Friday, May 29, 2009

Jom main Petanque...


heheh...
saje je buat title ni... sebab kalini, aku nak buat n3 pasal petanque ni... camne nak sebut ni????

ntah.. aku sebut bantai je 'peytang'..hehehe...

(amenda tetiba nak crita pasal petanque ni???) huhuu... ni sume sebab kawan bek aku bernama tety tu... teeett!! (apeni???) heheh.. saje je.. jangan marah ar tety...

caamni ceritanye... dy yg mintak aku bgtau pasal petanque ni...nak buat assignment katenye... tapi aku rasa, mcm aku yg kne wat assignment nieh... huhu... dy tanyer aku sbb, aku ni expert main petanque ni.. hehehehe...(poyo gile fina nieh!) sebab game ni aku suke sgat main mase kat mrsm dlu... beberapa hari nak SPM pon main lagik...heehehe... cinta tu kan bute...(chewah! takde kne mengena).. uish... panjang noo mukadimah ni.... huhuu... let straight to the point ok???


ok la.... petannque ni ade sjarah die... tapi, seperti sume org tau, aku mmg benci subjek sejarah ni.. so, sape2 nak tau sejarah die, carik sendiri...

aku cume nak gtau pasal cara permainan je... sape da tau, buaat2 la tak tau. hehehee...

ha... gambo kat sebelah ni, gamba bola2 yg terlibat semasa prmainan... frankly speaking, aku panggil bola yg beso tu bola besi jer.. yg kecik cenoet comel tu, namanya bola jack... sume pemain biasanya sgt menyayangi bola jack ni... itu kalau nak menang la... sebab bola sape yg dekat dgan bole jack, dapat mata... kalo boleh, nak cium terus bola jack tu gune bola besi tersebut...huhuu... (paham ke???)

Dalam satu game, ade 12 bola besi,satu bola jack dan 2 group yg terlibat.. setiap group dapat 6 bola besi... sepanjang aku main, ade banyak jenama bola besi ni.. aku ingat cume 2 jenama je, iaitu, lafrank (camni ke eja dier???) dan bola obut... mahal tau bola2 besi nieh... tapi kat maktab aku ade lagi satu jenis bola besi aneh... bola tu bukan setakat ade 6, tapi belambak.. bola besi tersebut dikenali sebagai bola karat... hahhaa...sebab bola tu dah karat.. ntah camne leh karat.. sebab setau aku, bola tu tahan karat.. tapi tak prnah plak aku tanyer kat cikgu aku nape bola tu karat, sebab aku bile nampak bola terus nak maen je, tak terfikir nak tanyer2 dah!! hehehe (fina, kate nak straight to the point tadi??)alamak bracket, saje je nak memanjangkan n3 ni.. takleh??? (ok laaa...) hahaha!!

petanque ni biasanya dimainkan kat tempat berpasir... court tu ade tembok simen, bergantung pada tempat..kat maktab aku lebih kurang cam kat gambar ni la...ade bulatan untuk pemain lontar bola kat tepi2 court tu... tak kisah la katne... bola besi yg menyentuh tembok tersebut akan dibatalkan dalam pusingan tersebut... yakni, bola tu diambil oleh pengadil sementara pusingan itu berlangsung... pusingan seterusnye, dorang dapat balik bola besi tersebut... tapi, kalau bola jack pulak yang terkeluar, buat la balingan lagi skali..sampai 3 kali.. kalo terkeluar, atau tak menepati syarat2 nya, jugak untuk kali ke-4, pihak lawan pulak yg buat balingan bola jack tersebut...

ape syarat2 baling bola jack???, mesti lebih 6 kaki dari bulatan balingan, tidak menyentuh atau terkeluar dari court, dan dipersetujui oleh rakan2 kumpulan...kalo tak menepati jugak, baling la lagi sampai 3 kali... paham ke??? huhuu

cara nak baling??? ha, cam minah ni baling.. tak kisah pon.. asalkan kaki tak terjongket naik,macam mamat tu baling.. salah tau... suke ati die je...
camne nak main??? mula2, tentukan group mane main dlu.. camne nak tentukan???main la, lat tali lat ke, o som ke, ci ku pang ke... terserah... pastu, tentukan nak main sampai berapa mata??? 11? 13?? tak kisah.. aku pon tak sure internasional main sampai berapa mata... yg pasti, kat maktab akbiasa main sampai 11 mata kot.. huhuu.. tak ingat la pulak...
pastu, group pertama baling bola jack, da selesai, manusia yg tu jugak kne baling bola besi dy dlu..pastu group kedua baling bola besi dorang, (pastikan ade beza bola group 1st and group 2nd).. pastu, tentukan, group mane yg jauh dari jack..sape jauh, group tu baling lagi... tentukan lagi, sape jauh, yg jauh baling lagi... tak kisah la dah berapa kali baling pon, asalkan boleh beat group yg dekat dgn jack.. contoh: group emas baling dlu, dekat dgn jack. group perak baling, jauh la plak.. so group perak baling lagi... jauh gak! group perak baling lagi...
jaoh gak.. bile bola perak dah habis pon, tetap jauh jugak... huhu.. kesian... so, bile group perak dah habis bola, group emas la yg baling... dan seterusnya...

ok, aku bagi satu contoh,dalam satu game, kedua dua group telah baling bola besi masing2 sampai habis. keputusan nye, seperti kat gambar sebelah nieh... bola emas tu, paling dekat dgn bola jack, tapi bola perak tu dekat jugak,banyak plak tu... tapi 1 mata akan diberikan kepada group bola emas. group bola perak, tak dapat apa2 mata..

dalam permainan petanque, bile semua kumpulan dah habis baling, tamat 1 pusingan..boleh main sampai banyak2 pusingan... tak kisah... sape sampai dlu ke mata akhir saperti yg telah di tentukan di awal permainan, die menang...
depends la... ade pertandingan yg melibatkan berpuluh-puluh group... so, main la secara liga.. ala, macam bola sepak tu... kalo kat maktab aku, yg kalah tak mati terus, ade lagi game, dinamkan looserpool... huhu...
main petanque ni, ade taktik sendiri.. tapi bagi aku, main ni macam nasib je.. huhu... tapi cikgu aku kata, bukan nasib tapi kepintaran.. maksudnya?? entah la...
main ni memang nampak rilek je... tapi penat.. penat sangat.. lagi2 kalau setiap pusingan, 1 group tu jz dpat 1 mata je... alamat hangus la muke main ni... huhuu... lagi2 kalo main sampai ke tengah hari...huuuuuuuu~ taubat2....

ha... paham ke korang??
kalo tak paham, leave comment.. nanit aku usahan menjawab... tety, ko jgn copy paste je.. buat balik noo... pueh hati mu???
huhuu..
korang berminat nak main??? main la...

Anak2 Syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



FiNa: jangan jadi kawan setan.... jangan nakal2 ek korang...

Thursday, May 28, 2009

Al Quran sudah menjawab persoalan

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan;
"Kami telah beriman," ("I am full of faith
to Allah") sedangkan mereka
tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg
sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar
dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU
IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan
kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu
org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi
segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,
di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of
Allah The
Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan

sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari
org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari
Nya. Hanya
kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg
kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

tanda tanda kiamat kecil




1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor.






FiNa: bawak2 la bertaubat.... tq kpd Muhamad Hanafi Mohtar, salah seorang rakanku di tagged.com


Tuesday, May 19, 2009

Nostalgia ku di sekolah rendah...

budak2 yg lahir pd thn 80'an/90'an mesti ingat mase skola rendah dulu: ;D

- kat skola ade salesman jual buku cerita.

ari ni bg list, esok mintak dui! yang kitew,
beli jew,walaupun jln cerita buku tu, dah tau.salesman susu pon camtu gak.




- kat library, budak2 mmg baca buku tp,just tengok gamba je.bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.





- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....


- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.





- main lwn pemadam, sayang nak guna utk padam salah.

padahal itu fungsi sbnr, utk padam!


- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat (goldash) dlm air tu.




- cikgu pakai pembaris kuning pjg.Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.





- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.





- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...


- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.





- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.




- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...


- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.




- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...


- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.





jgn lupe sume ni, sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent.







huhu~

pas r kt member2 korang....mesti diorg tersengeh2 bace ne

FiNa: hahaha... btol jugak kan?? nostalgia lama yang hampir luput ditelan kesibukan alam dewasa...

Siapa???

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

FiNa: terima kasih kepada kawan aku dari tagged,
n1trAt3 ph0sphat3

Friday, May 15, 2009

SMK Seksyen 16 masuk paper!!! hehehe~

March 15, 2009 - Sunday

AKHBAR SINAR : STPM TANG YI CHUAN LONJAK NAMA SMK SEKSYEN 16

STPM: Yi Chuan lonjak SMK Seksyen 16 SHAH ALAM – Tang Yi Chuan berjaya
mengharumkan nama sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 di sini apabila mendapat kejayaan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Beliau adalah pelajar cemerlang setelah memperoleh keputusan 4A dengan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) 4.00 dalam pelajaran Pengajian Am, Matematik T, Kimia dan Biologi.

Menurutnya, dia terkejut dan berasa gembira apabila diumumkan sebagai pelajar cemerlang dan memang menjangkakan keputusan tersebut kerana dia telah menumpukan perhatian sewaktu pembelajaran.

“Saya membahagikan cara belajar kepada tiga bahagian iaitu pemahaman, penghafalan dan juga latihan. Mula-mula, saya perlu memahami dengan apa yang akan diajarkan guru selain saya membuat sedikit pembacaan tentang mata pelajaran tersebut. Kemudian, setelah faham barulah saya memulakan proses penghafalan.

“Contohnya dalam mata pelajaran Biologi, untuk memudahkan penghafalan saya perlu banyak membuat nota ringkas dan juga peta minda. Akhirnya saya buat latihan untuk memahirkan saya dalam menjawab soalan,” katanya yang juga mendapat keputusan cemerlang 11A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sinar Harian difahamkan bahawa Yi Chuan bukan sahaja cemerlang dalam akademik tapi aktif dalam kokurikulum apabila menjawat jawatan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) selain pernah mengikuti perkhemahan PBSM di Universiti Putra Malaysia (UUM) peringkat kebangsaan. “Selain itu, saya juga Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya SMK Seksyen 16, Setiausaha Badan Lembaga Pengawas SMK Seksyen 16 dan pernah terpilih sebagai Tokoh Kepimpinan Kokurikulum tahun lalu serta menyertai Kuiz Kimia di peringkat kebangsaan,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini berkata, dorongan kuat daripada ibu bapa, keluarga, guru dan rakan adalah penyuntik semangat kepadanya untuk berusaha lebih gigih mencapai kecemerlangan itu. “Saya merancang untuk melanjutkan pengajian sama ada dalam bidang perubatan atau farmasi di institusi pengajian tinggi awam dan sedang berusaha untuk mendapatkan tajaan bagi pengajian saya,” katanya.

Yi Chuan turut memberi nasihat kepada calon STPM yang bakal menghadapi peperiksaan itu supaya perlu mengetahui asas mata pelajaran seawal mereka di tingkatan empat dan lima selain tidak menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) semasa tingkatan enam bawah masa untuk berseronok. “Sebaiknya masa tersebut digunakan sebaiknya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan pada tahun hadapannya,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Seksyen 16, Siti Khadijah Awang Seman berkata, kejayaan Tang perlu dijadikan contoh modal insan cemerlang oleh semua calon STPM sekolah itu. “Beliau bukan sahaja mempunyai personaliti yang bagus, amat menghormati dan selalu membantu guru serta disanjungi ramai. “Beliau juga selalu menjadi fasilitator dalam membimbing rakannya yang lain untuk belajar,” kata Siti Khadijah.

FiNa: hehhee... itu sekolah lama aku tu... hehehe...


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA TENAGA PENGAJAR YANG BERKHIDMAT DI:


TADIKA ISLAH PADANG JAWA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG JAWA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 16

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PULAU PINANG


dan seluruh tenaga pengajar di seluruh Malaysia...

Thursday, May 14, 2009

perhatin kepada semua rakan2 blog!!!

assalamualaikum...
er..
camne nak mule ye???
ermm...
camni,
aku pumyer novel tu, da tak cukup nama...
i meant,
aku da buntu nak taruk name ape...
so,
boleh tak kalau aku nak taruk nama rakan2 blog sekalian???
huhu~
aku dah buntu la..
huhu~
segala kerjasama rakan2 sekalian
aku dahului dgn ucapan jutaan terima kasih..

hu~

.:FiNa:.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu...

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak?Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...
RINDU MAK....
RINDU SANGAT2....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MEYAYANGI ANDA

FiNa: aku nak mak aku bahagia bila aku bahagia.. tapi aku taknak mak aku berduka bila aku berduka.. biarlah mak sentiasa bahagia.. sayang mak!!

Sunday, May 3, 2009

TQ kak anem!!

yeyeyeyeye!!! kak anem bagi award... yeyeye..

maseyh kak...

ni dia rupa award yang ku trima...



huhuu...
jangan jeles yer man n naz...


huhuu... tapi, ade syarat la pulak... ini dia syaratnyer...

  1. pastikan jantina anda perempuan
  2. copy badge sebagai award
  3. nyatakn 7 sbb kenapa anda bangga jadi perempuan
  4. passkan award kepada girlfriend anda

huuuuu...

1. aku memang perempuan, takde jantina lain..

2. wokeyh!

3. sebab aku anak perempuan satu2 nya...

sebab aku amik mechanical engineering

sebab aku akn jadi ibu suatu hari nantu (insyaAllah)

sebab aku bukan lelaki

sebab aku takde kakak

sebab aku takde adik permpuan

sebab aku selalu dapat cuti seminggu pada setiap bulan... cuti ape?? hehehehe..

4. aku tujukan khas award ini kepada

~ afie

~nuha

silelah ambil, jangan malu2..

p/s: tq akk anem...