Showing posts with label Karya Fina. Show all posts
Showing posts with label Karya Fina. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Sesuci Cinta - Promo -

Assalamualaikum. 

Korang tahu tentang kewujudan blog aku lagi satu, [KARYA FINA]?




Setakat ni aku dah karang beberapa parts [ Sesuci Cinta ] dan masih dalam pembikinan. So bolehlah korang klik mana-mana link yang di beri, ya?


BAB 1 - UKHWAH

Petang itu langit cerah. Kelihatan ramai kanak-kanak bermain dengan lincah. Bermain gelongsor, buaian, jongkang-jongket malah ada juga yang berkejar-kejaran sesama mereka. Kesemua mereka kelihatan ceria.
Di suatu sudut, kelihatan seorang gadis bertudung merah jambu lembut dan labuh berada di sebuah meja rehat di tepi taman permainan itu. Jari jemarinya lincah menari di atas sekepil kertas. Sesekali dia membetulkan kedudukan kaca matanya. Setelah sekian lama, Ainul Mardhiah melepaskan pen lalu mengibas tangannya. Lenguh jari dibuatnya. Tiba-tiba tekaknya berasa haus. Terasa hampa bila teringat dia lupa untuk membawa air minuman.
Ainul Mardhiah merenung seketika hasil kerjanya. Borang permohonan aktiviti kelab untuk semester depan harus dihantar esok. Namun banyak lagi yang belum disiapkan.  Argh! Dahlah haus, lapar pula. Sejak pagi tadi dia belum menjamah apa-apa makanan lagi. Hanya sempat minum di cafe kampus. Pergi makan dululah. Jarum jam di pergelangan tangan Ainul Mardhiah menunjukkan jam 5.30 petang. Terus Ainul Mardhiah mengemas kertas-kertas yang berselerakan di atas meja. Usai mengemas, telefon bimbit dikeluarkan dari poket tas tangannya. Dengan pantas, Ainul Mardhiah dapat mencari nama ‘Abang Aiman’ dan terus menekan butang memanggil.


p/s : so, any comment?

Wednesday, April 13, 2011

Dah update Karya Fina

Assalamualaikum.

Err.. Entry kali ni cuma nak bagitahu satu benda je. Ha'ah, macam kat tajuk tu, aku dah update Blog Karya Fina<---Klik situ untuk ke blog tersebut. So, bolehlah memulakan baca. Ye? Hihi.. itu je.

p/s: Bolehlah kita sambil-sambil dengar lagu ni:


Wassalam.

Monday, January 24, 2011

Blog baru aku bercirikan novel telah dibuka!

Assalamualaikum. Selamat pagi. Hehe... sekarang jam menunjukkan pukul 2.43am. Huuu.. mengantuk sebenarnya. Tapi semangat yang berkobar-kobar telah menguasai aku. 

Aku telah membuka blog baru ku. Sebenarnya blog ni telah lama aku daftar, tapi baru malam ini aku buka. Warna blog itu mestilah warna kegemaran aku, pink! Hehe... Nama blog aku ialah Karya Fina. URL blog aku ialah http://karyafina.blogspot.com/


Jika ada sesiapa yang mengikuti perkembangan blog ku ini, tentu tahu akan kewujudan blog Karya Fina itu. Jadi silalah lihat, baca dan komen sendiri tentang blog itu. 

Sampai disini, sekian.