
Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin...
sorry la kawan2.. aku tau mungkin aku dah terlewat untuk wish raye.. tapi, raye sebulan kan???
hehee....
aku ade banyak benda nak cakap.. tapi, aku asyik takde mase je..
yela, kat kolej wifi tak sampai atas. ni pon malam ni tetibe je ade... tapi, slack la sebab malam ni aku kene study kimia sebab esok ade quiz kimia.. hehehe.. nasib baik electrochemistry je, bole la jugak kawttim2 dgn soklan sebab da blaja time spm dlu... huhuhu
aku sedih....
sebab kawan2 aku yg pegi mesir da bertolak hari isnin aritu...
smlam dapat msg dari azim,
"Salam.. alhamdulillah, i've just arrived at egypt."
huhu.. trus sedih.. aku takkan dapat lagi jumpa dia dalam 6 tahun.. itupun kalau aku tak lost contact dgn bdk2 yg fly ke mesir tu dalam tempoh tu... oye, salah sorang member blog kite, nuha munirah pon da sampai kat egypt insyaAllah...
aku sedih...
sebab aku rasa bersalah sangat sangat sangat sangat sangat...
aku mungkin dah kecewakan seseorang yang aku sayangi.. tapi, sumpah, aku takde niat nak buat dia kecewa... aku buat demi kebaikan kami bersama, demi rasa sayang aku, dan yang paling penting, demi mencari keredaan-Nya... walaupun aku rasa bersalah, aku tak menyesal. aku tak kisah kawan-kawan nak kata aku bodoh sebab buat semua ni, tapi aku dah fikir, mungkin ini adalah yang terbaik... Kerana, cinta Allah adalah yang teragung berbanding cinta dunia..
Sebagai manusia yang takkan terlepas dari kesilapan, kepada si dia, aku minta maaf, dari hujung rambut ke hujung kaki, dari segi zahir mahupun batin. Kegembiraan atau kesedihan yang pernah aku hulurkan, aku mohon maaf dan aku relakan segalanya yang pernah berlaku.Segala kenangan yang melekat di kotak fikiranku, takkan ku buang sampai bila-bila, insyaAllah...
kepada rakan2 yang turut memberi sokongan kepadaku atas keputusan yang kubuat, ku ucapkan ribuan terima kasih. Semoga ukhuwah persahabatan kita kan berpanjangan hingga ke akhir usia...
"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yang payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan. Namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan unutk kita, pasti takkan dapat walaupun sudah ada dalam genggaman." Maka, setelah berusaha ke jalan-Nya, berdoalah agar dipermudahkan, dan bertawakallah...
Astaghfirullahalazim..
Ya Allah.. jika inilah yang terbaik buat kami berdua, Kau permudahkanlah urusan kami. Jika keputusan ini adalah salah, Kau tunjukkanlah jalan untuk kami perbetulkannya. Ya Allah, sesungguhnya kami insan yang lemah, yang cetek ilmu, yang kerdil dan hina.. maka Kau berilah kami hidayah,agar kami menjadi insan yang soleh dan solehah dan hidup kami diberkati-Mu di dunia dan akhirat... Amin ya Rabbal'alamin...
kawan-kawan, terima kasih kerana membaca luahan hati ni... sebarang pendapat, amatlah aku alu-alukan... sampai disini sahaja, semoga kita akan bertemu di lain masa, InsyaAllah..
Assalamualaikum...