Friday, June 28, 2019

Pengalaman & itinerary bercuti ke Pulau Jeju, Korea Selatan.

Assalamualaikum.

Hai semua. Lamanya tak update blog ni. Bersawang, berhabuk dah.

Maaf aku sekarang ni memang pemalas nak update blog. Mungkin sebab kewujudan Facebook dan Instagram. Tapi tak apa. Kita catch up dulu mana yang boleh. Okay? hehehehe...

Okay nak cerita sikit ni. Haritu bulan Mac 2019 aku join satu trip pergi ke Pulau Jeju (Jeju-do dalam bahasa Korea), Korea Selatan. Aku join trip agency bernama Trip Adik Beradik. Harga okaylah. RM2990 tak silap aku. Trip untuk 5 hari 4 malam. Best gila weh. Berbaloilah untuk harga tu. Dahlah aku bayar ansuran RM300 setiap bulan. Jadi dalam 10 bulan setellah bayaran aku semua. Lepas tu rajin pulak tu melayan segala soalan dan kerenah aku. Hehehe... Kami pergi semasa awal musim bunga. Tapi tulah, silap time. Kami punya jadual ni jatuh pada awal musim bunga dan lewat musim sejuk. Jadi, tak sejuk sangat macam musim sejuk, tapi bunga tak berapa kembang sangat macam musim bunga.

Okay jom tengok apa aku punya itinerary. Tapi aku tak reti sangat nak buat itinerary ni. So aku share apa yang aku tau dan ingat je la ye. Aku dah lah short term memory punya orang. So tak berapa nak ingat sangat sebenarnya. Hahaha... Fina memang sengal dari dulu sampai sekarang.

Hari Pertama

Kami berkumpul kat Starbuck KLIA2 pada 4 pagi. Dalam pukul 7 pagi kami dah masuk kapal terbang. Then kami sampai ke Pulau Jeju dalam pukul 4 petang. Boleh tahan kematu jugak la buntut aku. Aku pergi dengan kawan aku Miza. Kami pun badan tak berapa kurus, jadi ko boleh bayangkan tak macammana himpitnya kami duduk 3 orang (dengan salah seorang peserta yang badan pun tak kurus sangat), dengan duduk kat kerusi Air Asia X yang sempit tu? Aku rasa macam nak semput wey. Kesian buntut aku, panas. Sakit pinggang. Nak tidur pun tak seberapa lelap lah.

Inilah peserta yang mengikuti trip kali ini. 14 orang dan beberapa kru Trip Adik Beradik. 


Pemandangan dari atas awan. Cantik kan? Terpesona aku tengok wey.
 Rasa kagum dengan ciptaan Ilahi.


Ini kami punya tourguide. 

Jeju Stay Hotel

Sepanjang 4 malam, kami tinggal di Jeju Stay Hotel ni. Tak sure berapa bintang. Maybe 3 bintang kot. Tak apa, asalkan selesa. Kami tidur 2 orang setiap bilik. Setiap orang dapat katil single. Okay la kan? 



Jeju Dongmun Market

Setibanya kami ke hotel, kami letak beg, rehat kejap, terus bersiap untuk ke Jeju Dongmun Market. Macam pasar malam, pasar basah. Dipenuhi dengan jualan makanan dan buah-buahan.

Pintu masuk Dongmun Market


Kedai-kedai hipsturrr di sekitar pasar.

Ahjumma~~~


Ni antara souvenir yang boleh dibeli di Jeju-do. Mostly memang inilah rupa keychainnya.Memang patung ni merata ada kat Jeju-do ni. Ada orang kata ini rupa berhala masyarakat di Jeju-do.


Paling best kat Jeju-do adalah buah-buahan depa. Segar dan manis. Pergh!!! Strawberi dia manis woi. Benda paling aku rindu kat Jeju-do adalah strawberi manis dia. Tak mustahil wey aku nak kembali ke Jeju-do hanya untuk makan strawberi ni. Beli, terus makan. Jangan masuk peti ais. Nanti tak segar. Aku ada beli lebih, masuk peti ais, jadi beku. bila defrost, strawberi tu dah lonyot. Emmmm lonyot tu apa ya dalam Bahasa Malaysia? Lonyot tu bahasa jawa tak silap. 


Hari kedua

Good morning! Wah rasa fresh sangat. Pagi di Jeju-do sangat sejuk. Kira-kira dalam 10C. Pagi tu kami sarapan apa yang disediakan oleh pihak hotel. Almaklumlah, makan free siapa tak mau kan? Hehehe... Tapi sebagai muslim tak bolehlah makan sebarang daging dia. Sebab tak halal. Oh lupa nak bagitau. Pelancong di Jeju-do tidak dibenarkan membawa sebarang daging dari negara luar. Kalau kantoi kene denda wey. (Tapi sebenarnya aku bawa juga Pek Kembara). So kami cuma makan nasi dan sup sayur. Ada juga disediakan roti, butter dan jem. Terpulang pada keyakinan masing-masing kalau nak makanlah ye.

Jalan ni dipanggil tree tunnel. Kalau bunga dia dah kembang mesti cantik. Alahai sayangnya tak dapat tengok bunga kembang masa ni.

Jeju-do terkenal dengan buah limau ni. Nama limau ni tak pastilah. Yang pasti bentuk limau ni pelik sikit. Nanti aku tunjuklah bentuk dia. Pokok limau ni berlambak ada kat tepi-tepi jalan di sini. Tapi tourguide kami kata yang kat tepi jalan ni kualiti kurang bagus. Yang berkualiti tinggi, owner tanam berpagar dan dijaga rapi. Kawan aku ada juga yang petik. Tapi aku tak petik sebab aku jenis cepat sakit tekak kalau makan limau.


Mysterious Road

Mysterious road ni mempunyai tarikan graviti yang pelik. Jalannya agak berbukit. Tapi bila golekkan botol, botol tu bergolek naik ke atas. Pelikkan? Tapi tak ada siapa dapat merungkai misteri graviti itu. Mungkin ada dijelaskan di batu bersurat di belakang aku posing tu, tapi tak faham pula bahasa Korea ni.



Jeonbang Waterfall

Mereka kata Jeonbang Waterfall ni istimewa sebab waterfall ni terus bersambung dengan laut. Bayaran masuk ke kawasan ni adalah 2000 Won atau kira-kira RM8.


Fresh Abalone

Fresh Orange Juice























Alamak ada hal lah. Korang komen dulu. Kejap lagi ada masa aku sambung ye.

Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua.



Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin...
Salam 0-0.. (bak kata satu radio tu)
(taknak mention sebab dia tak sponsor pape dalam blog aku ni. hahaha!)

Ok,
banyak benda aku nak minta maaf ni..

Pertamanya,


Maaflah selama ni aku dah abaikan nafkah korang
untuk suap entry kat blog ni.
 biasalah.. busy kan..
busy sangat2..
busy main game COC.
Penting tu sebab aku la yang menentukan
kemenangan clan aku walaupun
hanya menyumbang 2 bintang je.



Aku tak tahu korang baca ke entry aku di pagi raya ni.
Ke korang tengah Sembahyang Raya?
Hehehe.. Bagus bagus..
Korang hairan ke aku tak pegi sembahyang raya?
tak payah nak hairan sangatlah.
Aku pakai schedule la post ni.
haa.... percaya tak?
percaya laaa...
sebab pagi2 raya ni aku takdenye nak nipu korang.
(walaupun sekarang ni aku tengah taip bukan di pagi raya lah)



Keduanya,
aku mintak maaf jugak kalau aku ade ter-gebang kat blog ni kan.
Yela, kadang kita gebang untuk sedapkan cerita.
ye dak?
haaa..
korang jangan nak buat-buat innocent tak pernah gebang dalam blog ni.
haha...
mesti pernah kan?
haip! jangan tak ngaku...



Ketiganya..
err.. ape lagi ek..
aku mintak maaf kalau post aku pernah
membuat korang tersentap ke ape ke kann..
yela mana tau aku punye post ade yang deep sangat kan?
contoh post yang deep tu macam..
emm...
ha... kan?
ade ke yang sentap?
ke aku yang perasan lelebih ni?



Hmm.. Dah ke berapa tadi??



Oh yang ke empat ye.



Ok yang ke-4 Nye,
aku minta maaf kalau aku jugak pernah
tak tertunaikan janji pada korang.. t
ak kisah lah janji yang mana satu..
Em..
contohnya aku janji nak selalu post kat blog ni
tapi tak terpos-pos pon kan...
yela manusia kan mudah lupa...
eh manusia ke Melayu yang mudah lupa tu? Melayu eh?
 Nasib baik aku bukan Melayu.
Aku mix Melayu-Jawa...
haa..
so aku takde la mudah sangat lupa..
Aku cuma lupa janji-janji yang dibuat untuk diri sendiri je.. j
anji untuk orang lain insyaAllah
aku akan berusaha sekeras-kerasnya supaya tidak lupa.
Janji untuk diri sendiri aku ape?
ha...
satu masa nanti aku akan buat satu entri
untuk bagitau korang apa janji-janji aku yang pernah muncul
dilubuk hatiku yang paling dalam..
ha, tengok tu,
berjanji lagi..
Adoiaiii~



Eh macam dah lari tajuk je.



Ok lah...
Aku pon tak ingat dah amenda aku nak mintak maaf lagi.
Korang nak aku minta maaf lagi ke?
kalau nak korang tulis kat komen la kalau ade salah aku yang tak tersebut lagi.



Okey lah...
raya ni jemputlah datang rumah aku kat Shah Alam..
kalau ade sesiapa nak datang contact aku la minta alamat..
ke korang semua dah tahu?
kalau belum tahu contact aku la ek..
camne nak contact?
komen je..
bebila aku teringat nanti aku bukak la komen tu..

haa..


Ok selamat menyambut raya di samping keluarga yang tercinta..
Makan kuih raya tu bajet-bajet sikit supaya tak boroi pulak
nak masuk kerja/sekolah lepas ni.
hahaha...



Ok bye.


Assalmualaikum.


Salam saying (aidilfitri),
Fina.



Thursday, July 9, 2015

Takde soalan lain ke?

Kadang-kadang aku rasa aku keseorangan.


Kadang aku tak de orang nak dengar luahan hati aku.


Tak de orang nak dengar masalah aku.


Tapi kenapa?


Kenapa orang asyik Tanya bila aku nak kawin?


Kenapa tang tu semua orang nak Tanya?


Kenapa sebelum Tanya soalan tu, ko tak Tanya pon aku ada masalah ke? apa masalah aku?


Kenapa tak Tanya aku, kenapa aku tak dapatkan calon lagi?


Kenapa ko terus jump to the cliché question: Bila ko nak kawen?


Kenapa?


Ataupun ko sepatutnya cakap: Let me introduce you with some nice guy / my son / brother / anak sedara?


Kan ke lagi baik?


Aku pon tak de la sakit telinga..


Ok lah..


Aku nak balik dah ni.


Bye.

Wednesday, July 8, 2015

2 lelaki contact aku tetiba. Kenapa?

Assalamualaikum...

Hai semua.. hari ke-3 tengah rajinkan tangan nak post jugak kat blog ni.
Biar la sikit, asalkan ada.
Aku ada 2 cerita nak sampaikan kat korang.

Cerita 1.

Minggu lepas aku tukar default picture aku kat facebook.
Gambar aku dan sepupu-sepapat perempuan.
Comel-comel sepupu aku..
Aku rasa macam aku pulak yang mencacatkan gambar tu. hahaha...
Beberapa minit kemudian,
ade kawan aku (lagi muda dari aku) hantar chat kat fb.
Aku fikir:
Aik? Budak ni dah lama tak contact aku. Ni mesti tetiba contact
sebab nak Tanya pasal salah satu sepupu aku ni...
Mesti punya..
Rupanya memang betul...
beriya dia nak mintak nombor telefon sepupu aku tu.
Kebetulan aku memang takde nombor telefon sepupu aku tu.
Ye la, budak-budak kan memang suka tukar-tukar nombor telefon.
Lelagi dak perempuan cun macam sepupu aku tu.. ramai peminat la katakan..

Cerita 2..

Semalam ade sorang mamat kat tempat keje aku
tetiba hantar chat facebook jugak.
Aku pelik..
selama ni dia tak pernah ajak aku borak.
Cuma kenal gitu-gitu je.
So sebelum dia bagitau aku niat sebenar contact aku,
aku cakap kat dia:
"Kalau nak promot MLM atau insuran kat aku,
tak pe lah.. aku tak nak. hahaha"
Ha, direct kan?
aku pon tak nak dia buat pembuka bicara banyak sangat.
So dia pun terus teranglah.
Rupanya dia dah berkenan..
Berkenan kat sapa?
aku ke?
Ofkos la bukan..
hahaha..
Dia berkenan kat kawan aku.
Tapi malangnya aku cakap la dia dah ade pakwe.
Bakal kakak ipar dia pun satu tempat keje dengan kitorang.
Hm..
kecewa la dia..
kesian..
Haha..
ok sampai situ je la cerita nya.

Kesimpulannya?

1) Aku ade ramai kenalan yang cun cun. Aku je kurang cun...

2) Lelaki memang pantang nampak perempuan lawa. (tapi tak semua-pujuk diri sendiri. huahuahua)

Ok lah. Bye. Salam.

Monday, July 6, 2015

Beli baju raya

Assalamualaikum..


Malam tadi beli baju raya untuk adik-adik... tukang pilih baju je la.. parents yang bayar...


Beli baju melayu budak je. Darjah 6. Still bahagian kanak-kanak la... Tengok harga, RM55 something.


Aik??? Mahal beb.. Baik beli baju dewasa. huhuhu...


Tapi ape nak buat? beli jugak la. Dah memang harga standard dia.


Sebelum ni (zaman aku belajar), aku tak pernah tengok harga. Parents aku suruh pilih je. Sekarang bila dah kerja, aku beli sendiri baju raya. Bagi aku mahalnya baju yang aku beli... Beli untuk diri sendiri je, tetap terasa kemahalannya..


Harga barang-barang sekarang memang mahal. Tak tahulah kalau dah berkeluarga kelak, harga mesti jauh lebih mahal dari sekarang.


Moral of the story:
1. Hargai ibubapa anda yang banyak berpenat lelah kumpul duit untuk beli pakaian raya anak-anak.


2. Nak beli baju raya kene kumpul duit daripada bulan Zulkaedah, bukan bulan Ramadan.


3. Beragak-agaklah masa nak pilih baju raya, jangan terlalu boros.


4. Berjimat-jimatlah dalam perbelanjaan. Dunia dah makin mahal. tapi ingat, Akhirat lebih mahal.


Ok bye.


Assalamualaikum...

Sunday, July 5, 2015

Hai semua! I'm back!!!

Assalamualaikum....




Hai semua.. Rindu aku tak? kihkihkih.. perasanlah fina oi..




Tapi seriously, aku rindu seh kat zaman blog ni. Kenapa eh blog jadi sepi? Adakah sebab blogger2 yang aku kenal semua dah kawen? Dan terus hanyut dek kebahagiaan (atau kesibukan) alam rumah tangga?




Aku pon tak pasti post aku ni ade orang baca ke tak. Tapi kalau ada yang baca tu hit me in the comment box, ok?




Tapi kalau takde yang baca, aku anggap blog ni sebagai diari maya aku je. Boleh? So boleh ke aku nak luahkan perasaan aku kat sini? bahaya tak? ko rasa? entah...




Oh ya. korang ape kabar? baik?? bagus la kalau baik.. Aku pun baik jugak. Cuma.. emm.. aku dah bosan..




Bosan dengan apa? bosan dengan hidup mungkin? Stress dengan keadaan sekeliling. kot... Padahal kerja aku takde la stess mana,.. buktinya? aku tengah taip ni time aku kat tempat kerja. hahaha.. mati la kalau bos aku baca blog ni. hahaha..




Aku sebenarnya banyaaaakk benda nak cerita kat blog. Tapi tak de internet selaju internet company ni. hahaha... so ade masa lapang sikit ni boleh la aku nak post kat sini.




Aku tengok last post aku adalah pada bulan puasa beberapa tahun lalu. (2012 kot?) La ni aku post ni pun bulan puasa jugak. Tapi aku pon tak tahu ape aku merepek kat blog ni. Patutnya pada bulan mulia penuh barokah ni aku post something useful, informative and productive entry (ewah speaking!). Tapi tu lah.. nasihat pada diri sendiri pun ke laut, apa lagi nak nasihat korang ye dak? huhuu...




Em... Lagi 10  hari dah nak raya. Tapi ape makna raya ni untuk aku? Yang pasti raya ni aku kene prepare jawapan untuk soalan-soalan hot sempena raya, iaitu; "Bila nak kawen?" Arghhhhhhh!!!!! tu la soalan yang boleh buat aku stress sampai tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, 2 pinggan baru kenyang kot. Kenapa harus wujud soalan tu dalam dunia ni? Why?? Why???Whyyyyy??!!!! Andwe!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ha tu dia..




Biasanya bila aku baca post2 orang lain, bila tang ni parents depa akan tenangkan hati depa. Tapi aku? Biasanya mak pak aku la yang selalu tanya soalan tu kat aku. Dan aku pon bertambah-tambah la stressnye.






Ok la.. dah panjang aku membebel ni.. Aku nak teruskan kerja aku.. Ok bye~










Yang stress,
Fina.

Sunday, July 14, 2013

Promosi Ramadhan: Tudung 4 lapis cantik menarik

Assalamualaikum semua.

Di sini ada beberapa helai tudung untuk tatapan anda. Harga yang murah dan mampu milik. Kesemuanya berharga RM50 setiap helai termasuk kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia.

Jika berminat, sila private message (pm) di page saya [Fina's Blog] atau terus komen di [album ini].


Tudung 1

Tudung 2

Tudung 3

Tudung 4


Tudung 5

Tudung 6



Tudung 7



Tudung 8

Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan tudung dengan harga yang murah dan cantik!

Saturday, August 4, 2012

Contest: Tiga follower AlongFina yang bertuah.

Assalamualaikum...

Ha,blog baru telah dilancarkan!  Sesiapa yang ada blog tu jangan lupa join contest ini. Senang sangat sangat! Contest berakhir pada hari raya pertama. Cepat2!!!

http://alongfina.blogspot.com/2012/08/post-pertama-selamat-datang-topup-rm10.html

Wassalam.

Tuesday, July 31, 2012

Tempat kerjaku yang bakal ku rindui.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Sihat saja kan? Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Hari ini nak cakap pasal apa ya? Sebelum apa-apa, aku nak cerita dulu, aku dah nak berenti kerja!!! Yeay! Tak sabar rasanya. 17 haribulan 8 nanti adalah tarikh terakhir aku akan berkhidmat di Flextronics Shah Alam. Keputusan ni aku memang dah fikir masak semasaknya. Okey harini aku nak cerita pasal kawan-kawan kat tempat kerja aku lahhh... :)

Gembira memanglah gembira sebab tak sabar nak sambung Degree pula. Tapi jauh di sudut hati, rasa sedih untuk tinggalkan tempat kerja aku ni. Yelah, kawan-kawan pun baik-baik belaka. Kerja pun takdelah busy sangat cuma aku je yang selalu mem-busy-kan diri.Yelah, kejap-kejap buat kerja, kejap-kejap merayau ke HR, kejap-kejap mengorat. Upssss! 


Macam-macam perangai mereka ni. Gambar di atas diambil semasa kami pergi makan steamboat kat Flamming sempena majlis perpisahan seorang engineer, Kak Liza (baju pink tudung pink). Mereka di atas baru sebahagian dari jumlah team aku. Ada lagi yang malu-malu miaw je nak amik gambar, ade yang dah balik. Aku? Akulah tukang ambil gambar. Hehe...

Team kami ni ada 4 orang sahaja perempuan. Dua orang engineer, dua orang technician. Kak Liza dah berhenti, tinggallah kak Aida keseorangan sebagai engineer wanita. Kalau aku berhenti kejap saja lagi, Kak Niza pun akan keseorangan sebagai technician wanita. Kalau Kak Niza kerja di shift pagi, bolehlah dia bermanja-manja dengan Kak Aida. Kalau Kak Niza shift malam, tak dapatlah. Kak Aida kerja normal, siang sahaja. Dah lah Kak Niza baru sahaja mengandung. :( Sabarlah ye Kak Niza...

Walaupun aku bekerja sebagai technician hanyalah 5 bulan kat sana, aku rasa macam dah banyak sangat pengalaman yang aku belajar dari mereka yang mematangkan aku. Termasuklah pembelajaran mengenai rumah tangga. Hehehe... InsyaAllah pembelajaran itu berguna dalam kehidupan aku kelak. InsyaAllah... :)

Okeylah. Sampai di sini sahaja untuk pertemuan kita kali ini. InsyaAllah bertemu lagi kita di entry yang lain pula ya. Jangan lupa klik iklan-iklan di blog aku ye. Tengoklah apa yang ada. Terima kasih... :)

 Assalamualaikum...


Friday, July 27, 2012

Reaksi orang ramai terhadap isu pelajar sekolah dibenarkan membawa handphone ke sekolah.

Asslamaualaikum...

Sila baca: Post ini TIDAK bermaksud politik. Pandangan semata-mata.

Dalam minggu lalu, aku ada membuat survey di Facebook.

Soalan aku:

 


Berikut antara jawapan yang aku terima dari rakan-rakan facebook: (Nama facebook mereka aku telah tukar kepada huruf pankal setiap perkaan)

YY : pendapat saya sebelum kita tgk kebaikan dan keburukan perkara ni lebih baik kita lihat disiplin pelajar sekarang. boleh ke diorg belajar TANPA menyentuh handphone bagai sewaktu kelas etc. dan kalau diorg guna pun(contoh; ipad utk amik nota) adakah boleh dijamin yg diorg takkan buka apps lain?(walaupon pernah dengar pasal lock features utk apps dlm ipad specially for students). kalau diorg bleh disiplinkan diri diorg then takkan ade masalah pasal perkara ni insyaAllah tp realitinya mungkin sebaliknya. saya dulu pon bwk phone ke sekolah jugak sebab mak suruh bawak(sng nak inform kalau balik lambat or ade kelas tambahan etc). lgpon tu phone murah je setakat boleh msg n call. so rasanya kalau nak tahu kebaikan n keburukan ni, kita boleh tgk dkat pelajar zaman skrg=)

IR : kebaikan = tiada.
keburukan = gejala sosial,xfokus dlm kelas,ganggu p&p.

SC : sume depend kat bdak tu sndri..kat uni setiap student bwk ipad or hnst tapi bole je study :) all mind set :)

AM : setuju jika mendapat pemantauan yang keetat dan kerjasama dari semua pihak. kerjasama dari student kena penting. tapi, x dinafikan, memang susah nak dikawal.. mungkin akan mengalami masalah seperti kecurian ipad memandangkan x semua pelajar mampu untuk memiliki ipad tuh kan ? so, sewajarnya, ibu bapa pon memainkan peranan yang penting untuk membenarkan anak2 mereka bawak ipad ni. bagi cikgu2 pulak, untuk memastikan kelangsungan proses PNP berjalan dengan lancar, sewajarnya pantau aspek ini dengan lebih ketat. iya ! semua pihak need to deal together.
  
AA : rsanya x ok, sbb mmg fokus hilang 100%, tgk bnda len

NHI : dah kita sendiri kat u bawak nset masuk kelas mcm x berapa nak fokus sgt.. ni lg budak2.. silap laaa..

APH : jahanam la mase depan negara...

IR : konsep P&P di uni dan di sekolah adalah sgt2 berbeza..di sekolah buat ape nk bwk ipad, input, nota semua dalam buku teks sekolah tu..di uni ni sesetgh je pakai buku, ade sesetgh pakai nota lectrr je,jadi memg perlulah ipad kalau nk salin notes cepat2 masa lecture, sendiri tahulah cmne kan..

FJ : bad idea.....

MBmakin banyakla kes kecurian kt skolah..

SAS : tgok kat antara kwn2 or family kite pon kite ley taw.. =) so, fikir kanla..

AS : kebaikan = mak bapak student senang nak kol , keburukan = bf/gf student senang nak kol

AD :keburukan: mudah hilang dan hilang tumpuan belajar... :)

BA : pelajar, xperlu guna buku tulis, boleh guna galcy note, bile nk borak boleh whatsapp, kalau kene rotan terus mention twitter Perdana Menteri.

ALI : baik majukan cara P&P dpd bwak gajet..

HA : kalau students sume pandai2.. takpe la.. tp klu plajaran ntah ke laot.. dlm mimpi je la bwk gajet2 neyh..

MFF : bg ak bwk nset(stakat bleh calling suda) ok lg..tp sampai bwak ipad nk wt gap0 ,mung nk blajar ka mung nk bt 3gp..kehkehkeh..
 
MAB : xtau lah..ada baiknya jugak..sbb klu nk halang pun, bukannya budak2 tu xpkai hp dkt rumah..cma bla dibenarkan, tkt nanti, anak2 miskin pun rs hp itu satu keperluan, bebankan mak bapak plak bla anak2 merengek nk hp bla tgk member2 pkai hp di skolah..peer pressure...ni satu hal, yg part meniru ke apa ke tu satu hal lg...keh keh keh..xpay attention dlm kelas lah apa lah..

ALI : bg aku la..alasan nak pantau anak2 pg skolah..senang je..sediakan database pkai cap jari je...apa susah

SM : xleyh ckp jgk xde kbaikan tp time zmn2 dlu xde pon bdk sek bwk ph,tp msuk u jgk,jd pndai jgk..agknye klu dbnrkan bwk hp ur ipad kt sek leyh jd pndai,SYE SOKONG 99.99%..=)

FW : kebaikan yer lei fly keluar bagi yang dok hostel... klaw ade warden kasi roger awal2 =D

ARA : aq rs xperlu kot..sbbny 1..bkn sume parent mampu..just think about it...dyorg still budak2..not understnd their parent economic...len la bdk uni...dyorg fhm y parent xmampu...dyorg xkn nk merengek2 mintak kn.. lagipn..dak uni de ptptn..yayasan..or others...2..adakah ianya keperluan???zaman dlu belajar xde that things pn boleh success...why not now? 3..lau ckp psl internet or watever...i think every school hv their own lab...n sgala mklumat y dyorg nk uh ley cr kt buku teks...

AMN : tak setuju..(>.<),p sek bkn nk blaja,tp tu mgajar bdk sek nk mggatal..akak2 n abg2 dulu g sek tak pyh bwk phone pun,boleh berjaya..

AA : xperlu..

FK : xprlu..wat leka je.lgpn utk pe bwk.

NH : bes...pelajar xkan ngntuk time dalam kelas..

QNAB : kebaikan: pelbagai kes jenayah melibatkan kanak2/remaja yang semakin meningkat pada masa kini terutamanya di bandar besar menjadikan hp sangat diperlukan.
keburukan: tidak fokus pada pelajaran dan permulaan pendedahan terhadap gelombang radio yang terlalu awal, tak berapa baik.

IS : Emm zaman skang budak2 dh d dedahkn dgn hp terlalu awal,tadika pun dh ade hp sndiri..jalo nk tnye kebaikn n keburukn,tnye pd diri kite plak,kite bw hp ke IPT dtgkn kebaikn ke keburukn?sbb ade gak dak IPT yg bru merase ade hp waktu kt IPT,tu pun sbb ade PTPTN,huhu..pd pndpt sy boleh,cume perlu ade lngkah penjagaan,cnthnye pelajar hnye d benarkn pgng hp waktu dtg n habis belajar jer,waktu lain serahkn pd cikgu

ANBK : Betul, kalau x dikawal, lebih banyak mudharat drpd manfaatnye

NR : mengade je lebih dorg

AS : kerajaan benarkan atas sebab kemudahan.soal nak bagi anak bawak atau tak itu ibu bapa bole putuskan.Hilang tanggungjawab sendiri.anak2 x fokus pun itu tanggungjawab ibu bapa perlu ambil perhatian.

AAO : Merosot la semua tahap ujian dan penilaian...sedangkan dirumah pun ibu bapa melarang...nanti anak2 boleh jadi kusyuk dan lupakan hal2 yang lebih penting.

SAA : dorg xleh fokus...nant men phone atau ipad..mudah brlaku kecurian... mak ayah dtg slhkn guru2 sbb xtau jga brg anak2 dorg... sape punye cdangan nk bwk bnde2 ni g skolah..??

AA : bwk buku dh la, x yah hnset pn.. dlu pkai publicphone ja zaman kita sklah.. manje la bdk2 skrg

MF : kbaikan tu ada tpi 1 2 je yg valid..kbrukan tu byk sgt..so sptt nya dyorg jgn soft sgt dgn pljr skolah..bkn soft lg, oversoft sgt..

MRR : sediakan public phone bnyak cket..dan penyelengaraan kerap

AZA : what for hah ipad for kiddies? -__-

NMF II : ntuk faktor keselamatan saye agree 100%...tapi rasenye perlu bersyarat hanya hp yang ade function simple cam sms and call...kite kan kat zaman teknologi..jgn menghalang perkembangan teknologi dalam situasi semasa tapi sesuaikannya mengikut keadaan

MA : henpon ni ibarat dah bawak game pegi sekolah. macam zaman2 dulu bawak digimon pegi skolah. Hahaha

SI : xberapa nk setuju..sbb teknologi yg ade boleh m'buatkn adik2 kita ni lg leka..bukan xelok..tp lbh bnyk kbrkn dr kebaikn..lgpn,handphone ini cuma kehendak..bkn keperluan..xpenting n xmati pn klau xde.. :) just saying~

NA : mmg gov bg tapi its depends on school regulation pulak . kalau mereka tak benarkan tetap tak boleh . xnak g tukar sekolah lain . pandai gov plan :)
  
AAF : dulu bwk hp curi2 pon da xpay attention.. ni dpt kebenaran.. lg laa.. kalu pkai fon cikai je xpe.. nie skang kebanyakan pkai smartfon. lg laa melalaikn..

MAB : gua slaku bapa tunggal beranak 6, dh mula rs bila anak2 dh mula buat muka keji bila tgk gua, nk mintak iphone4s la tuh...botak kepala

NA : budak2 ni punya otak kalau tak bagi dowg bawa tapi nanti kalau dah bagi bosan la . macam bdk u . mane nak pegang hp sgt dah mase blaja an .

ALI : better ubah cara P&P...  ada pro dan kontra kena bawak...kena ada kajian mendalam...sbb isu pendidikan ni agak sensitif...

MKAJ : kita yang cipta teknologi, knp perlu takut? kita sendiri pon bawak hp dalam kelas..

MTS : nnty karang pelajar sekolah menjadi makin besar kepala..

NZBnyk buruk drpd baiknye..hihi


AR : keburukan .. guru kurang dihormati ...guru mengajar ,pelajar sibuk bmesej or main game

HDK : pastu krajaan usulkan blajar kat rumah je..dah xpyh dtg2 skolah..pakai 3G je..xpon pakai skype atw ym dll..

AB : kberkatan ilmu sgat berkurang..

Itulah antara komen-komen mereka di Facebook. Bagi aku, aku pun sebenarnya tak setuju untuk bawa handphone ke sekolah. Tapi mungkinkah rules & regulation yang sedang digubal akan rotate pandangan aku ni 360 degree? Mungkin peraturan ini bermanfaat kepada pihak ibu bapa dalam isu pemantauan anak-anak di sekolah. 

Kalau aku jadi ibu pun aku takkan izinkan anak-anak aku bawa telefon canggih-canggih ini lagikan IPAD. Maunye hilang tak ke merana? Kalau nak sangat menunjuk kat kawan-kawan pun, ambil gambar handphone tersebut, print kemudian bolehlah kalau nak tunjuk-tunjuk kat kawan-kawan. Kalau mereka tak percaya juga boleh la ambil gambar muka sendiri kat sebelah handphone tu. Hahaha... 

So it's actually depend on their parents decision, right?

Nanti kalau aku nak bagi anak aku bawa handphone ke sekolah pun aku akan bagi bawa Nokia 3310 (tigatigaseposen) je. Tapi tak tahulah zaman tu masih ada ke Nokia 3310 ni? Kalau bukan untuk call ibu bapa pun paling tidak boleh buat baling anjing kalau terdesak sangat. Ye dak? Hahaha...

Jadi, apa komen anda?