Friday, August 27, 2010

Remaja hilangkan diri mahu cari kebebasan, ketenangan


NOR HALIMAH menunjukkan gambar anaknya, Nur Atiqah yang menghilangkan diri sejak kelmarin.
KUALA LUMPUR: "Mama jangan bimbang, Iqah di rumah kawan untuk mencari ketenangan dan kebebasan." Demikian SMS dihantar seorang remaja istimewa atau lembam, Nur Atiqah Rosli, 17, kepada ibunya selepas menghilangkan diri dari sekolah, kelmarin.

Ibunya, Nor Halimah Ismail, 55, berkata beliau menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Jalan Cochrane, dekat Cheras jam 8 pagi itu tidak melihat sebarang perubahan dan menunggu di luar pagar sehingga anaknya memasuki sekolah.

Bagaimanapun, suaminya, Rosli Abdul Hamid, 65, ke sekolah berkenaan untuk mengambil anaknya jam 12 tengah hari terkejut dimaklumkan pihak sekolah anaknya tidak memasuki kelas sepanjang hari.
“Beberapa jam kemudian, dia menghantar SMS mengatakan berada di rumah kawannya. SMS terbaru malam tadi pula meminta maaf dan menyuruh saya tidak bimbang. Hati ibu mana tidak risau kerana sebelum ini dia tidak pernah keluar rumah sendirian. Ke mana saja dia pergi saya akan mengikutnya kerana bimbang keadaan dirinya diambil kesempatan individu lain,” katanya semalam.

Nor Halimah berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk mendapatkan bantuan saudara mara mencari anaknya di sekitar sekolah selain cuba menghubungi telefon bimbit anaknya, tetapi gagal.

Justeru, beliau meminta orang ramai menghubunginya di talian 012-3176508 jika ada maklumat. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa dan gerakan mencari sedang dilakukan.

........................................................................................................................................................................................................................

Kredit kepada Berita Harian Online

Assalamualaikum.

Haisy... ape nak jadi ni. Remaja zaman sekarang, terlalu menginginkan kebebasan. Sedangkan Allah telah berfirman:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Al-Baqarah, ayat 216

Padahal kan, dah nak raya ni. Budak ni tak nak raya ke? Kesian family dia, mesti sedih mengenangkan pagi raya yang akan datang tanpa Atikah... Dan, si Atikah ni pon tak sedih ke kalau beraya tanpa keluarga? Aku ni kalau boleh taknak keluar g mane2... kalu boleh nak buat persediaan raye sekarang-sekarang jugak. huhu...


Tuesday, August 24, 2010

Bila kelas mula pukul 10.00 pagi.


Assalamualikum...

yea! sukenye kelas esok mula lambat.. Pukul 10... yela, selalunya (selain hari rabu) kelas bermula pukul 8. Memang hampeh. Boleh kata setiap kali kelas yang bermula pukul 8 maka akan lambatlah aku sampai. Tapi bukan aku soranglah. Ramai jugak yang datang lewat. huhu...

Antara sebab aku tak suka kelas pukul 8:

~biasanya siap lambat kalau kelas pukul 8. Yela, semua budak rumah aku kelas pukul 8. Berebut bilik air ma...

~Biasanya lepas subuh aku TERtidur balik. Huhu.. Nak bangun semula memang malas tak hengat!

~Untuk menjamin keselamatan Reddy (nama motor saya yang saya sayangi), kene panaskan enjin sebelum gerak pergi kampus. So dah ambik masaku agak lama. Kalau kelas tengah hari sikit boleh jugaklah terus guna motor tanpa panaskan. Kan kan kan?
(okey, yang ni sememangnya alasan yang baru saja difikirkan. Hehehe...)

~Aku jeles sebab ade housemate aku yang mula kelas sangat lambat dan time aku terkocoh-kocoh nak pergi kelas, mereka sedang ngorok. Cheist!!!

~Tak sempat nak bersarapan sebelum pergi kelas (ni kes selain bulan Ramadhan okey)

~Tak sempat nak bersenam di pagi hari. (Cheh, yang ini juga alasan. Tak pernah pulak aku bersenam weekdays selama ni?)

Ha.. tu lah masalah aku dengan kelas yang bermula pukul 8 ni. Padahal kalau nak diikutkan, kalau pergi sekolah, mula lagi awal kan? Entah kenapa kelas pukul 8 ni macam menjadi masalah besar bagi aku. Tapi aku rasa, kalau standard kelas bermula pukul 10 setiap hari, aku akan still menghadapi masalah serupa. Betul kah?

p/s: Teringat persoalan yang pernah blogger Ayisy tanya, "Kenapa biasanya kalau jam yang di'Display'kan biasanya menunjukkan pukul 10.10? Ada sesiapa mampu merungkaikan persoalan tersebut?

Saturday, August 21, 2010

Kita Merdeka. Mereka?

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya ter'post' juga entry terbaru
*kalau anda dapat membaca post ini, bermaksud memang bertuahlah! (O_~) haha!

Sebelum tu, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca blog ini...
(puasa tak?? :P )

Sorrylah... selalunya memang aku sign in blog aku ni. Tapi bila dah klik je 'New Post' terus jadi blank. Tak tahu nak cerita pasal apa. Padahal kalau nak diikutkan memang banyak benda aku nak cerita tapi nak menaipnya tu yang masalah sangat-sangat. huhu..

Sedar atau tidak, sedang kita berpuasa, tanggal 31 Ogos makin tiba. Yups, tarikh kemerdekaan kita. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur di atas nikmat di negara kita. Negara kita aman damai tanpa penguasaan pentadbiran dari pihak yang tidak sepatutnya. Seharusnya kita bersyukur. Alhamdulillah... (sila ucap Alhamdulillah sekarang! :D ) Kerana negara kita aman damai inilah (walaupon negara kita tidaklah begitu aman akibat pergaduhan sesama kaum atau fahaman politik, tapi boleh dikira aman jugalah kan...) kita dapat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 lain dengan mudah. Tinggal hendak atau tidak je!

Memang negara kita aman, (sangat best tinggal di Malaysia kan???) tapi terfikirkah kita tentang saudara kita di Palestin? Mereka dapat berpuasa, tapi meraka dapat berbuka tak? sahur apatah lagi? Kalau kita berpuasa pon, semua kerja jadi terbatas.
Contohnya,

"alahai, penatlah.. esok je la. almaklumlah,puasa..."
"Jogging, puasa-puasa ni? no way!"
"alamak panasnya, naik keretalah. Tak laratlah nak jalan kaki pegi kedai tu. Puasa..." padahal kedai kat 200 meter je dari rumah.

Tapi, saudara kita di Palestin, terfikirkah mereka tentang semua itu? Mereka tetap berjuang walaupun puasa. Perjuangan yang tiada kepenatannya. Mereka terus berlari kesana kemari demi meneruskan hidup untuk berjuang. Mereka tidak menggunakan kenderaan untuk mengejar nyawa lain ke hospital walaupun hospital berada sangat jauh, bukan hanya 200 meter.

Saudara-saudaraku, Palestin perlu diselamatkan. Aku sebagai orang Islam (I'm proud to become Muslimah) berasa tanggungjawab untuk menyeru anda untuk menyelamatkan saudara-saudara kita. Rasanya kita semua sedia maklum bagaimana caranya untuk kita selamatkan mereka. Sekurang-kurangnya, berdoa untuk mereka. Atau sekurang kurang kurang kurangnya, ucapkanlah:

"Ya Allah, selamatkanlah Palestin, InsyaAllah, Amin!"

Maklumat tentang berita terbaru Palestin, insyaAllah ini adalah sumber yang benar: Klik Sini












Terima kasih

Thursday, August 5, 2010

Pulangkan~

lirik lagu:Pulangkan
muzik: ala2 pulangkan

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangmu-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua
hingga akhir nyawa..

Fina: haha... lawak bile cube nyanyi.. hehe

Tuesday, July 6, 2010

Sebab penjara pudu sukar ditutup

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa ... "

udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... .....

Tahniah kerana minat membaca. hehehe.. jangan marah...