. mane aku tau... first time beli kek daa~
 ..................................................................................



Ngaaa~
Raya ke 2,3 dan 4, kami pulang ke kampung di Sabak Bernam. Dan bila dah sampai Sabak Bernam memang tak sah kalau tak ke pantai Bagan Nakhoda Omar. Memang cantik pemandangan kat pantai tu.


Kalau dulu, pantai tu hanyalah pantai biasa, sekarang pantai itu telah di naik taraf untuk menarik perhatian pengunjung. Keistimewaan pantai tu, ada kelong. Jadi sesiapa yang teringin nak cuba2 pengalaman baru bermalam di rumah jenis kelong, datanglah ke pantai ni. Cantik...
Suasana senja yang mengasyikkan.


Mama dan Papa terkenang kisah lama.


Sebagai penduduk Shah Alam yang telah 16 tahun duduk di Shah Alam, memang gile kelakar kalau perkembangan bandar sendiri pon tak tahu walhal seluruh penduduk Malaysia dah tahu tentang kewujudan tempat bernama  'i-City', dunia LED terbesat pernah aku tengok selama ni.
.


Sangat cantik lampu-lampu ini berkilauan






Atas: Adin yang bajet.
Bawah: Kakaknya yang comel... hehehe...

Ok lah.. tu je lah cerita yang sempat aku nak cerita. Nak update cerita setiap hari memang malas gila.
Ok, wassalam...