Sunday, April 17, 2011

Ambil gambar mata bulat kepala senget. Comelkah?

Assalamualaikum...

Anda pernah tengok tak kat facebook, wanita pakai tudung, ambil gambar sendiri, mata dibuka seluasnya yang boleh, kembungkan mulut, kepala senget 30 darjah? Waaah! SANGAT comel! kan kan kan?!

Korang rasa comel ke? Mungkin comellah bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku, aku akan cakap gini, "Comelnyewww!" tapi dalam hati aku kata "Eiii, tolonglah!" 

Maaflah. Bukan aku nak kutuk. Tapi macam tak best la. Yelah. Korang tu dah memang cantik. Rasanya tak perlulah nak ambil gambar sampai macamtu sekali. Korang tak rasa macam korang menagih komen "Comelnyewww" ke kat gambar tersebut?

"Eleh Fina, kau jeles cakap je la. Sebab kau tak cantik macam kitorang!"

Errr.. Memanglah aku tak cantik. Aku tahu korang memang cantik. Tapi kecantikan tu untuk siapa? Untuk penatap gambar korang yang ajnabi (orang yang bukan mahram) ke? Kalau bukan untuk ajnabi, cuba korang bagi gambar tu kat ayahanda korang. Agak-agak apa reaksi beliau? "Aloh comelnye anak bapak!" Yeke ayahanda korang akan berkata begitu? I bet, beliau akan kata begini "Yang ekau menggodik ambik gambo gini apakeheynya? Dah tadok kojo ke?" Hahaha... kono ekau sobijik!

Sahabat. Terkadang aku sedih. Hijab (tudung). Cantik sekali kalian berhijab. Tapi tolonglah. Hijab dipakai untuk menutup auratmu. Bukan untuk membungkus kepalamu.

Shawl. Bagi aku tak salah untuk pakai selendang a.k.a shawl ni. Asalkan shawl itu menutup kepala dan dada. Tapi aku tengok sekarang ni dah bermacam-macam cara shawl tu dipakai. Macam-macam style. Bergaya sungguh. Terjuntai sana, terjuntai sini. Siap letak reben sana, reben sini.Cun! 

Tapi cuba kalian tanya balik diri sendiri. Kita pakai shawl ni untuk apa? Untuk menutup aurat atau untuk bergaya? Biar semua orang tengok kita cantikkah?

Sahabat, tak salah untuk bergaya. Tapi bersederhanalah. Jangan sampai ajnabi lihat kita sampai tak kedip mata dan tiang depan mata pun boleh langgar. Parah dah tu!

Apapun, untuk yang dah bertudung tu, baguslah. Dah kurang satu dosa. Jadi mari kita tingkatkan lagi sikit amalan kita dengan menutup dada dengan tudung tu. Takpelah. Sedikit demi sedikit okeh?

p/s: Cantik tak gambar aku lukis? agak-agak lepas tak pertandingan melukis kat tadika korang dulu? Hihihi...

Wassalam.

Wednesday, April 13, 2011

Dah update Karya Fina

Assalamualaikum.

Err.. Entry kali ni cuma nak bagitahu satu benda je. Ha'ah, macam kat tajuk tu, aku dah update Blog Karya Fina<---Klik situ untuk ke blog tersebut. So, bolehlah memulakan baca. Ye? Hihi.. itu je.

p/s: Bolehlah kita sambil-sambil dengar lagu ni:


Wassalam.

Monday, April 11, 2011

Cara paling pantas untuk kupas kentang. Gila kentang!

Assalamualaikum.

Tips untuk wanita yang selalu di dapur.


Sumber gambar kentang : Pokcik Google

Korang pernah tak nak buat karipap? Tak pun nak buat kerepek kentang ke? Yelah, yang memerlukan kupas kentang yang banyak-banyaklah. Mesti korang akan kata "Pergh! Gila kentang!" bila dah tahu cara yang aku nak bagitau ni. Kalau korang tak sebut kat mulut, atleast korang akan sebut jugak dalam hati.

Tak percaya? Cuba tengok video ni :



PERGH!!!! GILA KENTANG!!!

Ha, jangan tak ngaku, tadi mesti korang ada sebut en? Eleh, walaupun dalam hati, aku tetap boleh tahulah! Hahaha....

MAAP! MAAP! MAAP!!!! Den gurau jo~
Peace!!! ^^

Wassalam. 

Sunday, April 10, 2011

Pengalaman itu pasti mengajar

Assalamualaikum.

Haritu aku ada kata pasal salah seorang anggota Philosophy accident kan? Ha, perhatikan gambar di bawah. Ada seorang lelaki yang berjahit di kening dan dagu kan? Beliaulah yang aku maksudkan.   B) 


Haritu kat hospital dia tak kasi aku ambil gambar dia masuk blog. Dia kata tak hensom. So sekarang dah keluar hospital aku ambil dan terus masuk dalam blog. Hehe... Jangan marah dik... :P Awak tetap hensom okeh!
  

Gambar-gambar ni aku ambil di UiTM Perlis. Walaupun kami kalah, pengalaman berharga tu umpama sebutir permata yang sukar dicari.

Bila menyertai pertandingan macamni, mereka tidak akan lagi kekok untuk menyertai pertandingan-pertandingan selepas ini. Atleast mereka tahu flow sesebuah pertandingan dan mampu menjadi bekalan untuk masa hadapan. Mana tahu semester-semester depan aku tak lagi dapat bersama mereka. Pada masa tu mungkin aku akan lega untuk serahkan semuanya pada mereka.

Sebelum pertandingan, aku tak dapat bersama mereka sebab aku sentiasa perhatikan persembahan pasukan lain. So that aku boleh bandingkan bagaimana persembahan mereka dengan persembahan Philosophy. Aku agak kagum. Sebahagian pasukan-pasukan yang bertanding bukan calang-calang. Malah ada pasukan yang menuntut ilmu dengan kumpulan nasyid tersohor tanah air. Selain itu ada antara mereka merupakan juara pertandingan-pertandingan sebelum ini.

Oleh kerana itu, aku menjadi terlebih risau. Sebelum persembahan Philosophy bermula, aku ada lihat sendiri mereka buat preparation. Mungkin kerana aku terlebih risau, salah seorang dari mereka merasa tidak selesa dengan riak mukaku. Aku tak sangka sampai begitu sekali riak mukaku mempengaruhi mereka. Maaf dik. Akak tak dapat mengawal gelojak di hati.  :(

Akhirnya tiba waktu keramat itu. Bagi aku, persembahan Philosophy semasa pertandingan tu sememangnya persembahan terbaik yang pernah mereka perform. Memang berbeza sekali dengan latihan yang baru mereka lakukan sebelum itu. Aku dah cukup terharu ketika merakam persembahan mereka. Cuma tahan jelah air mata dikelopak mata. Takkan nak tunjuk masa persembahan tu. Dahlah aku duduk bahagian depan sekali. Karang tak pasal-pasal budak-budak tu buat muka pelik atas pentas tu. Hohoho...

Pada mulanya aku rasa down sangat bila keputusan untuk mara ke final diumumkan. Memang tak sangka Philosophy tak dapat ke final.Sebab kami semua yakin Philosophy mampu ke final. Bukan kami saja yang tak sangka. Tapi ada juga IPT lain yang macam tak percaya kami tak dapat mara ke final. Bila difikirkan, takkan nak salahkan juri? Mungkin juri buat keputusan seperti yang sepatutnya. Serius satu hari aku down!

Kemudian aku ditenangkan oleh rakan seperjuangan dari sebuah IPT lain. Lalu aku akur dengan keputusan Philosophy tewas. Aku akur kerana Philosophy adalah pasukan baru yang masih mentah dan tiada latar belakang. Philosophy hanya mampu berdikari dan belajar sendiri. Cuma terkadang mendapat pandangan dari orang yang rapat dengan kami. Kalau nak harapkan aku, aku memang tak mampu nak bantu. Sebab di mata, hati dan jiwa aku, mereka adalah yang terbaik. Sampai aku rasa aku tak mampu nak kata apa dah bila mereka menyanyi. Kadang-kadang sampai aku terpana. Ya, aku adalah peminat nombor satu mereka.

Ni gambar masa Philosophy tengah sound check

Tak apa dik. Tak ada rezeki. Lagipun Philosophy masih baru. Kita masih punyai banyak peluang. Semoga di lain hari, kita mampu lakukan yang lebih baik. (Ceh Fina! Macamlah diorang baca blog kau ni... Haiyya!)

Okelah. Aku tak boleh nak sambung dah. Karang banjir pulak bantal aku nak tidur malam ni. Actually aku tengah upload video mereka kat youtube. Tapi ada lagi 144 minit lagi nak siap. Padahal dah 50% dah diupload. Aku dah banyak kali cancel dan upload semula. Punyalah lembab internet ni ha. Adeh. Oke, kalau nak cari video aku kat youtube, cari kat KakAlongFina ye.


UPDATE : Ni videonye:





Wassalam...

Friday, April 8, 2011

Semoga kau cepat sembuh dik.

Assalamualaikum...

Waaah! Harini aku akan bertolak ke UiTM Perlis untuk pertandingan nasyid. Yeayh! Tak sabar rasanya. Tapi aku belum siap packing. So kene out dah. 

Jap, sebelum aku out, aku nak cerita sesuatu. Hari Isnin haritu. Salah seorang ahli nasyid Philosophy accident. Masa tu, dia dan kawan-kawan dia nak pergi bandar Perda untuk cari kopiah untuk pertandingan esok. Tapi, ada sebuah kereta berwarna biru, pemandu perempuan makan jalan dia. So, kereta tu terkena belakang motor tu. Habis tergolek-golek dak laki tu. Paling malang, perempuan tu buat tak tahu dan terus blah. Tension aku dengar cerita tu. Bila aku dapat tahu je terus aku bergegas pergi Hospital Seberang Jaya. Bagai nak gugur jantung risaukan dia.

Keadaan dia agak teruk jugalah.  Kening dan dagu dia berjahit. Dahlah masa doktor jahit tu aku ada kat situ, memang mengalirlah air mata tengok dia macam tu punya parah. Tak sangka dia terpaksa menanggung rasa sakit tu. Semoga kau cepat sembuh dik.

Sekarang dah hari jumaat. Dia masih belum keluar wad. Aku baru dapat tahu, insyaAllah dia akan keluar petang ni. Harap sangat dia dapat keluar. Dia tak dapat keluar sebab suhu demam dia tak turun-turun.
Nampaknya dia tak dapatlah nak join pertandingan sulung Philosophy ni. Sangat sedih. Suara dia sedap kot. Tak tahulah nanti macammana. Harap Philosophy boleh survive tanpa dia.  

Okelah. Aku nak kene out dah. Wassalam.

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Assalamualaikum...


Siapa yang tak kenal Ben Ashaari? Semua orang pasti kenal punya kan? Terutama yang kaki blog la kan. Dia dah mula nak buat projek baru. Aku selalu jadi silent reader je kat blog beliau. Oke, klik pada gambar untuk ke blog beliau.  :) Itu saja untuk harini. 

Wassalam...

Friday, April 1, 2011

Aku bahagia?

Assalamualaikum...

eLLow! Terima kasih kepada yang membaca (itupun kalau ada yang membaca la kan.... :D )

So, what's up? Sihat? Maaf la dah lama tak update... (alaaa, bukan ada orang tunggu kau update pon Fina oiii!)   -.-"

Biasalah.. busy sangat. Persatuan Kesenian Islam memang menuntut aku hampir 22/7 kot. Pelajaran pun entah kemana. Takdelah 24/7 sangat. Sebab tido pon tuntut aku jugak...  :P

Kredit Gambar : Google images

Ya Allah... Serius aku cuak gila nak final exam. Kejap je lagi. Dahlah dengan sistem UiTM yang gila punya rushing sebab nak habiskan final exam dalam 10 hari je. Memang tak ada gap la final aku. Berturut-turut je. Nasib baiklah bila aku tengok jadual aku, tak ada subjek aku yang kene 2 subjek dalam 1 hari. Semua adalah hari yang berbeza walaupun berturut-turut. Kesian kawan aku yang mengalami nasib sebegitu. Hohoho... Sabarlah kawan!

Kalau semester lepas, boleh jugalah struggle sebab ada study week dan ada gap antara subjek dalam 2, 3 hari minimum. Tapi semester ni? T___T

Kawan-kawan aku ramai yang balik ke kampung halaman. Tapi aku? Tak ada peluang langsung. Sebab kerja bertimbun. Hadui.

Sejak jumaat. 1/4/2011 sampai ahad 10/4/2011 tu dah mula minggu test. Tapi 9 April nanti, aku akan ke UiTM Perlis untuk menjadi pengiring kumpulan nasyid UiTM Pulau Pinang, Philosophy. Ada pertandingan. Terpaksa extend test untuk hari itu.


Sebahagian PHILOSOPHY + Sebahagian IRFAN dari USM

Philosophy ni semuanya budak-budak baru. Tak tahu lagi sejauh mana kemampuan mereka. Kalau dah lepas saringan pun aku dah cukup terharu. Kalau mereka masuk final pun mungkin mampu buat aku menitiskan air mata. MUNGKIN. Hopefully. InsyaAllah...

Walaupun aku sibuk, aku suka. Mungkin terkadang aku merungut juga bila banyak kerja tergendala, tapi aku tak pernah terfikir untuk melepaskan semuanya. Sebab aku sayang persatuan dan kelab aku. Aku harap sangat pelapis aku nanti sayang pada persatuan dan kelab aku macam aku sayang. 

Terlibat dengan serius dalam persatuan dan kelab bukanlah alasan untuk  merosot dalam pelajaran. Kerana kita perlu pandai membahagi masa dan tugas. Kalau kes aku ni lainlah. Sebab rakan setugas aku masih belum ramai memandangkan Persatuan Kesenian Islam ni masih baru dan belum ada ramai ahli. Harap selepas ni ramailah yang akan meneruskan perjuangan ini. 

PERSATUAN KESENIAN ISLAM : Towards Islamic Art Priority


Sampai di sini. Wassalam.