Sunday, November 7, 2010

Saya suka burung ni. Comel lah.Korang mesti suka jugak kan? - Laman Sosial

Assalamualaikum. Hari ni aku nak bercerita tentang laman sosial yang pernah menjebakkan aku ke kancah kepuasan dunia ni. Ececehhh~


Tagged


Gambar: Tagged aku

Aku pernah terjebak dengan Tagged ni. Yang ni lagi ramai friend request. Minimum 1 hari 7-8 friend request aku boleh dapat. Dan hingga sekarang, aku ada friend sebanyak 2579 orang dari seluruh penjuru dunia. Kalau dulu, bilangan 'Online Now' sangat banyak beratus-ratus. Tapi sekarang, lihatlah sendiri kat foto di atas. Tu belum lagi inbox, comments, love, match, group, buletin dan macam-macam lagi. Ramai dalam kalangan mereka yang terlibat dengan Tagged ni adalah untuk main game, selain cari awek-awek seksi. Sumpah seksi! Bukan sahaja perempuan, yang lelaki dan ala-ala perempuan pon seksi. Tapi yang ala-ala lelaki tak seksi pulak. Huhuhu... Dah lama gila aku tak bukak tagged ni. Baru je ni bukak. Lepasni ingat nak off terus. Dah lama fikir sebenarnya. Tapi macam tak sampai hati pulak. Sebab Tagged ni pernah mempengaruhi hidup aku. Dan sebabaku pernah boring dengan Tagged ni dulu, aku mula berjinak-jinak dengan Blogspot awal tahun 2009. Banyak buletin dalam Tagged ni aku publish kat blog. Lama dah aku bukak blog ni rupanya. Huhuhu...

MySpace

Gambar: MySpace aku



Aku agak terlewat buka MySpace berbanding kawan-kawan aku. Selalu sangat kawan-kawan aku tanya, "ko ada MS tak?" dan aku balaslah "MS tu apa?" Huuuuuuu... sungguh ketinggalan. Then satu hari aku buka juga akaun MySpace. Tapi tak sempat merasa keseronokan MySpace sebab aku lebih suka layan FB. Masa tu FB belum terkenal lagi.




Twitter

Gambar: Google


Comel kan burung-burung kat atas ni? Cute. Aku dah ada burung ni. So sila follow aku di tweeter saya ini. Hehe... Sebenarnya cuma nak cakap, followlah aku kat twitter. Kepada yang dah follow, terima kasih. Aku pun dah follow semua follower aku. Sebenarnya dah lama dah aku ada twitter. Macam best je aku tengok semua orang ada twitter. Aku pon mau jugak lah. So, jangan lupa follow aku.

Churp Churp

Gambar: www.churpchurp.com


Comel kan? Sebenarnya aku baru je bela burung kat atas ni. Sangat comel. Aku tiba-tiba teringin, then terus sign up. Wah, macam tamak je? Aku tak kira. Burung ni sangat comel. Aku suka. Aku dah letak kat sidebar blog aku dah pun. Huhu...  




Facebook


Gambar: Home aku

Tengok friend request aku. Banyak gile. Ni pon aku dah banyak approve orang yang aku tak kenal tapi ramai mutual friend. Dan banyak jugak yang aku dah approve lepas tu remove balik. Yang aku klik not now lagilah tak terkira. Sekarang pakai not now erk? Dulu pakai ignore kan? Ni tinggal yang mutual friend kurang daripada 5 la lebih kurang. Aku tak suka sebenarnya banyak sangat berkawan dengan orang yang tak kenal. Kecuali blogger. Kalau mereka kata mereka adalah blogger, memang aku approve. Teringat pula dulu antara friend yang terawal kat FB adalah rakan-rakan blog sahaja.


Ada juga laman sosial lain yang aku join. Tapi disebabkan aku tak berminat + tak reti nak guna, aku buat bodo je. Contohnya Friendster,  Lifestyle amendantah. Oye, Wordpress pon aku ada juga. Tapi masih dalam pembaikpulihan lagi. IMVU pon still guna lagi. Cuma jarang buka.

Okey, konklusinya, ni adalah kronologi laman sosial yang aku sertai:

1. MySpace
2. Yahoo Messanger
3. Facebook
4. Frienster
5. Lifestyle amendantah
6. Tagged
7. Blog
8. Wordpress
9. Twitter
10. IMVU

Pergh! sampai sepuluh?! Okeylah, itu sahaja setakat ni.


p/s: Pagi tadi, sebelum aku solat subuh. Bukak Facebook. Kecoh pasal Liverpool kalahkan Chelsea 2-0. Pergh! biar betul. Hebatlah Liverpool sekarang. Ke kali ni aje? Ups!

p/s/s: Tajuk entry macam lari je? Korang punya sejarah pulak cammana?

Wassalam.



2 comments:

bUdAk kEnTaNg said...

hebat la ko fina.,.
suma ado..
friendster ado kah??
huhuhu
giler hebat..
hakhakah.......
ko mmg femes mcm tok ti..
i loike...waka waka..

FiNa said...

Friendster? ade je....
hebat apekebendanya la ko ni... adoiii...
tetiba fames ni awatnya? huhu

tok ti tu sapa? huhu....