Friday, November 6, 2009

Tahukah Anda???

Assalamualaikum... huuuhuu.. kawan2, camne erk? isnin ni ada exam.. tapi cam malas gile nak study.. camnekah cara nak mengatasinya? adeh, bahasa dah hancor dah ni.. adeh.. bagaimanalah hendak menjadi blogger cemerlang jika kerosakan bahasa berlaku di blog ini? huhuu

ok2... errr.. ni adalah sedikit info yang diperolehi di Tagged saya.. err... mari kita lihat, ZasssssssSSSS... (bak kata abg fitri... hhehehehehe)

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku dan tersenyum seorang seorang.

FiNa: hohoo.. adakah anda bersetuju dengan semua info di atas? Sengal sungguh info ni.. huhuhu

10 comments:

fitrijohari007 said...

haha...fakta2 yg lawak tp masuk akal...haha

Anonymous said...

hahahaha! chantek. sengal tp mmg fakta sebenar beb.
wa suke, wa suke~ :D

Along Fina said...

abg fitri
akal juga selalu masuk lawak..
hohoho




kak cha,
suke erk? jangna terlbih suke... nak exam nieh.. huhuu

Dasuki D5T7 said...

kiranya kalo boleh sentuh telinga dgn siku,
x normal la!

alamak!
tp mungkin orang itu mempunyai fleksibiliti atau kedudukan tulang yg hebat!

Naz said...

adehhh.. lawak la yg no 10 tu... meh aku tempeleng ko sekali nak?? hahahahaha!!!!!

aku rasa ko mesti dah cuba touch telinga ko dng siku kan. ok, kalo ko terer, cuba sentuh siku kat dagu ko tu... hahahahaa!!!!!

Anonymous said...

hehe....btl 2,mmg msuk akal n kreatif kn2...

..aina..

♥ p a a n i ♥ said...

fakta last mmg truth!

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Haha.. Akak tak cube.. Akak try jek.. Akak tak snyum sensorang.. Nnt akak menyeringai kesakitan sbb trseliuh tgn.. Kamu niii fina.. Adehhh.. ;p

Along Fina said...

Dasuki,
er... kalau boleh sentuh kire mmg fleksibel la tulang dia.. huhu..


Naz,
oo.. no 10 tu lawak ke?? haah.. mmg aku dah cube byk2 kali, mmg tak boleh.. sebab tu aku post menda nieh.. huhu


kak aina,
mesti la kreatif.. budak meky kann.. hehee

kak pany,
yess! ngaku jugak.. hahahhaa


kak farhana,
try tu ape dalam bahasa melayu? bukan cuba eerk???

Solehah said...

percaya sangat..huhu