Tuesday, June 28, 2011

Perkemahan aku yang paling meng-sunburn-kan

Assalamualaikum.


3 hari 2 malam di Monkey Beach, Pulau Pinang sangat best bagi aku. Aku ni memang pantang nampak laut bersih dan cantik, jadi 70% siang aku di sana dihabiskan dalam laut. Mana tak sunburn? Haha... Best sangat! Aku pergi sana untuk perkemahan Rakan Siber. Aku ni nak kata fasilitator, tak, perserta pun tak. Pelancong kut? Hehe... Target pergi kem ramai, tapi target tinggal target, yang pergi sikit je. Tapi memang best. Semua sporting.

Jom layan gambar jelah. Hehe...

JUMAAT

Bersiap untuk bertolak. Kami naik bot sebab tiba selepas pukul 6 petang. Kalau awal, bolehlah hiking.
Bot ni berat dengan barang berbanding manusia di dalamnya. Pergi kem macam nak balik kampung. Hehehe...
Arghhh! Tolakkkkk! Amboi Tuan Presiden tengok aje?

Pemandangan dari dalam bot.

Pemandangan senja dari pantai. Bila kami sampai dah nak senja.

Chef-chef kami  :)

Presiden 2011 dengan bakal Presiden 2012 tengah gelakkan apa entah~

Ice breaking sambil pas-pas barang.

Lepas ice breaking ada BBQ tapi aku tak amik gambar pulak. Sebab tengah busy makan. Hehehe...

Lepas tu ada Night Walking tapi aku tak join sebab membuta. Hahaha...

SABTU

Pemandangan selepas subuh

Awal-awal pagi kene bersenam dulu~

Chef-chef selepas menyiapkan sarapan sambil menunggu kanak-kanak ribena bersarapan.

Lepas sarapan explorace! Best~

Aktiviti tepi pantai~

Err.. yang ni aku tak tahu sebab time ni aku tengah mandi laut~

Gambar seterusnya? Er... kamera aku dah habis bateri. Huhuhu...

Aktiviti Lain:

Mandi Laut (harus lahhh)

LDK Pengurusan Organisasi

Sesi Saiko

AHAD

Mendaki ke Mukah Head (Rumah Api) - 
Yang ni aku tak join sebab kaki aku luka-luka terpijak siput-siput tajam 
(Padahal malas sebab nak mandi laut. Hahaha...)

Balik
Time ni ada yang hiking ada yang naik bot. Aku? Haruslah naik bot. Rugi la bot tu kalau penumpangnya kurang. Bayar mahal tuuu~
(Padahal malas jugak)



2 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

hoho best giler g camping

Along Fina said...

best gilerrr.... penang punya pantai cantik2~ hehe.. mai laaa~