Tuesday, April 13, 2010

Final Exam tiba lagi.. =(

Asalamualaikum...

Hm... Sebelum memulakan sebarang bicara, ingin aku pohon maaf diatas kelamaan aku tak mengupdate blog ini... bizi... er.. mungkin itu bukan sebab utama aku tak update blog setelah sekina lama....

Sebab utama: Kehadiran Facebook dalam dunia aku... yer... tak patutu tol la aku niehh... Sejak aku kenal facebook, pantang aku tengok wifi, mesti facebook yang akan kutuju... huhuu.. sebenarnye dah lama aku ada facebook nieh... tapi semester ni baru aku aktif berfacebook... maaf ye kawan2.. jadi pada sesiapa yang belum add aku kat facebook, silalah add ye... search: Along Fina

Sebab kedua: Tanggungjawab untuk mengupload blog dibawah keloalaan aku... macam blog Persatuan Kesenian Islam, Kelab Rakan Siber, dan Kelab SIFE. Memanglah aku jarang upload blog2 tuh.. tapi bila dah upload blog2 tuh, aku rasa cam malas gile nak menaip balik untuk blog aku lak... huhu.. masalah ape la aku nie kannnn,, huhuhuu

Sebab Ketiga: LAPTOP AKU HILANG!!! Hurm.. apelah nasib badan.. baruje beli laptop sem lepas... dah hilang... kecewa sangat.. sebab laptop aku tu hilang pada hari Ahad, 14/3/2010... birthday aku beb!! tensyen gile... nak nangis... tapi aku tak nangis2.. sbb aku tau, nangis pon tak guna.. bukan dapat balik pon.. huhuu... macammana laptop aku boleh hilang??? rumah sewa aku kat penang ni, kene pecah masuk... butir2 lanjut, tak perlulah aku cerita kat sini... huhuu... biarlah menjadi rahsia.. ececehhh.. huhuhuu

Sebab keempat: Aku dah hilang semangat untuk berblogging... Sebab, blog sekarang ni tak semeriah dulu.. kalau dulu, blog sangat bess... sampai setiap hari kalau tak update blog macam tak sah... Sekarang, semua orang bizi...Man,Naz dah bizi.. Aku ingat lagi.. kalau dulu, aku takkan terlepas entry terbaru kat blog Hysman, Naz, Kak Mynna, Ayisy.. tapi sekarang, nak bukak blog sendiri pon malas, ape lagi nak bukak blog orang lain.. apela aku nieh.. aku mintak maaf eh kawan2 semua..


Cukup kot 4 sebab.. huhuu... Exam.. Final exam just aroud da corner.. Memang tengah bizi study...tapi apekan daya..Kemalasn melanda diri.. haish! ape nak jadi la dengan aku ni.. Malas tak habis2...

Tadi aku baru terbaca entry kak Amyienna.. Sedih sangat bile kite dapat ujian macam beliau.. semoga akak sekelaurga tabah..Adik beliau telah meninggal dunia akubat kemalangan. Al-Fatihah...

Itu saja buat kali ini...Sekian... Assalamualaikum..

Friday, February 19, 2010

Dalam banyak-banyak kawan...

Assalamualaikum....

Kawan... huhuhu.. kawan... memang kita perlukan kawan dalam kehidupan seharian kita. Kerana tanpa kawan-kawan, dimanakah kegembiraan akan dapat dikecapi terutama dalam kehidupan bermasyarakat kini.

Chewah.. da jadi macam ayat karangan la pulak kan?? hohoho...
aaaah! takpela.. dah hilang semua ayat-ayat puitis yang aku baru fikir tadi... huhuhu...
Layan gambar-gambar di bawah mengikut nombor...
Terima kasih...






1) Ni kawan-kawan aku kat MRSM Kuala Kubu Bharu. Err...

Dari kiri: Yip Ming Tat (homeroom), Azim (homeroom aku juga), Azam, Aslam (classmate), Spendy (classmate), Selva (classmate).






2) Ok, ni group bengkel aku... Syazwan and Fahmi.. (baru hafal kejap tadi.. hihihi)
Ade lagi 2 orang sebenarnya, Hakim and Syamim... semua lelaki ye kawan-kawan.. huhuhu















3) Ni plak, gambar curi-curi masa meeting kelab Student in Free Enterprise (SIFE)... hahaha...










4) Ni gambar paling meninggalkan kesan bagi aku. Sebab gambar ni lah gambar terakhir yang boleh diambil dgn kawan2 aku kat MRSM.. ni hari terakhir kami kat MRSM, sejurus selapas habis jawab last paper SPM.. huhuu..

di manekah aku?








5) ha.. yang ni sah-sah takpayah cari aku kat mana, sebab aku jadi tukang amik gamba masa ni.. hahaha.. gambar curi-curi jugak.. tapi gambar ni la yang jadi hot kat FB dalam kalangan kitornag.. yela, ni la gambar pertama dan terakhir kitorang satu kelas (semester lepas) dengan lecturer physics 143 kitorang, Miss Azila.. yups, 'MISS' tau, blom kawen... cantik tau.. hihihi.. kitorang sangat sayang miss ni. Sebab beliau sangat mengambil berat perihal kitorang.. Beliau bersungguh-sungguh hafal nama kami semua.. Namun, perkenalan kami sangat singkat sebab miss pindah tempat lain. So, just 1 semester je la dia mengajar kat UiTMPP ni... sedihnye.. =,(

24 hb ni birthday miss... happy birthday miss!!!


































































6) ni ex-roomate aku... time semester lepas... dari kiri: along, angah, acik...

memang rindu saat-saat ni.Berjalan-jalan kat Sunway Carnival,Penang. Time ni adalah time terakhir kitoang jumpe angah sebab angah melanjutkan pelajaran di institut perguruan.

p/s: along=fina


7) hurm... ni antara budak lelaki yang agak rapat dengan aku kat UiTM ni. diorang ni baik tau.. sesiapa yang berminat sila hubungi aku dengan cepat, k... hihihii

Dari kiri: Hidayat, Munawwar.


8) ha... kelas aku ada 6 orang je budak perempuan.. diorang ni memang nertuah sebab sekelas dengan aku. Chewah... hahahaha..

Dari kiri: Fatin, Mar, Suzie, Wani dan Soliha.


Ok, sampai di sini saja aku sempat berhikayat.. hohoho... lepas ni ada kelas lagi. huhuh... terbaeeeeeek!

ok, wassalam.

Monday, February 1, 2010

Dikala kesibukan melanda diri...


Assalamualaikum...

Sepuluh jari ku susun.. Ampun maaf kupinta... Segala kehabukan di blog ini amatlah dikesali.. huhuhu...

uhuk3... pergh!! memang berhabuk habis blog ni.. adoii... bizi maa...ok, untuk membuktikan kesibukan aku sepanjang proses penghabukan blog ini berlaku,aku sertakan sebahagian kecil gambar aktiviti yang aku sertai.. k???

gambar ni masa ada bengkel Financial Literacy.. Anjuran kelab SIFE..


Gambar yang kedua ni, group aku masa Financial Literacy tu... Setiap kelab diminta menghantar wakil untuk menyertai bengkel ni.. Walaupun aku BUKAN amik accountancy, aku secara 'sukarela' dan 'baikhati' menjadi salah sorang peserta bengkel ni.. yang baju biru ni, wakil dari kelab Rakan Siber (salah satu kelab aku jugak), yang baju putih tu wakil dari Jabatan Perwakilan Kolej Zamrud.




Ok, yang ni plak, aku sedang menyibukkan diri sebagai setiausaha Kelab Rakan Siber.. wah.. memang bz kelab ni.. setiap minggu kena keluarkan buletin UiTMPP... fuhh.. memang gigihla kitorang, terutamanya ketua projek buletin, Azrul..(yg specky baju hitam corak putih tu)







Lalalalala... Ni pulak pertandingan nasyid kat UUM.. pergh! aku ikot, tapi jadi wartawan je la...aku ikut pon sebab aku wartawan untuk buletin Rakan Siber, merangkap exco multimedia Persatuan Kesenian Islam.. UiTMPP telah menghantar salah satu kumpulan nasyid kampus, iaitu Al-Asrar..

Setelah saringan dilakukan, Al-Asrar layak ke peringkat akhir... fuh.. memang tak sangka...




Akhirnya, penat lelah berbaloi, Al-Asrar memenangi tempat ketiga... Memang gembira sakan la.. aku ada rakaman persembahan diorang.. tapi tak dapat-dapat nak upload..aku pon tak paham kenapa... Lain kali kalau ada masa aku upload la.. InsyaAllah....


ok, seriously, ni memang hanya sebahagian gambar aktiviti yang aku sempat upload.. sebab gambar aktiviti lain aku simpan dalam thumbdrive, tapi sampai sekarang aku tak tau katmana thumbdrive aku tu.. huhuhhu.. nanti kalau ada masa aku upload lagi.. tapi aku harap korang faham la keadaan aku yang hiper bizi ni k.. memang bz sangat-sangat...

ok, jumaat sabtu ahad ni aku ada kem kepimpinan pulak kat gua kelam under kelab PEER Counselor... Adoi.. tak tau la, kalau aku tak pengsan kepenatan, aku akan teruskan perjuangan2 ni.. tapi, selagi aku mampu, aku akan terus menabur bakti kepada kelab2 yang memerliukan bantuan aku ni.. k..

segala maklumat tentang perjalanan program, bolehla rujuk pada blog ni, yang juga sebahagian dari kelolaan aku..

Rakan Siber (RC): http://rakan-cyber.blogspot.com
Persatuan Kesenian Islam (PKI): http://pkiuitmpp.blogspot.com
Student In Free Enterprise (SIFE) : http://sifeuitmpp.blogspot.com

tu je la dulu... esok ada kelas ni.. bye..
Assalamualaikum...

( -.- )"

Friday, January 15, 2010

Kene pecat melalui Facebook. Hahaha



FiNa: Hahaha.. macam bengong jerk... tu la lain kali jangan add boss anda dalam facebook. (ingatan kepada diri sendiri: beringat ketika menulis di facebook juga kerana dah add ramai cikgu2 dan lecturur...) hahaha

mood: I'M BACK!!!! hahaha

Sunday, January 3, 2010

Pengumuman Penting: Temuduga menakutkan

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah