Wednesday, November 9, 2011

Soalan² bangang yang kadang² buat orang bengang.


Gambar dari Google

Kadang-kadang kita akan berhadapan dengan orang yang suka beri soalan tak masuk akal. So bila korang berhadapan dengan soalan tersebut, ni aku ada sediakan skema jawapan :)

1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.

2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa bodo.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop !

5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade , aku jatuh dalam lubang jamban tadi !

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih !

7) KAU KAT DALAM TOILET , PINTU BERKUNCI , ADA ORANG KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap ni ! =.='

p/s: Amacam? best tak jawapan? hehe...

Sunday, October 30, 2011

Cinta Sampai Jinjang Pelamin

Assalamualaikum.

Hai semua. Seriously dah lama gila tak update blog. Lama gila. Gila lama. Haha!

Terharu bila ada juga yang singgah. Walaupun tak update kan. Hihi. Sorry la. Busy ohh. Tak tahu apa yang busy sangat. Tapi Facebook tak busy pula kan? Ngehngeh...

Oh ya. About the topic. Salah seorang sahabatku, eh bukan! Salah dua orang sahabatku (eh ada ke ayat macam tu?), biasanya aku panggil  mereka Kak Alin dan Abang Malik, tak biasanya aku panggil... er... aku tak pernah panggil mereka secara tak biasa. Kut. Ha, mereka berdua telahpun selamat diijabkabulkan hari Sabtu (29/10/2011) yang lepas.




Pergh! Sunggu tak sangka. Kak Alin yang gila-gila dah jadi isteri orang. Aduh. Mana nak cari akak yang sporting macam ni lagi? Susah wo..


Tapi Abang Malik pun susah juga aku nak percaya. Dulu dia duduk kat Shah Alam juga. Rumah kami kira dekat-dekat jugalah... Jadi sememangnya aku dah kenal dia dari kecik. Fuh.. baru aku sedar bahawa Abang Malik dah dewasa sebenarnya. Eh, ke aku yang tak dewasa-dewasa lagi? Hehe.. Taklah, aku masih remaja okey~ ngehngeh...

Apapun, aku nak sampaikan pantun:
Pergi Melaka terburu-buru,
Mahu beri ucapan buatmu,
Ucapan Selamat Pengantin Baru,
Moga kekal ke anak cucu.

Wow! Fina dah pandai nak karang pantun dah. Hehe... Sekarang ni aku menanti kad jemputan dari sahabat-sahabat blogger pula. Ha ni ada pantun lagi:

Kerepek hangus kadang kala,
Terus nyorokkan dalam tin,
Naz mahu kahwin bila?
Hysman juga bila kahwin?

Ececeh! Ewah! Hahaha... Apa? Aku? Aku tak mahu langkah bendul. Bagilah senior blogger kahwin dulu ye tak? Hehehe.. 

Ooooke, disebabkan aku dah lama tak update blog dan poket pon dah kering, apakata korang tengok-tengokkan promosi-promosi ni? Klik je mana satu yang berminat.




Okelah, sampai disini saja. Hingga jari bertemu keyboard lagi. Wassalam. :)




Saturday, September 17, 2011

#1 : Tahukah anda?

Assalamualikum. 
First time buat sagmen ni. Mari kita tambah ilmu.

-Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

- Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

- Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud tidak,

- Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

- Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

- kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

- Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

- Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

- Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

- Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

- Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

- Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

- Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

- Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

- Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

- Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

SUBHANALLAH..

Thursday, September 15, 2011

Kau bukan anak tiri aku lah~

Assalamualaikum... Salam Jumaat.

Wah! penghulu segala hari dah tiba. Pantasnye masa berlalu. Rasanya macam baru semalam hari Isnin, sekarang dah hari Jumaat?

Rasanya macam baru je aku busy-busy untuk kertas kerja prepare aktiviti sem ni dulu.(Sem sebelumnya buat kertas kerja). Tapi tup tup aku dah nak kene prepare aktiviti untuk next sem pulak. Haha. :D

Taknaklah post panjang-panjang. Aku pun tengah busy nak prepare persiapan kertas kerja. Pergh! Pening... Pening...

Kadang-kadang tak faham dengan peel anak-anak buah aku ni. Bila aku bagi kerja, susah benor nak siapkan. Bila aku tak bagi kerja, dia kata di sisihkan. Di-anak-tiri-kan lah. Adoi. Entahlah. So aku pun kata dalam hati "Budak-budak..."
imej google


p/s: Tadi tetiba  rajin on Twitter, tengok trend, pergh!  Pergh! Terkejut tengok seseorang dah jadi trend no.2. Siapa lagi kalau bukan.....

#FaliqFahmie 

Friday, September 9, 2011

Punca seorang lelaki tak kahwin lalu bunuh diri

Assalamualaikum. :)
Sumber imej : Google
Punca...
hilang pen - tak boleh bwat keje skolah

tak buat keje skolah - tak pandai

tak pandai - fail SPM

fail SPM - tak dapat masuk U

tak dpt Masuk U - takde ijazah

takde ijazah - tak boleh dpt keje

tak dapat keje - takde duit

takde duit - kusut masai

kusut masai - tak hensem

tak hensem - takde awek

tak ade awek - tak boleh kawin

takleh kawin - takde anak

takde anak - lonely

lonely - tertekan

tertekan - bunuh diri

#WARNING# - jangan hilang Pen ! !
 
p/s: Saje gurau. Jangan marah :) Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Mood: Tension nak test berderet esok dan lusa.

Friday, August 5, 2011

Ucapan buat urusetia UniFes_11

Assalamualaikum

Alop! Lamanya tak update blog. Sebab tak tahu nak update apa. Yela, maybe sebab aku rasa tiada benda menarik untuk diceritakan. Hm.. tapi, minggu lepas aku terlibat dengan University Islamic Festival 2011 (UniFes_11). Rasanya siapa yang rajin baca blog aku ni tahulah. :) UniFes_11 berlangsung hampir seminggu dari 26-30 Julai 2011.

Kalau post yang lepas aku buat [ucapan untuk peserta pertandingan nasyid], post kali ini ucapan random untuk urusetia UniFes_11 pula.


Sebelum berlangsungnya UniFes tu yang tension tu : Disebabkan aku jadi event manager untuk Pertandingan Nasyid Antara IPTA/IPTS Piala Rektor SeMalaysia, aku rasa aku paling tension sekali. Haha, yeke? Ye la kut. 

Tension bila peserta-peserta dengan sesuka hati kejap kata nak masuk kejap taknak. Sepatutnya mereka memang ada tarikh tutup untuk hantar borang. Tapi bila aku telefon, masing-masing minta lewat sikit hantar borang. Sampai banyak kali nak kene buat follow-up. 

Paling tension, ada peserta dari satu IPT ni, dia ye ye kata nak hantar borang dan dah confirm nak masuk. Sampai hari sebelum pertandingan dia tak hantar-hantar juga. Sekali bila aku call malam pertandingan, senang-senang dia je kata "Eh, kami tak hantar borang penyertaan kan? Kira kami tak masuklah." Mak ai!!! Selamba badak dia je kata macam tu? Kita dah bagi peluang kat dia, dia buat macam tu pulak.

So aku terpaksalah cancel order makanan untuk mereka. Kalau 2, 3 set tak apa, tapi ni sampai 11 set untuk mereka sahaja. Hadoi! Serabut! Walhal IPT tu bukan tak pernah buat pertandingan macam ni.  Lain kali kalau korang buat pertandingan lagi siap aku kerjakan! Hahaha! Jahatnye aku.. Isk! Tak baik tau bulan puasa buat niat macam tu. Hehe.. Tak adalah... Gurau je. Mestilah kami nak join!!!

Hm.. Semasa program, aku rasa salah aku sebab tak arrange betul-betul. Agak serabut. Dengan aku tidur lewat malam tu dan terbangun lewat (sebab ngantuk sangat lepas solat subuh :P) so aku pun sampai agak lewat. (Jangan tiru event manager yang macam ni!) Tapi makin serabut sebab mula program pukul 8.30 tapi pukul 7.30 pagi ada 3 IPT dah sampai dulu. Haiyya! Pendaftaran pun cincai boncai. Semua yang aku plan ranap habis! Nasib baik anak-anak buah aku pandai back up. Hehe.. Tahniah dan terima kasih kepada Aisyah, Lisa, Amin dan Acap!

Program berjalan lancar. Aku sangat berterimakasih kepada SEMUA yang terlibat time ni. 

Thanks kepada:

Pengarah program sebab bagi aku peluang untuk meng-handle program yang dikira sebagai antara program terpenting dan turun temurun dalam UniFes sejak 3 tahun yang lalu. :) Tahnks juga sebab sudi jemput Persatuan Kesenian Islam untuk bekerjasama dalam UniFes. Thanks Pali~

Timbalan pengarah juga. Thanks Ah Meng (Amirul) sebab tolong deal-kan itu ini dengan MESTICA. Tanpa kau mesti tak dapat diskaun. Hahaha :P Thanks Mus sebab bekerjasama semasa pertandingan dijalankan. Thankssss!

Setiausaha sebab banyak buat surat dan aku cerewet minta surat itu ini. Thanks Khadijah, Matno, dan yang lain-lain. :)

Bendahari sebab terpaksa pening kepala memikirkan isu kewangan yang tak pernah tamat. Thanks kepada Aisyah and Shafiqah!

Biro persiapan tempat sebab hias Laman Perdana sangat cantik. Sanggup tidur lewat tu semata-mata nak siapkan Laman Perdana. Bagi aku itu cukup terbaik! Terutama yang tulisan jawi (Allah & Muhammad) tu. Siapa yang buat ye? Hehe :P Thanks Mia, Hasni dll. Banum jugak!

Biro teknikal sebab sentiasa ada untuk memastikan mikrofon sentiasa dalam keadaan stabil dan boleh digunakan. Walaupun ada rosak-rosak sikit, tu kes terkecualilah ye. Thanks sangat kat Luqman, Shahrul, dan Wan!

Biro penginapan sebab dah sediakan penginapan seperti yang aku nak. Aku ni cerewet kan? Maaflah. Tapi tu demi menjaga imej UiTMPP juga. Thanks Zulfaez hensom and partner! Hehe :P

Biro hadiah sebab sediakan hadiah dengan sempurna. Dengan mockcheque semua. Aku pun tak tahu kenapa aku cerewet sangat. Huhuhu... Thanks Ili and the gang!

Biro perhubungan luar sebab dah tolong panggilkan VIP untuk aku. Aku pun tak sanggup nak naik tingkat 8 semua sebab malas nak tunggu lif yang lama gilaaaa. huhu.. Thanks Teha!

Biro majlis dan protokol sebab mengacarakan majlis dengan sungguh berjaya. Walaupun nama aku disebut tanpa 'Fina', aku tak kisah dah. Lain kali jangan buat lagi tau. Nasib baik aku bukan mak datin, kalau aku mak datin millano mesti aku dah saman korang! :P Thanks Wan Odey, Zari, Rahim!

Biro makanan sebab dah sediakan makanan yang best-best! Sorry sebab aku buat korang pening dengan bilangan peserta semua. Sorry sangat-sangat. Thanks Faiz (kawan sekolah rendah aku) dan Yana~

Biro keselamatan sebab menjaga keselamatan VIP-VIP termasuklah aku sebagai VVIP. Haha! Dan thanks sebab bagi tunjuk jalan kat bas-bas IPT di bawah terikan matahari. Thanks! (Aku lupa nama korang :/ )

Biro multimedia kerana tidak letih-letih mengambil gambar. Thanks jugak sebab design baju UniFes_11 dengan sangat cantik sekali! Thanks Paan and the gang!

Biro tugas-tugas khas sebab menyediakan kupon. Walaupun untuk program aku ni takde kupon, aku nak juga semua kupon yang lain, okey. Jangan buang pulak. Thanks Nasman and the gang!

AJK Along Fina kerana sentiasa memberi bantuan. Sorry kalau Along marah-marah selalu. Huhu.. Thanks Amin, Acap, Aisyah, Lisa...

Event manager dan anak-anak buah untuk program lain sebab sudi turun padang semasa program dijalankan. Thanks ye semua! 

Thanks juga kepada Encik Saifullah and the gang dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan kumpulan MESTICA kerasa sudi menjadi juri untuk pertandingan kali ini.

Thanks juga kepada semua yang aku tak sebut nama. Maaflah tak ingat nama samua orang. Yelah, semua ada seramai 80 lebih. MAAF!

Apepun, aku sedar kita SEMUA buat kerja sama-sama. Walaupun bukan part kita, kita tetap buat semua sama-sama kan? Macam gambar kat bawah ni : 


Sekarang aku sangat rindukan saat-saat itu semua. Lepas ni semua janganlah malu-malu nak tegur aku kat luar. Hehe.. Okeylah, dah panjang sangat post kali ini. Semoga ketemu lagi di post akan datang! :)

-Along Fina-

Tuesday, August 2, 2011

Ucapan buat peserta Pertandingan Nasyid Terbuka Antara IPTA/IPTS Sempena UniFes_11

Assalamualaikum.

Along Fina di sini. Saya mewakili seluruh gerak kerja UniFes_11 ingin memohon maaf kepada anda atas ketidaksempurnaan program yang dijalankan di UiTM Pulau Pinang pada 29 Julai 2011 yang lepas. 

Bermula dengan jemputan, penginapan, makanan, bilik rehat, pendaftaran, sound check, pertandingan, juri dan penutupan, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama anda. Sesungguhnya saya sedar tanpa kerjasama anda, tidak mungkin program akan berjalan.

Alhamdulillah, program telah berakhir. Saya telah melakukan sebaik mungkin untuk program itu. Sebarang komen, rasa tidak puas hati, atau apa sahaja bolehlah anda emaikan kepada saya, alongfina@gmail.com dan insyaAllah komen anda itu akan kami jadikan panduan untuk UniFes_12 pula. Janganlah serik untuk sertai UniFes_12 yang akan junior kami pula adakan.


Tahniah kepada IPT yang memenangi pertandingan kali ini. Buat yang tidak mendapatkan tempat, janganlah bersedih hati. Berusahalah di lain waktu. InsyaAllah ada peluang lagi.


Pemenang:


Tempat Pertama : Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tempat Kedua : UiTM Perak
Tempat Ketiga : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Disebabkan ada sebilangan IPT yang telah balik awal, kami tidak sempat memberikan cenderahari kepada yang balik awal. InsyaAllah kami akan post bersama sijil penyertaan dan CD rakaman tidak lama lagi.


Kalah dan menang itu adat pertandingan. Janganlah merasa gagal atau merasa megah. Dan jangan pula pihak lain yang dipersalahkan. Niatkanlah bernasyid untuk menyampaikan dakwah yang digalas sebagai da'ie, dan mendapat tempat itu hanyalah bonus buat kita. Yang pastinya jika niat kita ikhlas kerana berdakwah fisbilillah, pastinya ganjaran kita perolehi insyaAllah.  

Akhir kata, jika pada suatu masa nanti, anda membuat program seumpama ini, jemputlah kami. Masih banyak yang perlu kami pelajari. Dan semoga ukhwah yang terjalin antara kita tidak terputus di sini sahaja, tetapi berkekalan sehingga ke alam seterusnya. Selamat menyambut bulan Ramdhan dan semga kita peroleh keberkatannya. Amin :)

Sampai di sini, wassalam...

Tuesday, July 26, 2011

Sesuci Cinta - Promo -

Assalamualaikum. 

Korang tahu tentang kewujudan blog aku lagi satu, [KARYA FINA]?




Setakat ni aku dah karang beberapa parts [ Sesuci Cinta ] dan masih dalam pembikinan. So bolehlah korang klik mana-mana link yang di beri, ya?


BAB 1 - UKHWAH

Petang itu langit cerah. Kelihatan ramai kanak-kanak bermain dengan lincah. Bermain gelongsor, buaian, jongkang-jongket malah ada juga yang berkejar-kejaran sesama mereka. Kesemua mereka kelihatan ceria.
Di suatu sudut, kelihatan seorang gadis bertudung merah jambu lembut dan labuh berada di sebuah meja rehat di tepi taman permainan itu. Jari jemarinya lincah menari di atas sekepil kertas. Sesekali dia membetulkan kedudukan kaca matanya. Setelah sekian lama, Ainul Mardhiah melepaskan pen lalu mengibas tangannya. Lenguh jari dibuatnya. Tiba-tiba tekaknya berasa haus. Terasa hampa bila teringat dia lupa untuk membawa air minuman.
Ainul Mardhiah merenung seketika hasil kerjanya. Borang permohonan aktiviti kelab untuk semester depan harus dihantar esok. Namun banyak lagi yang belum disiapkan.  Argh! Dahlah haus, lapar pula. Sejak pagi tadi dia belum menjamah apa-apa makanan lagi. Hanya sempat minum di cafe kampus. Pergi makan dululah. Jarum jam di pergelangan tangan Ainul Mardhiah menunjukkan jam 5.30 petang. Terus Ainul Mardhiah mengemas kertas-kertas yang berselerakan di atas meja. Usai mengemas, telefon bimbit dikeluarkan dari poket tas tangannya. Dengan pantas, Ainul Mardhiah dapat mencari nama ‘Abang Aiman’ dan terus menekan butang memanggil.


p/s : so, any comment?

Monday, July 25, 2011

Awesome! IniAnwarHadi + aimanazlan90!

Assalamualaikum!

Waaaaaaaaargh! Nak terjerit aku excited! Video promot Ramadhan yang paling memberi kesan untuk aku. Jangan salah faham, aku excited bukan sebab gerangan manusia kat dalam tu, tapi sebab tengok excitedness mereka membuatkan aku turut excited nak sambut ramadhan tahun ini!!! Tengok video ni!

Versi Anwar Hadi (Malay)


Versi Aiman Azlan (English)


Cool heh? best gilaaaaa dorang. Kalau colaborate dengan matluthfi90 mesti lagi gempak.

Klik [IniAnwarHadi] , [aimanazlan90] , [matluthfi90] dan [KakAlongFina] untuk channel mereka!

Baik, sampai di sini.

p/s: tengah serabut pasal UniFes_11

Wassalam. :)

Sunday, July 24, 2011

Sunnah pada Bulan Ramadhan

Ini adalah post yang telah aku publish di blog [Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang].

Assalamualaikum. Sahabat-sahabat PKI. Semoga anda sihat menjelangnya bulan mulia, Ramadhan. Sudahkah anda bersedia menyambut bulan mulia ini? Para akhowat, sudahkah anda menjelaskan hutang-hutang anda? Di harapkan sudah selesai semuanya. Jika belum, janganlah berlengah lagi. Jika tidak  habis mengganti, fidyah lah jawabnya.

Pada bulan Ramadan ini disyariatkan untuk berpuasa yakni meninggalkan makan dan minum serta segala perbuatan yang keji dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Sabda Nabi:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu semua." - Hadis riwayat Ahmad, no: 9133.

Sumber imej : Google

Di sini saya ingin sertakan beberapa sunnah yang boleh kita jalankan sepanjang ramadhan. Bukan sahaja berpuasa, malah kita boleh melakukan sunnah ini supaya pahala kita berlipat ganda. Kita perlu berlumba-lumba untuk meningkatkan pahala kita.Takut-takut, tahun depan kita tidak dapat bertemu Ramadhan, alangkah ruginya bila pahala kita tidak mencukupi. Tapi dengan syarat, segala sunnah ini haruslah kita niatkan kerana Allah, semata-mata Allah! Di sini saya sudah memudahkan anda membaca dengan menebalkan isi penting dan men'Italic'kan dalil-dalalnya. Jom kita explore, Zass! 

Doa ketika melihat anak bulan


Apabila seseorang melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya bulan Ramadan, dia hendaklah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Nabi s.a.w iaitu :

"Ya Allah munculkanlah anak bulan ini ke atas kami dengan membawa keberkatan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.- Hadis riwayat al-Tirmizi, no: 3373.

Meninggalkan perkataan-perkataan keji, dan lebih bersabar

Disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.

Jangan bercakap bohong

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan itu terus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.

Banyakkan bersedekah

Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain. Ibn Abbas r.a berkata:

Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.

Bertadarus

Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata:

"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.

Menunaikan umrah jika berkemampuan

Jika berkemampuan, berusahalah untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan kerana pahalanya menyamai pahala mengerjakan ibadah haji. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1782.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: "Pahala umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala haji. Tetapi, bukan bererti umrah tersebut dapat mengugurkan kewajipan haji. Berdasarkan ijmak ulama, umrah tidak dapat menggantikan kewajipan ibadah haji hinggakan orang yang telah melaksanakan umrah (pada bulan Ramadan) tetap berkewajipan melaksanakan haji." – Rujuk Fathul Baari, jil. 10, ms. 27

Menggandakan amalan pada 10 malam terakhir

Pada bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding melakukan ibadah selama seribu bulan yang dipanggil sebagai lailatulqadar. Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Menurut pengetahuanmu, apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." - Surah al-Qadr: 1-5.

Justeru itu, kita semua hendaklah menggandakan ibadah kita pada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadan terutamanya pada malam-malam yang ganjil, iaitu malam ke 21, 23, 24, 27 dan malam ke 29 demi mendapatkan malam al-Qadar. Baginda bersungguh-sungguh merebut peluang hidup untuk melakukan ibadah sambil beri’tikaf di masjid. Ketika beri’tikaf, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain. Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." – Hadis riwayat Muslim, no: 1174.

Solat Tarawikh, Qiyam Ramadhan dan Solat-solat Sunat lainnya

Solat Tarawih atau Qiyam Ramadan merupakan satu sunnah yang amat dituntut. Umat Islam perlu menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan amal ibadah seperti solat-solat sunat. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 759.

Itulah antara amalan-amalan sunnah yang bleh kita lakukan di sepanjang Ramadhan ini. Jika kita dapat mencontohi Rasulullah alangkah bahagia dan beruntungnya kita. Semga bingkisan ini dapat menaikkan semangat seluruh ummat Islam terutamanya ahli-ahli PKI. Laman rujukan adalah dari [sini].

Sampai di sini, semoga kita bertemu lagi dalam bingkisan yang lainnya.

[Along Fina] : Tak sabar nak sambut Ramadhan! Selamat beramal semua!

Wassalam...

Mengimbau header blog aku dahulu kala

Assalamualaikum...

Wahh! pantasnya masa berlalu. Aku rasa baru je cuti semalam, esok kelas dah mula dah? wahh.. Dahlah aku tak siap segala assignment lagi.Adoi.. tak tahulah macam mana nak buat ni. Kalau nak buat sekarang memang tak sempat. So aku rasa baik tak payah buat langsung. Boleh bagi alasan begitu? haha

As you see, aku kembali kepada design lama blog aku. Walaupun simple, aku suka. Aku sememangnya nak menerapkan nilai kematangan dalam blog aku ni. Tapi macam tak boleh. Still juga sukakan lukisan yang aku lukis kat paint. Walaupun tak cantik, hodoh dan sebagainya, aku suka juga. (Blog aku suka hatilah nak taruk apa. Huahahahaha!)


Ni yang dulu punya. Tak ada jauh beza kan?

So, berkenaan dengan tajuk diatas, jom kita susuri header blog yang pernah aku guna. :) Ni setakat yang masih ada dalam simpanan lagi la..



Yang ini adalah header pertama sekali. Waah.. aku pun tak sangka rupa aku cun dulu. Tu rupa zaman sweet 17 la... haha.. sekarang dah tua wajah pun dah berubah ofkos! hahaha... Illusion night tu aku cari kat internet tak silap. Lepas tu aku edit kat paint.Time tu aku memang gilakan aurora. Korang tahu aurora tu ape? Alah, semua dah bijak pandai kan. Carilah kat google. Hahaha...


Aku rasa ini adalah seni paint aku yang paling cantik yang pernah aku buat. Cun en? hahaha.. Lama juga aku pakai header ni. Tapi aku tukar sebab lama-lama aku rasa serabut pulak. Aku nak sesuatu yang simple dan nampak matang. Hahaha...

Ha, yang ini dah menepati cita rasa aku. Aku sayang sangat header ni. Walaupun simple, bagi aku perfect! Sebab kene dengan tagline aku, 'coret sana coret sini'... 



Dan ini adalah header aku yang terkini. Di-design oleh kawan aku, Himki. Buat masa ni aku nak pakai header ni dulu. Sebagai menghargai keringat beliau. Hehehe... Thanks Himki!


Okelah. Aku nak out dah. Banyak lagi kerja nak buat ni. Wassalam...