Saturday, November 6, 2010

Kisah aku dan fogging. Menangis~

Assalamualaikum.

Ha, harini baca hikayat aku pulak ye? Sebenarnya ni adalah sambungan komen kat blog Zack Entry

Masa tu, aku ada pertandingan Minggu Bahasa peringkat zon. Aku jadi wakil Sajak untuk MRSM aku. Pertandingan tu berlangsung kat MRSM Serting.

Suatu petang tu, aku mandi. Aku mandi lama. Sebab sambil2 membasuh. Basuh apa, tak perlu bagitahulah. Hahaha... Memang dari mula-mula aku dah dengar bising-bising kat luar asrama. Aku ingat kilang tengah beroperasi ke, mesin rumput ke, ape-ape yang lain entah. Sebab mula-mula ada je orang lain dalam tandas tu. Sebab tu aku tak ambil port sangat. 

Tapi, lama-kelamaan, aku kat dalam tandas tu macam sorang-sorang je. Mula-mula tu buat bodoh je. Tapi lama-lama perasan yang dah tak ada suara manusia dah dalam tu. Tapi suara bising ala-ala bnunyi kilang tu semakin lama semakin menghampiri. Haish! aku dah cuak dah. Cepat-cepat aku bersihkan diri. Dan aku menuju keluar.


Jeng jeng jeng! Bila nak keluar je dari pintu, nampak sornag pakcik tu tengah sibuk meng-fogging. Ya Allah!!! aku pulak ber***ban! Terus aku masuk tandas balik. Nasib baik pak cik tu tak nampak aku. Even masuk tandas pon, aku tak tahu dah nak buat apa. Takkan aku nak keluar macam ni? 

Sibuk aku tawaf dalam tandas tu, carila apa-apa untuk dipakai. Tapi nak cari apa? Mana ada apa-apa dalam tandas tu. Adoi... Aku tawaf lagi. Asap dah mula berkepul-kepul dalam tandas. Aku nak jerit kang pakcik tu nampak aku tengah ber***ban. Masa ni aku dah fikir pasal mati dah. Air mata? dah sebaldi kot. Serious weh! 

Tiba-tiba ternampak sepasang baju kurung yang bergantung dengan hanger. Alhamdulillah! Akhirnya Allah bagi pertolongan. Cepat-cepat aku pakai. Menggigil-gigil tangan aku pakai baju. Nasib baik aku sempat sebelum asap tu menyelinap banyak-banyak dalam hidung. Lepas tu aku berlari keluar. Pergh! Memang ekstreemlah! Pakcik tu terpinga-pinga. Dia tutup mesin apekebendanatah dia. Dia jerit kat kawan-kawan dia yang lain " Ada orang kat sini!" Semua tutup mesin tu.

Aku keluar dari kawasan aspuri, lari cari kawan aku. Nampak Wani. Aku terus peluk dia. Nangis-nangis. Dia pun macam bersalah je. Dia kata dia perasan aku tak ada dengan dia. tapi dia tak sangka aku masih dalam aspuri. Huuuuuuuuu.... T____T

Lepas je aktiviti fogging tu, aku pulangkan balik baju tu. Fobia pulak bila nampak lagi fogging-fogging ni.

Pengajaran:
a) Bawak baju lengkap terus bila pergi mandi tempat orang. 
b) Bawak henfon sentiasa (even pergi tandas?)
c) Bagitahu kawan kalau nak pergi tandas kalau kat tempat orang
d) Korang rasa?

Tu je la. Wassalam.

10 comments:

inna said...

siap ade peta...dasyat~ ;p
dats rite, nk g toilet bwk baju salin ye...

FiNa said...

hahaha... aku tak pernah crite kat ko ye crite ni? heheh.

bUdAk kEnTaNg said...

hahaha..
klu aku jd ko dak Fina aku kluar jer..
lantak pi la pokcik tu nk tgok ke ape..
yg pntg darurat..
hehehe..
:p

FiNa said...

hysman, aigoo... cakap senang la.... tak sanggup laa... ahaishhh... tak sanggup! tak sanggup!

ZACK ENTRY said...

wow, ada sambungan yer..hehe


jerit je la macam ni "ada orang tak berbaju dalam bilik air ni!", mesti pakcik tu berhenti punya..hehe

bahaya bawak hp dalam tandas, nanti masuk dalam lubang jamban lak..menangis tak berlagu nanti..=P

FiNa said...

Zack, time tu tak terfikirlah pulak.. hehehe....

ye tak ye jugak kan... aisy... moral story salah la pulak... huhuu

Naz said...

kah..kah..kah... no komen... :p

FiNa said...

naaaaaaaz!

no komen? kau baca ke tak ha? amboi2... hehehe

Naz said...

aku baca lah... kalo aku x baca, mcm mana aku nak komen walaupun 'no komen'...

FiNa said...

ouh... gud3!!!