Thursday, August 27, 2009

Orang gila dalam pesawat


Ada 15 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola sepak di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan..."

9 comments:

ayisy said...

Hak3!! Tak boleh blah la. Hihihi... Nasib baik yg 4 tu jadi pemain simpanan. Panjang umur... :)

hysman said...

salam Fina..
Nape ko tak nak join depa bermain kat luar..pasti aman negara..
hahahaaa...

~konklusi kat sini ko mmg giler Fina..hahaa

Along Fina said...

ayisy...
yg 4 tu tgayat kot.. hahaha

man, camne aku nak join dorang? aku kan tgh bawak kapal terbang mase tuh...

Naz said...

adehh... x leh pi lah... senak esofogus aku ni... hahahaha....

Along Fina said...

senak esofagus?? ko makan pe smpai senak esofagus ko tu?? ha!! tak pose!!! kantoi!

Naz said...

aku senak pesal gelak... ko ni, fikir pasal x poser jer... hahaha...

Amieynna Amin said...

nasib baik yg 4 tu pilih tuk jd pemain simpanan...

Along Fina said...

naz,
yela, mane taw kan..
tak caye cube tanye kak nazarina.. hahaha


kak mynna,
dorang terpilih menjadi pemain simpanan nasib je tu...

Naz said...

aku dah tanya dia... dia senyum mcm ko juga... kenapa Fina?