Assalamualaikum.
Hari Jumaat. Aku baru je lepas blog walking. Aku perasan sekarang ni ramai kawan-kawan aku yang ada blog. Aku pun enjoy je nak baca blog mereka tu. Mereka tu ada je benda menarik untuk di cerita kat blog. Pasal kekasih, berita terkini, pendapat politik, kisah harian mereka. Tapi aku ni tak tahu nak cerita apa kat blog aku. Bukan sengaja aku taknak update blog ni. Tapi sebab aku sendiri tak tahu nak update pasal apa.
Sekarang ni pukul 1.20 petang. Aku kat Cyber Cafe Kelab Rakan Siber yang berdekatan dengan kolej. Tadi ramailah budak-budak lelaki yang main game lah bagai. Tapi sekarang dah takde. Alhamdulillah... Harap-haraplah mereka takde tu sebab semuanya di Dewan Besar untuk menunaikan solat Jumaat. Yelah, budak-budak zaman sekarang ni tak boleh lepas kalau sekali dah terjebak dengan game. Terutamanya game Counter Strike lah, DOTA lah.. Haishhh.. Entahlah tak tahu nak kata dah.
Hari Rabu dan Khamis lepas ada program derma darah kat Laman Perdana. Memang aku teringin nak derma tapi oleh kerana tempat tu berada di tempat terbuka macam tu, aku seganlah. Yelah, aku ni badan gedabak, kang kalau aku dah baring kat katil tu semacam pulak rasa terdedahnya. Dah lah kalau nak derma tu lengan baju naik sampai siku. Hmm.. Kawan aku (lelaki) pun ada kata, kalau nak derma better pergi hospital je. Tertutup sikit. Setuju. :) Lagipun aku memang takut nak derma-derma darah ni. Loya nampak darah banyak-banyak. Aku rasa aku dapat penyakit ni dari Papa aku. Dia pun maunya pengsan nampak darah banyak-banyak ni... Hohohoo...
Minggu test dah dekat. Aku cuak sangat. Sebab aku ni banyak tanggungjawab nak kena pikul dalam UiTMPP ni. Walaupun aku ni bukannya Majlis Perwakilan Pelajar, ahli Persatuan Kesenian Islam je pun, tapi aku rasa banyak sangat tanggungjawab ni. Kadang-kadang tension juga. Tapi memikirkan ia adalah kehendak aku sendiri, aku teruskan jua. Takkan nak lepaskan begitu sahaja kan? Tu namanya pemimpin yang hampeh. Nasib baik aku ada ahli-ahli yang supportive. Takdelah tertekan sangat. Kalau pandai manage segala aktiviti ni, insyaAllah lancar je. :) Sabar, Usaha, Tawakkal. :)
Tulang belakang Persatuan Kesenian Islam
Oh.. Banyak juga aku membebel ni. Dah lah. Tak larat na membebel lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment