Friday, August 27, 2010

Remaja hilangkan diri mahu cari kebebasan, ketenangan


NOR HALIMAH menunjukkan gambar anaknya, Nur Atiqah yang menghilangkan diri sejak kelmarin.
KUALA LUMPUR: "Mama jangan bimbang, Iqah di rumah kawan untuk mencari ketenangan dan kebebasan." Demikian SMS dihantar seorang remaja istimewa atau lembam, Nur Atiqah Rosli, 17, kepada ibunya selepas menghilangkan diri dari sekolah, kelmarin.

Ibunya, Nor Halimah Ismail, 55, berkata beliau menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Jalan Cochrane, dekat Cheras jam 8 pagi itu tidak melihat sebarang perubahan dan menunggu di luar pagar sehingga anaknya memasuki sekolah.

Bagaimanapun, suaminya, Rosli Abdul Hamid, 65, ke sekolah berkenaan untuk mengambil anaknya jam 12 tengah hari terkejut dimaklumkan pihak sekolah anaknya tidak memasuki kelas sepanjang hari.
“Beberapa jam kemudian, dia menghantar SMS mengatakan berada di rumah kawannya. SMS terbaru malam tadi pula meminta maaf dan menyuruh saya tidak bimbang. Hati ibu mana tidak risau kerana sebelum ini dia tidak pernah keluar rumah sendirian. Ke mana saja dia pergi saya akan mengikutnya kerana bimbang keadaan dirinya diambil kesempatan individu lain,” katanya semalam.

Nor Halimah berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk mendapatkan bantuan saudara mara mencari anaknya di sekitar sekolah selain cuba menghubungi telefon bimbit anaknya, tetapi gagal.

Justeru, beliau meminta orang ramai menghubunginya di talian 012-3176508 jika ada maklumat. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa dan gerakan mencari sedang dilakukan.

........................................................................................................................................................................................................................

Kredit kepada Berita Harian Online

Assalamualaikum.

Haisy... ape nak jadi ni. Remaja zaman sekarang, terlalu menginginkan kebebasan. Sedangkan Allah telah berfirman:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Al-Baqarah, ayat 216

Padahal kan, dah nak raya ni. Budak ni tak nak raya ke? Kesian family dia, mesti sedih mengenangkan pagi raya yang akan datang tanpa Atikah... Dan, si Atikah ni pon tak sedih ke kalau beraya tanpa keluarga? Aku ni kalau boleh taknak keluar g mane2... kalu boleh nak buat persediaan raye sekarang-sekarang jugak. huhu...