Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb
Sunday, October 17, 2010
Menikah kerana dia manusia biasa.
Wednesday, October 7, 2009
my classmate!!!
> Assalamualaikum..... huhu... 1...2...3...4..5..6..7..8..9..9...9...9..9..
huhuhu.. aku da tak ingat berapa lama dah aku tak layan tenet... problem tol dok kat hostel nieh...
kjap ade, kjap takde.. biskot chipsmore pon tak macam ni... huhuhu.. da nasib badan.. nak watcamne... huhu...
ha... untuk tidak 'menyenyapkan' blog kesayangan aku nieh, aku nak tunjuk 1 nice pic (4 me)... huhuhu... gamba bdk2 pompuan kelas aku...mecky gurlz!!!
dengan menggunakan kamera 3.2 megapixel + auto focus kawan aku, (padahal kmera enpon jerrrrrrr!) maka terhasillah gambar yg cun ini...(tang aku jer) hahhahaaa...
dr kiri atas: finaz, Syana, wanie, tieqa, tikah, yaya, niecah, and miss univers... chewah! huhu.. (pasan gile nak mampos fina nieh!!!)<----- diam la ko bracket!!!!
haha... post aku kalini bukan omong kosong je... nak bagitau korang satu info...
Definisi cinta:
dari segi bahasa: perkataan al-Hubb @ al-Hibb bererti cinta dan kasih sayang. Tahabba ilaihi ertinya dia mencintainya. Habiib bermakna kecintaan atau yang dicintai. Jama’hubb @ hibb ialah ahbaab, habbab, habuub dan hababah.
Dari segi istilah: kecendrungan @ ikatan hati yang berlaku antara kedua-dua belah yang mencintai…..
Ok, buat masa ni, aku sampaikan ini je la erk… nanti kalau aku ade peluang, aku anta lagi…
Salam ukhuwah…
P/S: ape maksud cinta bagi korang?
Sumber: Buku: Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul.
Wednesday, September 30, 2009
Selamat Hari Raya, Gud Luck at Egypt my friends...

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin...
sorry la kawan2.. aku tau mungkin aku dah terlewat untuk wish raye.. tapi, raye sebulan kan???
hehee....
aku ade banyak benda nak cakap.. tapi, aku asyik takde mase je..
yela, kat kolej wifi tak sampai atas. ni pon malam ni tetibe je ade... tapi, slack la sebab malam ni aku kene study kimia sebab esok ade quiz kimia.. hehehe.. nasib baik electrochemistry je, bole la jugak kawttim2 dgn soklan sebab da blaja time spm dlu... huhuhu
aku sedih....
sebab kawan2 aku yg pegi mesir da bertolak hari isnin aritu...
smlam dapat msg dari azim,
"Salam.. alhamdulillah, i've just arrived at egypt."
huhu.. trus sedih.. aku takkan dapat lagi jumpa dia dalam 6 tahun.. itupun kalau aku tak lost contact dgn bdk2 yg fly ke mesir tu dalam tempoh tu... oye, salah sorang member blog kite, nuha munirah pon da sampai kat egypt insyaAllah...
aku sedih...
sebab aku rasa bersalah sangat sangat sangat sangat sangat...
aku mungkin dah kecewakan seseorang yang aku sayangi.. tapi, sumpah, aku takde niat nak buat dia kecewa... aku buat demi kebaikan kami bersama, demi rasa sayang aku, dan yang paling penting, demi mencari keredaan-Nya... walaupun aku rasa bersalah, aku tak menyesal. aku tak kisah kawan-kawan nak kata aku bodoh sebab buat semua ni, tapi aku dah fikir, mungkin ini adalah yang terbaik... Kerana, cinta Allah adalah yang teragung berbanding cinta dunia..
Sebagai manusia yang takkan terlepas dari kesilapan, kepada si dia, aku minta maaf, dari hujung rambut ke hujung kaki, dari segi zahir mahupun batin. Kegembiraan atau kesedihan yang pernah aku hulurkan, aku mohon maaf dan aku relakan segalanya yang pernah berlaku.Segala kenangan yang melekat di kotak fikiranku, takkan ku buang sampai bila-bila, insyaAllah...
kepada rakan2 yang turut memberi sokongan kepadaku atas keputusan yang kubuat, ku ucapkan ribuan terima kasih. Semoga ukhuwah persahabatan kita kan berpanjangan hingga ke akhir usia...
"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yang payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan. Namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan unutk kita, pasti takkan dapat walaupun sudah ada dalam genggaman." Maka, setelah berusaha ke jalan-Nya, berdoalah agar dipermudahkan, dan bertawakallah...
Astaghfirullahalazim..
Ya Allah.. jika inilah yang terbaik buat kami berdua, Kau permudahkanlah urusan kami. Jika keputusan ini adalah salah, Kau tunjukkanlah jalan untuk kami perbetulkannya. Ya Allah, sesungguhnya kami insan yang lemah, yang cetek ilmu, yang kerdil dan hina.. maka Kau berilah kami hidayah,agar kami menjadi insan yang soleh dan solehah dan hidup kami diberkati-Mu di dunia dan akhirat... Amin ya Rabbal'alamin...
kawan-kawan, terima kasih kerana membaca luahan hati ni... sebarang pendapat, amatlah aku alu-alukan... sampai disini sahaja, semoga kita akan bertemu di lain masa, InsyaAllah..
Assalamualaikum...
Tuesday, April 28, 2009
berCINTA... sebelum dan selepas....
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang.....
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu..... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..... sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie..... begitu pandai berkata-kata
Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar. .. tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah¿..bedebik! !!!!! macam nangka busuk daa!!!!
Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu..... buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu (rupa2nya si pakwe tu orang N9)..... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang..... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.
Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua..... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. .... 2 tahunkemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman.... .
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman.... . kat Jepun adalah..... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie..... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie..... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu..... kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu..... yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu..... tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi.....
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do.....
Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut.... . tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.....
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie..... buto ko, punyo bosa tunggul tu pun tak nampak ko!!!!!!!!!!

