Tuesday, August 2, 2011

Ucapan buat peserta Pertandingan Nasyid Terbuka Antara IPTA/IPTS Sempena UniFes_11

Assalamualaikum.

Along Fina di sini. Saya mewakili seluruh gerak kerja UniFes_11 ingin memohon maaf kepada anda atas ketidaksempurnaan program yang dijalankan di UiTM Pulau Pinang pada 29 Julai 2011 yang lepas. 

Bermula dengan jemputan, penginapan, makanan, bilik rehat, pendaftaran, sound check, pertandingan, juri dan penutupan, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama anda. Sesungguhnya saya sedar tanpa kerjasama anda, tidak mungkin program akan berjalan.

Alhamdulillah, program telah berakhir. Saya telah melakukan sebaik mungkin untuk program itu. Sebarang komen, rasa tidak puas hati, atau apa sahaja bolehlah anda emaikan kepada saya, alongfina@gmail.com dan insyaAllah komen anda itu akan kami jadikan panduan untuk UniFes_12 pula. Janganlah serik untuk sertai UniFes_12 yang akan junior kami pula adakan.


Tahniah kepada IPT yang memenangi pertandingan kali ini. Buat yang tidak mendapatkan tempat, janganlah bersedih hati. Berusahalah di lain waktu. InsyaAllah ada peluang lagi.


Pemenang:


Tempat Pertama : Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tempat Kedua : UiTM Perak
Tempat Ketiga : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Disebabkan ada sebilangan IPT yang telah balik awal, kami tidak sempat memberikan cenderahari kepada yang balik awal. InsyaAllah kami akan post bersama sijil penyertaan dan CD rakaman tidak lama lagi.


Kalah dan menang itu adat pertandingan. Janganlah merasa gagal atau merasa megah. Dan jangan pula pihak lain yang dipersalahkan. Niatkanlah bernasyid untuk menyampaikan dakwah yang digalas sebagai da'ie, dan mendapat tempat itu hanyalah bonus buat kita. Yang pastinya jika niat kita ikhlas kerana berdakwah fisbilillah, pastinya ganjaran kita perolehi insyaAllah.  

Akhir kata, jika pada suatu masa nanti, anda membuat program seumpama ini, jemputlah kami. Masih banyak yang perlu kami pelajari. Dan semoga ukhwah yang terjalin antara kita tidak terputus di sini sahaja, tetapi berkekalan sehingga ke alam seterusnya. Selamat menyambut bulan Ramdhan dan semga kita peroleh keberkatannya. Amin :)

Sampai di sini, wassalam...

1 comment:

♥ p a a n i ♥ said...

wah...rasa nk tgok jugakk...huhuhu xde upload kt utube ke?