Wednesday, August 12, 2009

sebuah kemaafan

Assalamualaikum... lama jgak aku tak update blog ni kan.. huhu.. sejak aku balik ke kampus kot.. huuhu.. sorry erk kawan2.. inipon aku curi masa sebenarnya. Sebab jumaat ni dah mula 1st test aku.. huhuhu.. cuak3... sebenarnye ade satu cerita aku nak kongsi dengan korang. Layan cerita ni jap.

Di sebuah kelas tingkatan 5 di sebuah sekolah berasrama penuh. Satu hari, selepas berjumpa guru Biologi, najwa duduk di kerusinya. Apabila dia mula melabuhkan punggungnya, gedebush! Najwa terjelepuk di lantai. Dapat didengari di seluruh kelas. Almaklumlah, najwa berbadan besar. Semua pelajar lelaki gelakkan dia. Rakan-rakannya yang perempuan pula menahan gelak. Kedengaran suara gelak paling besar dari tempat duduk belakang tempat duduk najwa, Nazim. Nazimlah yang telah menarik kerusi Najwa tadi.

“hahahaha... buah nangka busuk jatuh! Kesiannya... tu lah, jaga sikit badan tu.. nanti takdelah jatuh terjelepuk macam nangka busuk lagi, kan si gemuk? Hahahahahaha....” Nazim menyakat dengan suara yang kuat. Gelak tawa seluruh pelajar di kelas itu semakin menjadi-jadi.

Najwa hanya menunduk. Malu. Air mata mengalir. Bukan kerana kesakitan akibat terjatuh, tapi kesakitan akibat kata-kata yang sangat menyakitkan hati.

“Sumpah, aku takkan maafkan kau sampai aku mati!” tiba-tiba dengan nekad Najwa mengeluarkan kata-kata itu entah tenaga dari mana.

“Wah... takutnya aku... Aih, takkan baru jatuh sikit dah nak mati kot? Hahahaha...”

Najwa berlalu ke tandas. Tak dapat dia menahan air mata yang deras mengalir. Kata-kata Nazim terngiang-ngiang ditelinganya. Tiba-tiba matanya terasa berat. Dunianya mulai gelap. Tangan najwa meraba poket seragam sekolahnya. Rupa-rupanya ubatnya tertinggal di kelas. Mungkin terkeluar dari poketnya semasa terjatuh tadi. Najwa mulai panik. Tak mungkin baginya datang semula ke tandas dalam keadaan dirinya yang terasa sangat lemah. Matanya mulai gelap. Tangannya yang mulanya berpaut pada dinding terasa sangat lemah lalu Najwa terjelepuk ke lantai, buat kedua kalinya.

........................................

“Minta perhatian kepada semua pelajar. Sahabat kita, Najwa Abdul Rahim dari kelas 5 Amanah sedang terlatar di hospital akibat leukimia. Keadaannya sekarang adalah kritikal. Oleh itu, sebagai sahabat, marilah kita sama-sama melakukan solat hajat dan berdoa agar Najwa dapat kembali pulih dan meneruskan pelajarannya seperti biasa. Ayuh kita mulakan.” Pengumuman oleh ketua pelajar di surau selepas solat maghrib itu menyebabkan Nazim benar-benar tersentak. Rasa bersalah mulai menyelubungi dirinya lalu otaknya ligat memainkan semula keadaan pada pagi tadi. Najwa, maafkan aku. Terus hati kecilnya berkata-kata.

..............................................

“tidak cikgu! Saya harus pergi juga melawat najwa. Tolonglah cikgu. Saya merayu pada cikgu.” Nazim merayu-rayu kepada guru penolong kanan tersebut.

“Tapi Nazim, najwa dalam keadaan tenat. Saya harap, apabila kamu sudah berada di sana, tolonglah jangan mengeruhkan keadaan kerana seluruh keluarga najwa dalam keadaan bersedih di sana.”

“baiklah cikgu, saya janji. Tolonglah bawa saya ke sana sekarang cikgu.” Setelah sekian lama guru-guru berbincang, nazim dibawa ke hospital yang menempatkan najwa.

Setibanya nazim dan guru-guru di hospital, kelihatan Puan Rosnah, ibu najwa meraung kesedihan dalam pelukan anak sulungnya,Naemah. Manakala Encik Rahim terjelepuk di lantai. Masing-masing mengalirkan air mata. Najwa tak dapat diselamatkan memandangkan lambat diberi rawatan.

Nazim yang melihat drama langsung dari matanya tidak dapat menahan air mata. Dia terus meluru ke bilik rawatan dimana najwa ditempatkan.

“Najwa, aku minta maaf. Minta maaf sangat-sangat. Aku tak sangka aku telah buat kesilapan tebesar dalam hidup ni. Kalaulah aku tak tarik kerusi kau, tentu ubat tu tak jatuh dari poket kau. Ni, aku bawa ubat kau yang bertaburan di lantai semalam. Aku mint maaf najwa. Tolonglah maafkan aku. Tariklah balik kata-kata kau takkan maafkan aku sampai kau mati tu. Tolonglah..” nazim menagis disisi najwa. Mata najwa tertutup rapat tanpa menunujukkan apa-apa reaksi.

.................................................................

Kawan-kawan... kalau korang dalam situasi nazim, ape korg akan buat? Keseronokan yang membawa kepada rasa bersalah dalam diri sendiri. Korang, kalau ada buat salah dengan sesiapa, janganlah tangguh2 lagi untuk minta maaf. Mati itu ketentuan Allah. Kalau orang yang marah kita tu mati sebelum memaafkan kita, camne? So, dalam kesempatan ni, aku minta maaf kalau ade sesiapa pernah marah pada aku. Cerpen yg xbrpe ni, sebenarnya dah lama aku nak cerita kat korang, tapi belum sampai mood lagi. Baru petang semalam dapat mood ni. So sementara mood masih ade, cepat2 la aku taip untuk korang. Salam ukhuwah...

17 comments:

Naz said...

i'm 1st... muahahahaha....

FiNa said...

eelah.....
aku stdy ok je.... kot...
huuhuhu... sbuk skit.. huhu...
ko camne? lame tak dengar brte...

Naz said...

ok jer? kasi la cemerlang tahap dewa... time memula ni la kena score high mark pesal silibus x bnyk dan x susah sngt. bila dan naik part, subjek makin susah woo... pointer yg sebelum2 tu la yg akan cover balik...
aku mcm ni la... time free, goyang kaki.. time x free, goyang kepala lutut... hahahaha...

FiNa said...

ooo...
ok2...
aku dgr nasihat ko tu..
naz, dlu ko amik pe kat pineng nieh?

Naz said...

aku amek coz electronics eng..

FiNa said...

owh...
sambung degree dah?

Naz said...

x sambung pun...

FiNa said...

nape??

Naz said...

pesal aku fikir balik tujuan aku kalo further utk apa... so, aku x jd la nak smbung... sekian.. hehehe

hysMan.. said...

Alhamdulillah perangai aku tak mcm si nazim time skolah dulu..
klu aku jd Nazim aku tejon bgunan..
rasa bersalah sepanjang hayat tak leh dimaafkan..
klu aku jd clasmate Nazim n Najwa aku repot kat parent si Najwa kasi hukuman yg setimpal bg org yg tak sedo diri cam Nazim..
perghhh!! siuuut la beliau...

FiNa said...

naz,
nape ko ko pk camtu?

FiNa said...

man,
mmg btol pon **** nazim tuh.. aku pon geram.. tapi tu la perangai budak lelaki zaman skarang. kadang2 aku hilang kepercayaan kat bdk llki, sbb perangaai bodo camni la...

Naz said...

pasal apa? hmmm... pasalnya, kalo aku further, aku akan lebih cenderung utk kerja makan gaji lepas grade. ;)

FiNa said...

oo.. so skrg ko bwt bisnes erk naz? sory la.. aku tak tau sgt pasal ko...

Naz said...

biz kecik2 sikit. bolehlah nak back up over head aku... hehehe...

FiNa said...

bisnes pe? blogging?

Naz said...

kontraktor... blogging tu isi masa lapang dan carik kawan2 baru...