Saturday, May 28, 2011

Malaysian Youtubers winner : Matluthfi, runner up : IniAnuarHadi

Assalamualaikum...

Well hello there world! <--tiru ayat Anwar Hadi


Gambar ihsan Google image search


Best gila Bahasa Inggeris dia. Budak TESL kan~

Aku rasa semua orang yang aktif dengan dunia maya tentu kenal gerangan Anwar Hadi ni kan?Sekarang ni aku tengok dah makin ramai yang menjadikan vlog disamping blog untuk menyampaikan suara hati mereka. Aku juga mungkin, suatu hari nanti. (padahal ada blog pon malas nak update, ni nak update vlog konon! haha!) Oh ya, selain Anuar Hadi, ramai lagi Malaysian youtubers ni. Kat bawah ni adalah antara top 10 Malaysian youtubers ni.



Di bawah ni adalah link diorang,











8) Afiqsays 





Oke nombor sebelas tu tipu je. Tu channel aku kat youtube. Tapi aku pun kira Malaysian youtuber la juga kan? Hahaha... 

Sebenarnya senarai kat atas ni adalah ranking yang telah dibuat oleh MalayTubers berdasarkan kuantiti fans mereka. Tapi ia tidaklah diiktiraf oleh mana-mana badan NGO ke apeke. Tapi aku pasti, masyarakat boleh menilai mereka.

Aku akui mereka yang menyalurkan pendapat melalui video seperti ini ada kelebihan atau arif dalam bidang-bidang ini, (atleast sikit lah)

- BAHASA - ni sebahagian je dari mereka. Tapi bagi aku penting!

- tahu tentang topik yang diperkatakan - takdelah dia merapu ntahpape~

- edit video dan kualitinya - ni yang aku tak tahu ni.

- line internet yang laju - penting juga ni!

- confident - actually over confident.

- hensom dan cantik - kebanyakannyalah...

- rajin menunggu upload video - T__T

Pendapat aku la kan, bagus juga perkongsian idea melalui video ni. Sebab tak semua orang suka membaca kalau post dia dalam blog tu panjang berjela kan? So kalau orang tengok video ni mesej tersebut sampai kepada penontonnya (lebih-lebih lagi kalau dipengaruhi dengan mimik muka dan gaya badan si penyampai). 

Sebab tu lah aku suka penyampaian Anwar Hadi yang mampu memberi kesan bila aku tengok video beliau. Rasa macam bersetuju seratus-peratus. Setakat ni video beliau yang sangat aku rasa memberi kesan ialah 27 Kali Ganda. Keep it up guys!

Okelah. Sampai sini saja kut.  Banyak lagi keje nak dibuat bila nak mula semester baru ni. K? Bye... 

p/s: Korang setuju tak pendapat aku ni?

Wassalam.

Friday, May 6, 2011

Maksud di sebalik Open Relationship

Assalamualaikum.

Kita semua mempunyai Facebook kan? Tentu anda familiar dengan perkataan Open Relationship ni. Dulu aku tertanya-tanya juga apa maksud disebalik Open Relationship ni. Malah aku pernah juga guna status ni. Tapi tak lama. Sekarang, aku dah tukar status tu. :)

Aku terjumpa artikel mengenai Open Relationship ni kat sini. Ini artikel pandangan berdasarkan fakta. Jadi terpulang anda untuk menilainya.


Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum.

by Lutfi Hafiy on Saturday, November 27, 2010 at 11:22pm