Sunday, January 23, 2011

Mama, nak teddy bear!

Assalamualaikum.

Dulu masa kecik-kecik tak pernah pun teringin teddy bear. Sebab memang mama dan papa tak pernah belikan. Dan time tu, tak tahu pun kewujudan teddy bear dan tak tahupun keseronokan ada teddy bear. 

Sampai mama pernah cerita yang ada orang cakap aku macam tomboi. Tak boleh nak disalahkan juga orang kata macam tu sebab masa kecik mama dan papa tak pernah pakaikan aku baju perempuan. Kebanyakan baju aku adalah baju dan seluar lelaki. Mama aku cakap aku tak boleh pakai baju perempuan sebab aku lasak sangat. Lompat sana sini. Dan aku tak banyak barang permainan sebab aku lebih suka main kejar-kejar kat luar sebab ramai kawan. 

Berbalik pada topik teddy bear, aku tak teringin pun teddy bear. Sampailah pada satu hari, ada seorang kawan papa hadiahkan teddy bear. Seingat aku takdelah sebesar mana teddy bear tu. Mula-mula pakcik tu bagi kat aku, aku dah cuak. Takut. Oh ya, baru aku teringat. Mama kata aku memang penakut sejak kecil. Tapi takdelah semua benda aku takut. Kalau ayam tu, boleh aje aku kejar keliling kampung. Hihi...



So memang aku tak pernah ada teddy bear. Sekarang ni kalau ada teddy bear ke, anak patung atau ape-apelah aku memang tak suka tengok. Takut. Tak tahu kenapa. Tapi kadang-kadang kalau aku tengok kat supermarket ke aku rasa macam comel pulak. Tapi bila aku tengok harganya terus tak teringin. Hehe...

Okay. Sampai di sini saja. 

p/s: Aku macam pernah terdengar kalau kat rumah kita ada patung, malaikat tak masuk rumah. Yeke?

Wassalam

3 comments:

hysman said...

hehe..
nk adiah teddy bear la tu..
ckp tegak kan senang...
hehhee

FiNa said...

tanak. aku tak suka teddy bear okay~

Solehah said...

rasanya kalau patung2 tu dibuat hiasan memang tak elok, tp kalau dijadikan mainan, boleh.