Thursday, June 30, 2011

Secangkir Kata

Assalamualaikum.

Hari Jumaat. Aku baru je lepas blog walking. Aku perasan sekarang ni ramai kawan-kawan aku yang ada blog. Aku pun enjoy je nak baca blog mereka tu. Mereka tu ada je benda menarik untuk di cerita kat blog. Pasal kekasih, berita terkini, pendapat politik, kisah harian mereka. Tapi aku ni tak tahu nak cerita apa kat blog aku. Bukan sengaja aku taknak update blog ni. Tapi sebab aku sendiri tak tahu nak update pasal apa.

Sekarang ni pukul 1.20 petang. Aku kat Cyber Cafe Kelab Rakan Siber yang berdekatan dengan kolej. Tadi ramailah budak-budak lelaki yang main game lah bagai. Tapi sekarang dah takde. Alhamdulillah... Harap-haraplah mereka takde tu sebab semuanya di Dewan Besar untuk menunaikan solat Jumaat. Yelah, budak-budak zaman sekarang ni tak boleh lepas kalau sekali dah terjebak dengan game. Terutamanya game Counter Strike lah, DOTA lah.. Haishhh.. Entahlah tak tahu nak kata dah.

Hari Rabu dan Khamis lepas ada program derma darah kat Laman Perdana. Memang aku teringin nak derma tapi oleh kerana tempat tu berada di tempat terbuka macam tu, aku seganlah. Yelah, aku ni badan gedabak, kang kalau aku dah baring kat katil tu semacam pulak rasa terdedahnya. Dah lah kalau  nak derma tu lengan baju naik sampai siku. Hmm.. Kawan aku (lelaki) pun ada kata, kalau nak derma better pergi hospital je. Tertutup sikit. Setuju. :) Lagipun aku memang takut nak derma-derma darah ni. Loya nampak darah banyak-banyak. Aku rasa aku dapat penyakit ni dari Papa aku. Dia pun maunya pengsan nampak darah banyak-banyak ni... Hohohoo...

Minggu test dah dekat. Aku cuak sangat. Sebab aku ni banyak tanggungjawab nak kena pikul dalam UiTMPP ni. Walaupun aku ni bukannya Majlis Perwakilan Pelajar, ahli Persatuan Kesenian Islam je pun, tapi aku rasa banyak sangat tanggungjawab ni. Kadang-kadang tension juga. Tapi memikirkan ia adalah kehendak aku sendiri, aku teruskan jua. Takkan nak lepaskan begitu sahaja kan? Tu namanya pemimpin yang hampeh. Nasib baik aku ada ahli-ahli yang supportive. Takdelah tertekan sangat. Kalau pandai manage segala aktiviti ni, insyaAllah lancar je.  :) Sabar, Usaha, Tawakkal.  :)

Tulang belakang Persatuan Kesenian Islam


Oh.. Banyak juga aku membebel ni. Dah lah. Tak larat na membebel lagi. Wassalam.

Tuesday, June 28, 2011

Perkemahan aku yang paling meng-sunburn-kan

Assalamualaikum.


3 hari 2 malam di Monkey Beach, Pulau Pinang sangat best bagi aku. Aku ni memang pantang nampak laut bersih dan cantik, jadi 70% siang aku di sana dihabiskan dalam laut. Mana tak sunburn? Haha... Best sangat! Aku pergi sana untuk perkemahan Rakan Siber. Aku ni nak kata fasilitator, tak, perserta pun tak. Pelancong kut? Hehe... Target pergi kem ramai, tapi target tinggal target, yang pergi sikit je. Tapi memang best. Semua sporting.

Jom layan gambar jelah. Hehe...

JUMAAT

Bersiap untuk bertolak. Kami naik bot sebab tiba selepas pukul 6 petang. Kalau awal, bolehlah hiking.
Bot ni berat dengan barang berbanding manusia di dalamnya. Pergi kem macam nak balik kampung. Hehehe...
Arghhh! Tolakkkkk! Amboi Tuan Presiden tengok aje?

Pemandangan dari dalam bot.

Pemandangan senja dari pantai. Bila kami sampai dah nak senja.

Chef-chef kami  :)

Presiden 2011 dengan bakal Presiden 2012 tengah gelakkan apa entah~

Ice breaking sambil pas-pas barang.

Lepas ice breaking ada BBQ tapi aku tak amik gambar pulak. Sebab tengah busy makan. Hehehe...

Lepas tu ada Night Walking tapi aku tak join sebab membuta. Hahaha...

SABTU

Pemandangan selepas subuh

Awal-awal pagi kene bersenam dulu~

Chef-chef selepas menyiapkan sarapan sambil menunggu kanak-kanak ribena bersarapan.

Lepas sarapan explorace! Best~

Aktiviti tepi pantai~

Err.. yang ni aku tak tahu sebab time ni aku tengah mandi laut~

Gambar seterusnya? Er... kamera aku dah habis bateri. Huhuhu...

Aktiviti Lain:

Mandi Laut (harus lahhh)

LDK Pengurusan Organisasi

Sesi Saiko

AHAD

Mendaki ke Mukah Head (Rumah Api) - 
Yang ni aku tak join sebab kaki aku luka-luka terpijak siput-siput tajam 
(Padahal malas sebab nak mandi laut. Hahaha...)

Balik
Time ni ada yang hiking ada yang naik bot. Aku? Haruslah naik bot. Rugi la bot tu kalau penumpangnya kurang. Bayar mahal tuuu~
(Padahal malas jugak)



Sunday, June 19, 2011

Kan best kalau kehidupan ni ada butang pause, rewind dsb.

Assalamualaikum...

Sumber : Google
[Kita mulakan entri ini dengan ayat klise]

Wahh! dah lama rasanya tak update blog. Uhuk! uhuk! banyaknye habuk dan sawang.

[Oke sekarang tekan butang forward. >>]
.
.
.
.
.
.
[Dan sekarang play.]

Tapi aku sedar, dah terlambat....

[Pause!!! Eh, ni dah terlebih. Rewind balik! <<]
.
.
.
[Play]

Semua sihat? Hopefully. Aku sihat. Terima kasih kepada yang bertanya (jika ada). Cuma aku rasa kehidupan aku kebelakangan ni banyak yang tak kena, lari dari planning dan sebagainya. Tapi aku sebagai hamba-Nya yang lemah, hanya boleh berusaha, berdoa dan redha dengan kehidupan yang telah ditentukan-Nya.

Antara perkara yg pelik:

1) Aku mimpi 2 orang yang aku suka dalam 1 mimpi. haha.. pelik. Masalahnya seorang tu jadi pakwe aku dalam mimpi dan seorang lagi kaki dia luka sebab accident ke ape tah. Tapi walau dah ada pakwe, aku asyik jaga seorang lagi je kat hospital sampai pakwe aku jeles. Haha.. Mimpi ni kelakar, tapi aku perasan sejak aku alami mimpi ni, perkara-perkara pelik lain asyik terjadi.

2) Aku asyik tersentuh dengan seseorang bukan mahram. -kawan aku-

3) Semua yang aku plan tak jadi. Macam malam tadi aku nak tunjuk slide masa meeting, tapi takleh on pulak projektor tu.

4) Junior tegur kesalahan aku - oke aku yang salah untuk perkara ni.

5) Handphone aku tak tahu mana menghilang.

6) Cermin mata aku patah.

7) Aku langgar sliding door sampai takleh tutup mendalah tu. -.-

Banyak lagi perkara yang aku tak terkata. Tapi takpelah. Maybe memang nasib aku untuk minggu ni. 

So apa kaitan dengan butang rewind, pause dan sebagainya? Kalau wujud, memang aku nak betulkan segalanya. Tapi aku sedar, dah terlambat.

Dah lah. Aku dah takde mood nak taip lagi. Wassalam.