Tuesday, July 14, 2009

pisang oh pisang...



assalamualaikum......


lamanya aku tak buka blog aku...


maklumlah, sibuk memanjang...


kadang-kadang ada juga aku rasa rindu sangat nak bukak blog,


post macam-macam cerita, komen itu ini, tapi takde masa.


rindu juga nak chatting dengan kawan-kawan semua, tapi apekan daya...


ok la... sebagai blogger yang tak brape nak bertauliah ni, aku nak kongsi satu cerita..


cerita ni aku dah dengar masa tazkirah masa minggu mesra siswa lepas...


so aku post la cerita ni...




...............................................................................




Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci
ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap
murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan
biji.

Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu.

Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya"
beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan
pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan
akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,
badan berbau busuk.


Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu,
pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah
tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey
semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang
kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,
makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah
sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain
dalam hati.

Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan
membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan
dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa
akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu"
beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-j auh perasaan
benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi
lebih baik darpada membenci..!!.

2 comments:

~ h a n i m h u s i n ~ said...

moral of da story yg bagus..

thanx for sharing dear..

take care =]

Naz said...

kalo buat kerepek pisang pun sodap... muahahahaha...

>sibuk bebeno ko ni erk. boleh jadi pelajar cemerlang nih...