Friday, May 15, 2009

SMK Seksyen 16 masuk paper!!! hehehe~

March 15, 2009 - Sunday

AKHBAR SINAR : STPM TANG YI CHUAN LONJAK NAMA SMK SEKSYEN 16

STPM: Yi Chuan lonjak SMK Seksyen 16 SHAH ALAM – Tang Yi Chuan berjaya
mengharumkan nama sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 di sini apabila mendapat kejayaan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Beliau adalah pelajar cemerlang setelah memperoleh keputusan 4A dengan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) 4.00 dalam pelajaran Pengajian Am, Matematik T, Kimia dan Biologi.

Menurutnya, dia terkejut dan berasa gembira apabila diumumkan sebagai pelajar cemerlang dan memang menjangkakan keputusan tersebut kerana dia telah menumpukan perhatian sewaktu pembelajaran.

“Saya membahagikan cara belajar kepada tiga bahagian iaitu pemahaman, penghafalan dan juga latihan. Mula-mula, saya perlu memahami dengan apa yang akan diajarkan guru selain saya membuat sedikit pembacaan tentang mata pelajaran tersebut. Kemudian, setelah faham barulah saya memulakan proses penghafalan.

“Contohnya dalam mata pelajaran Biologi, untuk memudahkan penghafalan saya perlu banyak membuat nota ringkas dan juga peta minda. Akhirnya saya buat latihan untuk memahirkan saya dalam menjawab soalan,” katanya yang juga mendapat keputusan cemerlang 11A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sinar Harian difahamkan bahawa Yi Chuan bukan sahaja cemerlang dalam akademik tapi aktif dalam kokurikulum apabila menjawat jawatan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) selain pernah mengikuti perkhemahan PBSM di Universiti Putra Malaysia (UUM) peringkat kebangsaan. “Selain itu, saya juga Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya SMK Seksyen 16, Setiausaha Badan Lembaga Pengawas SMK Seksyen 16 dan pernah terpilih sebagai Tokoh Kepimpinan Kokurikulum tahun lalu serta menyertai Kuiz Kimia di peringkat kebangsaan,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini berkata, dorongan kuat daripada ibu bapa, keluarga, guru dan rakan adalah penyuntik semangat kepadanya untuk berusaha lebih gigih mencapai kecemerlangan itu. “Saya merancang untuk melanjutkan pengajian sama ada dalam bidang perubatan atau farmasi di institusi pengajian tinggi awam dan sedang berusaha untuk mendapatkan tajaan bagi pengajian saya,” katanya.

Yi Chuan turut memberi nasihat kepada calon STPM yang bakal menghadapi peperiksaan itu supaya perlu mengetahui asas mata pelajaran seawal mereka di tingkatan empat dan lima selain tidak menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) semasa tingkatan enam bawah masa untuk berseronok. “Sebaiknya masa tersebut digunakan sebaiknya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan pada tahun hadapannya,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Seksyen 16, Siti Khadijah Awang Seman berkata, kejayaan Tang perlu dijadikan contoh modal insan cemerlang oleh semua calon STPM sekolah itu. “Beliau bukan sahaja mempunyai personaliti yang bagus, amat menghormati dan selalu membantu guru serta disanjungi ramai. “Beliau juga selalu menjadi fasilitator dalam membimbing rakannya yang lain untuk belajar,” kata Siti Khadijah.

FiNa: hehhee... itu sekolah lama aku tu... hehehe...


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA TENAGA PENGAJAR YANG BERKHIDMAT DI:


TADIKA ISLAH PADANG JAWA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG JAWA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 16

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PULAU PINANG


dan seluruh tenaga pengajar di seluruh Malaysia...

14 comments:

hysman said...

TAHNIAH DAN SELAMAT HARI GURU JUGA..
:P

Along Fina said...

tq...
(^-^)


(ape yg tq??? sengal fina nieh!)

Naz said...

loh.. ko memang asal Selangor ker? aku ingat ko merantau ke sini utk blajo. patutlah mcm pernah ku lihat wajahmu kat pasar malam...

>pesal x nama ko jer yg masuk paper ha??

Along Fina said...

sbb spm aku takla sehebat dorang...

name aku slalu kat dalam paper bahagian surat je... takpon bhgn sms kat ruangan forum (utusan Malaysia) jer....

hysman said...

kira fames jugak ler ko ni haa..
hehe...

Naz said...

rajin ko hantar surat2 dan sms kat paper Fina.. apa kes aduan ko tu?

Man, kita sedang berkawan dng pengarang muda berbakat. bangga woo..

Along Fina said...

hehehe...
besa aku komen pasal isu semasa(kadang2 pasal politikus)...


tapi skarang da jarang ar... kredit tadak.. ngeh3..

dlu mase fom 5 rajin ar anta surat...

hehehehe...

nantikan kemunculan aku yg mmbawa nama fina354 kat ruangan forum utusan yer... hehehe

Naz said...

wow.. hebat. peka sungguh ko pesal isu semasa. siap kasi komen kat utusan lg... syabas..

hysman said...

ada ape dgn angka 354 Fina??

Naz,aku juga turut berbangga ada mmbr yg berwawasan..
tahniah dan syabas..

Naz said...

mungkin no plat moto dia kot Man...

Along Fina said...

354???
cube korang tanya kawan2 korang...
mane tau ade yg tau..
kalo ade yg tau, bgtau aku tau...

korang ingat tak nombo 143???

Naz said...

aku x tau nombo2 tu. khabaq mai..

Along Fina said...

rahsia org pompuan.. hehehe

Along Fina said...
This comment has been removed by the author.