Showing posts with label berita terkini. Show all posts
Showing posts with label berita terkini. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Balik ni tak nak naik bas dah.... kot.

Assalamualaikum...



Kredit gambar kepada: Tanya aReaL Fan's

Wah! Gambar di atas sudah cukup membuatkan aku gerun. Oh..

Bagi aku yang study kat Pulau Pinang ni, memang mustahil la kalau nak minta parents jemput sampai ke Shah Alam kan? Dan bas adalah pengangkutan awam yang menjadi pilihan utama la sebab murah, selesa dah cepat. 

Tapi kalau dah jadi tragedi macam kat atas tu, memang ngeri lah. Hadoi... Macam mana? Takkan tetap nak naik bas kan? Kalau naik bas juga, mahunya hati tak tenteram selama 5 jam dalam bas tu. Parents pon risau memanjang... 

Nasib baik kat Penang Central tu ada pegangkutan kereta api. Tapi agak tak bestlah kalau naik kereta api sebab tak boleh tengok pemandangan, tempoh perjalanan yang lama,  tiket yang mahal dan kereta api hantar sampai ke KL Sentral je kemudian kena naik KTM sampai Padang Jawa. Tapi okey juga kan kalau naik yang ada katil. Cuma mahal sikitlah.

Wah... Nampak selesa. Tapi campur lelaki perempuan ke ek?

Dahlah KTM tu, kalau dibuatnye sampai kat KL Sentral pada waktu kemuncak, mahunya duduk dalam tin sardin lebih selesa tau. Kalau muatlah.


Kena juga sumbat ramai-ramai ni?

 Wah... macam tin sardin!

Hai.. ni yang lemah ni. Kadar jenayah boleh meningkat kalau keadaan ni berlarutan. Tapi, jeng! jeng! jeng! Nasib baik KTM ni perihatin juga. Lahirlah koc wanita yang hanya wanita sahaja yang boleh masuk. Sekurang-kurangnya wanita rasa selamat dan lebih terjaga. Alhamdulillah... Tapi kalau separuh wanita macam mana? Kalau tak nak malu baik jangan masuk. Hahaha...



Comel kan warna pink dia? Suka lah!

So, keputusan? Hm... insyaAllah balik naik KTM je lah. Huhu... So kena save duit la kalau nak yang koc yang ada katil. Kalau kerusi, sakit tengkok loh! huhu...

Okeylah. Sampai di sini sahaja. Final exam dah dekat sangat. Reputasi sangat teruk loh. Macam mana ni? Aku pulak macam susah sangat nak lepas dari ber-online. Adoi... 


p/s: Terfikir juga nak off facebook buat  sementara waktu. Tapi, macam takkan menjadi je? ( O.o)


Wassalam...

Friday, August 27, 2010

Remaja hilangkan diri mahu cari kebebasan, ketenangan


NOR HALIMAH menunjukkan gambar anaknya, Nur Atiqah yang menghilangkan diri sejak kelmarin.
KUALA LUMPUR: "Mama jangan bimbang, Iqah di rumah kawan untuk mencari ketenangan dan kebebasan." Demikian SMS dihantar seorang remaja istimewa atau lembam, Nur Atiqah Rosli, 17, kepada ibunya selepas menghilangkan diri dari sekolah, kelmarin.

Ibunya, Nor Halimah Ismail, 55, berkata beliau menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Jalan Cochrane, dekat Cheras jam 8 pagi itu tidak melihat sebarang perubahan dan menunggu di luar pagar sehingga anaknya memasuki sekolah.

Bagaimanapun, suaminya, Rosli Abdul Hamid, 65, ke sekolah berkenaan untuk mengambil anaknya jam 12 tengah hari terkejut dimaklumkan pihak sekolah anaknya tidak memasuki kelas sepanjang hari.
“Beberapa jam kemudian, dia menghantar SMS mengatakan berada di rumah kawannya. SMS terbaru malam tadi pula meminta maaf dan menyuruh saya tidak bimbang. Hati ibu mana tidak risau kerana sebelum ini dia tidak pernah keluar rumah sendirian. Ke mana saja dia pergi saya akan mengikutnya kerana bimbang keadaan dirinya diambil kesempatan individu lain,” katanya semalam.

Nor Halimah berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk mendapatkan bantuan saudara mara mencari anaknya di sekitar sekolah selain cuba menghubungi telefon bimbit anaknya, tetapi gagal.

Justeru, beliau meminta orang ramai menghubunginya di talian 012-3176508 jika ada maklumat. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa dan gerakan mencari sedang dilakukan.

........................................................................................................................................................................................................................

Kredit kepada Berita Harian Online

Assalamualaikum.

Haisy... ape nak jadi ni. Remaja zaman sekarang, terlalu menginginkan kebebasan. Sedangkan Allah telah berfirman:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Al-Baqarah, ayat 216

Padahal kan, dah nak raya ni. Budak ni tak nak raya ke? Kesian family dia, mesti sedih mengenangkan pagi raya yang akan datang tanpa Atikah... Dan, si Atikah ni pon tak sedih ke kalau beraya tanpa keluarga? Aku ni kalau boleh taknak keluar g mane2... kalu boleh nak buat persediaan raye sekarang-sekarang jugak. huhu...