Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Harimau Malaya!


Assalamualaikum.

Tahniah! Syabas! 

Alhamdulillah. Tidak tahu bagaimana harus aku ucapkan lagi. Sememangnya aku sungguh berbangga dengan keputusan Piala Suzuki 2010 ini. Walaupun sedikit kecewa dengan keputusan tewas 1-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, tapi aku tetap berbangga dengan pencapaian pasukan Harimau Malaya. Jaringan satu gol oleh Safee Sali di tempat musuh sememangnya membuktikan pasukan Harimau Malaya tidak gentar walaupun penyokong Malaysia tidak seramai penyokong mereka di Bukit Jalil yang dapat memberikan sokongan terus dari stadium melainkan pemain, jurulatih dan pegawai dari Malaysia.

Syabas juga aku ucapkan kepada penyokong Garuda yang sanggup bersusah payah untuk menunjukkan sokongan yang begitu padu walaupun menyedari amatlah sukar untuk mengalahkan pasukan Malaysia yang berbekalkan kemenangan 3-0 dari Stadium Bukit Jalil, dan mampu mengawal perasaan ketika terpaksa akur dengan keputusan kemenangan skuad Malaysia. Aku mengharapkan mereka dapat menerima keputusan ini dengan rasional dan hati yang terbuka.
Walaupun begitu jelas aku lihat dari kaca television bahawa pancaran laser telah dihalakan ke arah pemain kita, namun skuad Malaysia tidak memandang serius akan perkara itu sebaliknya hanya fokus pada permainan. Sikap itulah yang sepatutnya kita beri contoh kepada penyokong fanatik Sang Garuda yang hanya tahu mencari kesalahan musuh.

Aku harap keputusan ini dapat membuka mata dunia bahawa skuad Harimau Malaya tidak lagi harus dipandang remeh seperti sebelum ini. Aku juga berharap perlawanan ini tidak akan lebih mengeruhkan pandangan negatif rakyat Indonesia dengan menyedari bahawa kalah dan menang adalah adat dalam sesebuah pertandingan. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia diharapkan agar dapat berlangsung dengan lancar tanpa sebarang pengaruh dari segi emosi disebabkan perlawanan ini. Sesungguhnya pihak Malaysia dan Indonesia saling memerlukan antara satu sama lain. 

Sampai di sini sahaja, Wassalam.

Harimau Malaya VS Garuda; Selamat Maju Jaya Harimau Malaya!

Assalamualaikum.
Tak sabar menanti perlawanan malam ni.
Cepatlah pukul 8.00 malam! 
Jap, malam ni mereka pakai baju kuning ke biru?

Okeylah, itu je nak post hari ni.

Aku doakan semoga pasukan Malaysia dapat menjulang piala juara. InsyaAllah!

Selamat Maju Jaya Harimau Malaya!



Gambar ihsan Google.

Wassalam.

Sunday, December 26, 2010

3-0. Tahniah Pasukan Malaysia!

Assalamualaikum. 

 

TAHNIAH! Mungkin terlewat, tapi aku tetap nak ucap juga. Bukan nak berlagak, tapi aku memang sangat yakin pasukan Malaysia mampu menentang pasukan negara serumpun kita. Dan kini, pasukan Malaysia sudah  selangkah untuk menjulang piala juara. Tahniah untuk K. Rajagobal  kerana berjaya melatih mereka sebaiknya. Tahniah juga aku ucapkan kepada Safee Sali dan Mohamed Ashari kerana menjaringkan gol untuk Malaysia.

Cuma aku kecewa sikap penyokong yang cuba mengeruhkan keadaan dengan pancaran laser. Boleh jadi pancaran laser itu bukan dari panyokong Malaysia, dan mungkin sebaliknya, tapi ia tetap mengeruhkan nama Malaysia. Aku harap kejadian ini takkan berulang lagi. Aku juga risau keadaan penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno itu nanti.  Cuak kalau mereka agresif. Almaklumlah, mereka mempunyai pandangan negatif terhadap Malaysia. Semoga tiada apa yang negatif bakal berlaku.


Semoga berjaya perlawanan Rabu ini.



p/s: Gambar ihsan Google
Wassalam.