Assalamualaikum.
Huh... Lega. Akhirnya examku habis juga. Susah. Memang susah. Cuak dengan result yang akan datang. Entri kali ini, ala-ala ayat tak boleh belah. Sebab aku tengah feeling sedih sekarang. Jadi, sila sesuaikan mood aku dengan mood kalian.
Rumah.
Balik rumah. Mungkin malam ini. Mungkin juga esok. Entah. Tak tahu lagi. Bergantung bila parents aku akan masukkan duit. Duit aku ah habis. PTPTN? tak cukup. Entah kenapa tak cukup aku pun tak tahu. Boros ke aku? Yelah kot. Haisy! Ape nak jadi lah.
Rumah. Aku rindu ke dengan rumah? Rindu. Tak sabar nak balik rumah. Tapi kalau dah sampai rumah, lepas tu kata pulak, tak sabar nak balik Penang. ( -.-")
Bila dah sampai rumah, aku akan jadi busy. Internet memang akan jarang sangat sentuh. Sebab aku akan tolong parents aku kat kedai. Sangat jarang aku online. Kadang-kadang je aku akan online. So kalau tengok aku tak update blog, tak online Facebook atau Twitter, faham-faham jelah.
Kalau kat rumah, tak habis-habis gaduh dengan adik-adik aku. (semua adik-adik aku lelaki). Terutamanya yang bawah aku tu. Ada saja yang tak puas hati. Tapi kadang-kadang dia pun boleh di harap. Kalau nak pergi mana-mana, bawak dia sebab dia lebih tau selok belok Shah Alam. Kadang-kadang kesian kat adik-adik aku yang lain macam di-adiktiri-kan. Tapi nak buat macammana kan, motor boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Huhuhu...
Tadi aku call rumah. Adik bongsu aku, Razif kata dia rindu aku. Terharu.
Dia.
Aku akan tinggalkan Penang. Semester ni aku balik, tanpa inform apa-apa pada seseorang tu. Agak janggal sebenarnya. Kalau sebelum ni, bila aku beli tiket bas, aku mesti telefon dia dulu, kau balik bila? Nak naik dengan aku tak? Nak aku tolong belikan tiket tak? Ataupun, kalau dia dah pasti takkan balik dengan aku, aku mesti tanya dia akan balik bila, naik apa dan macam-macam lagi. Tapi bukan dia seorang, ada juga rakanku yang sedestinasi denganku akan ku tanya.
Tapi semester ni berbeza. Kerana dia bukan lagi dia yang aku kenal. Dia bukan lagi sahabat aku yang dulu. Dia telah berubah. Boleh dikatakan, dia sudah tidak wujud lagi dalam dunia aku. Bukan aku yang membuang dia. Tapi dia yang seperti tak sudi berkawan denganku. Ah! Hanya dia seorang saja. Aku kan masih punyai ramai kawan lagi.
Dia seorang lelaki. Ya, aku salah, aku silap, aku mengerti. Tak seharusnya aku lakukan itu kepada seseorang yang bernama lelaki. Dulu aku lakukan itu kerana memikirkan dia adalah sahabatku. Namun aku tetap menjaga batasku. Dia antara sahabat yang aku rapat denganku berbanding kawan-kawanku yang lain. Baiklah, aku silap. Aku berjanji tak akan lakukan itu lagi padanya. Maafkan aku.
Kepada dia. Maafkan aku. Jika kau rasa aku sungguh menjengkelkan. Percayalah, aku tak pernah berniat atas apa yang aku lakukan untuk kepentingan aku. Tolong lupakan semua yang pernah berlaku. Walaupun sebenarnya aku yang tak mampu.
Doa.
Sebelum mengundur diri, aku ingin mohon maaf kepada sesiapa yang sudi membaca coretan ini. InsyaAllah, jika umurku panjang, jika jari-jemariku belum cacat, jika mindaku masih waras, akan ku teruskan coretanku Januari nanti. Doakan aku agar selamat sampai kerumah, selamat kembali ke Penang suatu masa nanti. InsyaAllah. Doaku, semoga Allah melindungi kita. Moga Allah sentiasa mendengar doa kita. Amin.
Wassalam.