Assalamualaikum...
Apa khabar? Kabare? Ni haw ma? How are you?
Hahaha.. saje nak menggedik en.. hahaha.. suka hati saya lah~
Kalau post yang lepas, aku ada kata nak buat surprise masa balik Shah Alam kan? Hahaha.. takde maknanya. Last-last aku bagitau juga kat parents aku yang aku nak balik malam tu, macam cadangan KAK PAANI.. Hehe.. Yela, habis takkan aku nak stay kat stesen bas tu pagi-pagi buta tu ye dak? Sorry la kak Paani. Saya asyik lupa nak buat kunjungan balas ke blog akak. Asyik tak sempat je. Nanti kalau saya sempat saya datang ye. :)
Time malam tu en, aku tengah borak-borak dengan roomate aku yang kebetulan balik sama waktu dengan aku. Kami duduk kat tepi longkang. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki yang duduk kat sebelah romate aku tu sebut "Siapa nama? Siapa nama?" Mula-mula aku tak perasan langsung. Aku ingat dia cakap kat fon. Yela, nada dia pun mendatar je? Tak macam orang nak bertanya pun? Tapi dah lama-lama dia asyik ulang ayat tu, aku pun pandang la. Rupa-rupanya dia tanya kami.
sumber imej : Google
"Err.. Fina." jawab aku dengan penuh rasa kehairanan.
"Oh. Tolong jaga beg sekejap boleh?" tanya dia dah ready nak bangun.
"Errr.. Okey..." aku jawab tanpa rasa yakin. Hahaha... Lepas tu aku tengok dia menuju ke tandas. Lepas tu aku dan roomate aku pun gelak terbahak-bahak. Sejak tu, kami gelarkan dia 'Abang Siapa Nama'. Hahaha.. jahat tak? Tapi lepas dia ambil semula beg dia tu aku dah tak jumpa dah Abang Siapa Nama tu.
Bagi aku la kan, kalau nak tegur untuk minta tolong tu jangan la tanya nama tiba-tiba. Suara pulak mendatar je. Atleast bagi la hint yang dia sedang bertanya kami. So takdelah kami buat bodoh je masa dia tanya tu en. Hahaha... Atleast, panggil la "Awak! Awak!" So fahamlah kami dia panggil kami. Kan?
Tu lah.. Kadang-kadang aku rasa juga, tak semua orang pandai menyesuaikan ayat untuk bercakap dengan orang lain. Walaupun bahasa Malaysia. Pelik. Padahal itu adalah bahasa seharian.
Kalian tahu aku balik awal cuti ni? Sebab banyak kerja nak kena buat untuk Universiti Islamic Festival 2011 ni. Aku jadi event manager untuk Pertandingan Nasyid Antara IPT. So memang agak busy. Pagi tadi aku kena call semula semua peserta. Biasa ok je. Aku cakap lancar je. Tapi tiba-tiba bila sampai masa aku call satu IPT ni, aku jadi gagap. Otak aku melayang. Rasa macam nak dengar suara dia. Sampai apa yang aku cakap pun aku tak ingat. Gagap gila. Kenapa eh?
p/s: Ok ke template baru aku ni? Aku tak ada idea la. So aku buat simple-simple je. :O
No comments:
Post a Comment