Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Beli baju raya

Assalamualaikum..


Malam tadi beli baju raya untuk adik-adik... tukang pilih baju je la.. parents yang bayar...


Beli baju melayu budak je. Darjah 6. Still bahagian kanak-kanak la... Tengok harga, RM55 something.


Aik??? Mahal beb.. Baik beli baju dewasa. huhuhu...


Tapi ape nak buat? beli jugak la. Dah memang harga standard dia.


Sebelum ni (zaman aku belajar), aku tak pernah tengok harga. Parents aku suruh pilih je. Sekarang bila dah kerja, aku beli sendiri baju raya. Bagi aku mahalnya baju yang aku beli... Beli untuk diri sendiri je, tetap terasa kemahalannya..


Harga barang-barang sekarang memang mahal. Tak tahulah kalau dah berkeluarga kelak, harga mesti jauh lebih mahal dari sekarang.


Moral of the story:
1. Hargai ibubapa anda yang banyak berpenat lelah kumpul duit untuk beli pakaian raya anak-anak.


2. Nak beli baju raya kene kumpul duit daripada bulan Zulkaedah, bukan bulan Ramadan.


3. Beragak-agaklah masa nak pilih baju raya, jangan terlalu boros.


4. Berjimat-jimatlah dalam perbelanjaan. Dunia dah makin mahal. tapi ingat, Akhirat lebih mahal.


Ok bye.


Assalamualaikum...

Sunday, July 14, 2013

Promosi Ramadhan: Tudung 4 lapis cantik menarik

Assalamualaikum semua.

Di sini ada beberapa helai tudung untuk tatapan anda. Harga yang murah dan mampu milik. Kesemuanya berharga RM50 setiap helai termasuk kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia.

Jika berminat, sila private message (pm) di page saya [Fina's Blog] atau terus komen di [album ini].


Tudung 1

Tudung 2

Tudung 3

Tudung 4


Tudung 5

Tudung 6



Tudung 7



Tudung 8

Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan tudung dengan harga yang murah dan cantik!

Tuesday, July 31, 2012

Tempat kerjaku yang bakal ku rindui.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Sihat saja kan? Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Hari ini nak cakap pasal apa ya? Sebelum apa-apa, aku nak cerita dulu, aku dah nak berenti kerja!!! Yeay! Tak sabar rasanya. 17 haribulan 8 nanti adalah tarikh terakhir aku akan berkhidmat di Flextronics Shah Alam. Keputusan ni aku memang dah fikir masak semasaknya. Okey harini aku nak cerita pasal kawan-kawan kat tempat kerja aku lahhh... :)

Gembira memanglah gembira sebab tak sabar nak sambung Degree pula. Tapi jauh di sudut hati, rasa sedih untuk tinggalkan tempat kerja aku ni. Yelah, kawan-kawan pun baik-baik belaka. Kerja pun takdelah busy sangat cuma aku je yang selalu mem-busy-kan diri.Yelah, kejap-kejap buat kerja, kejap-kejap merayau ke HR, kejap-kejap mengorat. Upssss! 


Macam-macam perangai mereka ni. Gambar di atas diambil semasa kami pergi makan steamboat kat Flamming sempena majlis perpisahan seorang engineer, Kak Liza (baju pink tudung pink). Mereka di atas baru sebahagian dari jumlah team aku. Ada lagi yang malu-malu miaw je nak amik gambar, ade yang dah balik. Aku? Akulah tukang ambil gambar. Hehe...

Team kami ni ada 4 orang sahaja perempuan. Dua orang engineer, dua orang technician. Kak Liza dah berhenti, tinggallah kak Aida keseorangan sebagai engineer wanita. Kalau aku berhenti kejap saja lagi, Kak Niza pun akan keseorangan sebagai technician wanita. Kalau Kak Niza kerja di shift pagi, bolehlah dia bermanja-manja dengan Kak Aida. Kalau Kak Niza shift malam, tak dapatlah. Kak Aida kerja normal, siang sahaja. Dah lah Kak Niza baru sahaja mengandung. :( Sabarlah ye Kak Niza...

Walaupun aku bekerja sebagai technician hanyalah 5 bulan kat sana, aku rasa macam dah banyak sangat pengalaman yang aku belajar dari mereka yang mematangkan aku. Termasuklah pembelajaran mengenai rumah tangga. Hehehe... InsyaAllah pembelajaran itu berguna dalam kehidupan aku kelak. InsyaAllah... :)

Okeylah. Sampai di sini sahaja untuk pertemuan kita kali ini. InsyaAllah bertemu lagi kita di entry yang lain pula ya. Jangan lupa klik iklan-iklan di blog aku ye. Tengoklah apa yang ada. Terima kasih... :)

 Assalamualaikum...


Sunday, July 24, 2011

Sunnah pada Bulan Ramadhan

Ini adalah post yang telah aku publish di blog [Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang].

Assalamualaikum. Sahabat-sahabat PKI. Semoga anda sihat menjelangnya bulan mulia, Ramadhan. Sudahkah anda bersedia menyambut bulan mulia ini? Para akhowat, sudahkah anda menjelaskan hutang-hutang anda? Di harapkan sudah selesai semuanya. Jika belum, janganlah berlengah lagi. Jika tidak  habis mengganti, fidyah lah jawabnya.

Pada bulan Ramadan ini disyariatkan untuk berpuasa yakni meninggalkan makan dan minum serta segala perbuatan yang keji dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Sabda Nabi:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu semua." - Hadis riwayat Ahmad, no: 9133.

Sumber imej : Google

Di sini saya ingin sertakan beberapa sunnah yang boleh kita jalankan sepanjang ramadhan. Bukan sahaja berpuasa, malah kita boleh melakukan sunnah ini supaya pahala kita berlipat ganda. Kita perlu berlumba-lumba untuk meningkatkan pahala kita.Takut-takut, tahun depan kita tidak dapat bertemu Ramadhan, alangkah ruginya bila pahala kita tidak mencukupi. Tapi dengan syarat, segala sunnah ini haruslah kita niatkan kerana Allah, semata-mata Allah! Di sini saya sudah memudahkan anda membaca dengan menebalkan isi penting dan men'Italic'kan dalil-dalalnya. Jom kita explore, Zass! 

Doa ketika melihat anak bulan


Apabila seseorang melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya bulan Ramadan, dia hendaklah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Nabi s.a.w iaitu :

"Ya Allah munculkanlah anak bulan ini ke atas kami dengan membawa keberkatan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.- Hadis riwayat al-Tirmizi, no: 3373.

Meninggalkan perkataan-perkataan keji, dan lebih bersabar

Disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.

Jangan bercakap bohong

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan itu terus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.

Banyakkan bersedekah

Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain. Ibn Abbas r.a berkata:

Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.

Bertadarus

Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata:

"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.

Menunaikan umrah jika berkemampuan

Jika berkemampuan, berusahalah untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan kerana pahalanya menyamai pahala mengerjakan ibadah haji. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1782.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: "Pahala umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala haji. Tetapi, bukan bererti umrah tersebut dapat mengugurkan kewajipan haji. Berdasarkan ijmak ulama, umrah tidak dapat menggantikan kewajipan ibadah haji hinggakan orang yang telah melaksanakan umrah (pada bulan Ramadan) tetap berkewajipan melaksanakan haji." – Rujuk Fathul Baari, jil. 10, ms. 27

Menggandakan amalan pada 10 malam terakhir

Pada bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding melakukan ibadah selama seribu bulan yang dipanggil sebagai lailatulqadar. Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Menurut pengetahuanmu, apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." - Surah al-Qadr: 1-5.

Justeru itu, kita semua hendaklah menggandakan ibadah kita pada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadan terutamanya pada malam-malam yang ganjil, iaitu malam ke 21, 23, 24, 27 dan malam ke 29 demi mendapatkan malam al-Qadar. Baginda bersungguh-sungguh merebut peluang hidup untuk melakukan ibadah sambil beri’tikaf di masjid. Ketika beri’tikaf, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain. Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." – Hadis riwayat Muslim, no: 1174.

Solat Tarawikh, Qiyam Ramadhan dan Solat-solat Sunat lainnya

Solat Tarawih atau Qiyam Ramadan merupakan satu sunnah yang amat dituntut. Umat Islam perlu menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan amal ibadah seperti solat-solat sunat. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 759.

Itulah antara amalan-amalan sunnah yang bleh kita lakukan di sepanjang Ramadhan ini. Jika kita dapat mencontohi Rasulullah alangkah bahagia dan beruntungnya kita. Semga bingkisan ini dapat menaikkan semangat seluruh ummat Islam terutamanya ahli-ahli PKI. Laman rujukan adalah dari [sini].

Sampai di sini, semoga kita bertemu lagi dalam bingkisan yang lainnya.

[Along Fina] : Tak sabar nak sambut Ramadhan! Selamat beramal semua!

Wassalam...

Tuesday, August 31, 2010

Gathering bebuka puasa bersama classmate dan Madam Suzana.

Assalamualaikum...

Yeay! hari Jumaat ni dah boleh balik kampung. InsyaAllah malam tu bertolak dari Penang Central ke Shah Alam. Ei~~ tak sabar rasanya.. hehehe...

Walaupun aku tak dapat nak join Joegrimjoe, kak Farhana, Azrul Hisham semua buat gathering buka puasa untuk Geng Blogger (GB), aku dapat join gathering buka puasa dengan classmate yang sporting. Terima kasih daun keladi kepada Madam Suzana kerana belanje kami 3 bucket yang sangat besar. Hehehe... Walaupun ada beberapa orang yang tak dapat datang, tapi gathering tetap berjalan lancar, Alhamdulillah...

Kami berbuka puasa di KFC Jusco Seberang Perai. Mula-mula aku datang cume dekat 5, 6 orang je yang datang. Alhamdulillah, lama-lama ramai juga yang datang. Traffic jam katanya. Memang la traffic jam kalau dah pukul 7 malam tu. Standard orang nak buka puasa di Perda ni kan. Akid datang pon dah basah kuyup sebab masuk je time maghrib, hujan melanda. Allright, malas nak bercerita panjang, kita layan gambar je lah.

Sebelum berbuka puasa:


Madam Suzana yang baik hati dan Kak Zatul



Aku bersama Shark...



Yin dan Azrai dah tak sabar-sabar nak berbuka... Terliur daa...



Bergaya dulu dengan Mr Faris.



It's Finger Lickin' Good!
Nyummy!



Iklan sos cili...



Mr Partic Star! eh, Nazrin lah... Salah tengok pulak.

Apabila tiba masa berbuka:


Alhamdulillah, akhirnya tiba juga masa berbuka.



Makan, jangan tak makan!


Nyummy!



Eh, Yin yang tak berbuka puasa pon berselera juga ya...



Eh, kenapa Madam tak makan pon?




Demikianlah gambar-gambar yang ada. Kredit kepada Madam Suzana yang telah meng'upload'kan gambar-gambar tersebut.

Selepas makan dan solat maghrib, aku dan Kak Zatul membeli belah di sekitar Jusco. Ura-ura mengatakan bangunan ni dah nak ditutup akibat tanah mendap pada tapak Jusco ni. Aku pon perasan juga ada bahagian-bahagian lantai Jusco yang senget benget. Tapi menurut Kak Zatul yang sememangnyasenior ni, dah lama dah ura-ura tu.

Setelah beberapa jam bershopping, nak balik lah. Sampai je kat motor, tergelak-gelak. Hehe... rupa-rupanya helmet kami habis bertakung air. Alamak... Bila angkat je air, Brusssh... jatuh lah air tu... Orang sebelah-sebelah tergelak-gelak. Siap nak tawarkan tisu lagi sebab kesian... Huhu..

Sampai disini sahaja. Terima kasih sekali lagi kepada Madam sebab belanja kami. Jasa dan budi baikmu, insyaAllah kami kenang sampai akhir hayat. Ada masa belanja lagi ya. Hehehe...

p/s: Tak pernah aku makan ayam KFC sebanyak harini... 3 ketul beb! (eh, ke 4 ketul erk?)

Saturday, August 28, 2010

Syoknya berbuka puasa kat rumah!

Assalamualaikum...

Waktu ini aku terkenangkan rumah. Nun jauh di Shah Alam. Yela, aku tak taula kejap lagi entah macammana aku nak berbuka sorang-sorang kat rumah ni. Housemate aku semua keluar berdating hari cuti ni. Gerenti berbuka dengan pakwe masing-masing. Yang lagi 3 orang balik ke rumah family. Kalau tak pon ke rumah saudara-mara masing-masing. Almaklumlah, dekat. Tinggallah aku seorang kat rumah ni. Tu la nasib seorang gadis yang belajar jauh di perantauan dan tiada pakwe macam aku ni. *penang pon kira perantauan juga lah kan? sebab rumah family aku jauh. T__________T

Bestnya kalau saat ini aku berada di rumah. Dok pulak kat Shah Alam. Memang tak jauh beza waktu azan dengan waktu azan kat TV. Sebelum berbuka tu memang adik aku melekat kat TV. Tengok kartun lah. Nak nak pulak bulan puasa ni banyak kartun keluar kat TV9 tu. Kitorang hidup sederhana je mana ada Astro. Hehe... Kalau macam tahun-tahun lepas, parents aku jual air tebu kat bazar ramadhan. Wah, memang laku habis la. Sebab air yang kami jual memang fresh keluar dari mesin, tapis, masuk jug. Lepas tu sapa nak beli, baru kami bungkus mengikut jug. Biasanya parents aku akan simpan sikit nak bawak balik rumah. So, bila dengar je enjin van papa sampai kat pekarangan rumah mulalah adegan riuh rendah adik-adik aku minta air tebu.

Tengok tu betapa sedapnya air tebu yang fresh diperah. Walaweeeyh!

Tapi tahun ni, ayah aku dah tak larat nak kupas tebu sebab accident tapak tangan dia terbelah akibat tersalah pegang bumbung beberapa bulan lepas. Memang banyak kerja yang melibatkan tangan terhad sangat-sangat. Jadi tahun ni parents aku jual nasi ayam panggang je lah kat tapak kedai yang biasa kami jual. Alhamdulillah, kira okay la sebab ada lah juga yang membeli. (^_^)

Wah.. tengok nasi ayam ni! Nampak sangat sedap!


Ha.. inilah dia pemanggang ayam yang selalu kami gunakan untuk memanggang ayam. Tapi bila arang dah nyala, barulah ayam-ayam yang berada diluar itu akan dimasukkan ke dalam pemanggang tersebut. Orang pon boleh masuk hape! Mau kah?

Ini adalah pelan jalan untuk ke kedai makan family aku. Aku lukis dari arah UiTM Shah Alam. Sangat dekat dengan UiTM kan?

Selalunya bila bulan puasa memang dah jadi macam adat semua family akan sediakan buah kurma kan? Yela, macam sunah nabi la. Tapi berbeza bagi family kitorang. Kadang-kadang je ade. Sebab kalau ada, tak sampai dua hari, kurma tu dah habis. Memang kami adik beradik jakun kalau ada makanan ringan kat rumah. Mesti sentiasa mengunyah je mulut. Kalau kuih raye tu, toksah cakap lah. Raya ke-5 memang biasanya kuih raya dah habis semua. Bukan tetamu yang makan, tapi adik-adik aku jugak yang makan banyak. *termasuklah aku sekali. Hehehe... :)

Kurma yang shedapp!

Sambungan bile berbuka puasa dirumah: Kalau parents aku balik rumah, antara makanan yang selalu menjadi kegilaan kami adik beradik ialah roti john. Hehe... Tak tahulah ape yang sedapnya, tapi hampir setiap hari antara hidangan yang wajib ada masa berbuka ialah roti john.

Roti John yang sedap! (mane roti john ni dapat name ha?)

And ni pon salah satu hidangan wajib kami. Tapi ape namenye erk? lupe lah.


*****************************************************************************
Seorang budak berusia 8 tahun berada di dalam van bapanya. Dia memerhati mama dan papanya sedang sibuk melayan pesanan pelanggan yang berpusu-pusu membeli air tebu yang kelihatan sangat sedap itu. Nasib baiklah van itu berada betul-betul di belakang petak perniagaan air tebu itu. Dekat pulak tuh.

Tiba-tiba budak itu terasa sangat haus. Almaklumlah, budak-budak. Mane tahan puasa lama-lama. Pukul 5 dah rasa haus separuh mati. Lalu budak itu turun dari van dan menghampiri ibubapanya. Lalu dia dengan senyap-senyap mengambil air tebu yang telah siap dibungkus dengan cawan di bahagian hadapan.

Budak itu memangdang kiri dan kanan. "Yeeha! takde orang tengok!" Semua orang sedang sibuk membeli. Lalu budak itu sorokkan air tebu tersebut dalam tshirtnya. Setelah mengambil straw, terkedek-kedek budak itu lari untuk masuk semula dalam van.

"Yes! Misi berjaya!" Setelah memastikat tiada mata yang melihat, tanpa melengah-lengahkan masa lagi, terus budak itu minum sepuas-puasnya.

Malam yang sama dirumah, budak itu menangis kerana kesakitan kena sebat oleh ayahnya. Rupa-rupanya ade pelanggan yang ternampak budak itu minum air tebu tersebut. Taubat budak tu. Terus puasa penuh.

**************************************************

Maaflah, kaedah penceritaan yang lemah. :(
Okey, budak itu memang saya.

p/s: kredit gambar2 kepada pakcik Goooogle
Wassalam.