Sunday, October 25, 2009

Berjalan-jalan dikala final exam nak menjelang! sengal tolll...

Assalamualaikum...

Harini aku nak cerita pasal semalam... Semalam aku pergi Jusco.. Erm! da nak final exam pon boleh pergi jusco.. hehe.. ni pon setelah kawan aku, wani merayau-rayu.. "Along, jom ar.. makan steamboat... Nanti kalau ade orang tanye pernah makan steamboat kat Johnny's ke tak, dengan bangganya boleh la kata - pernah! jomla..." huhuuhuhu.. wanie kalau bab merayu-rayu memang nombo satu! akhirnye aku pon pergila skali.. yela, aku pikir, skali skale.. takpe la.. (tak pernah pon makan steamboat sebenarnye.. huhuhuhu)

Dalam pukul 6 petang jugak la kitorang baru bertolak dari kampus.. lewat kan? hehhehhe.. padahal masing2 da kebulur lapar sebab tak lunch harini.. yela, nak save duit untuk petang nieh la... ok.. bile da masuk kereta.. terfikir, nak pegi jom heboh laaa... ramai plak kawan kitorang yang kluar g jom heboh harini..

aku:
eih korang, jom pegi jom heboh!
wani:takkan nak pegi skarang? gile lewat! gerai2 sume dah tutup kowt!
aku: ala, nak pi gerai watpe.. pegi tengok konsert je.. lpas makan laaa... pas solat maghrib baru bertolak pi sana..
wani: konsertttt??takyah laaaaaaa...klu tgk konsert gerenti balik lepas pkul 10..
aku: ye tak ye jugak kann...hmm.. takyah la kot...

zooom.. terus pergi Jusco seberang perai... on the spot, trus masuk Johnny's.. kebuluuur la katakan... huhuhuuuu...

fifi dan wani ssempat berposing sebelum makan... time ni baru masukkan segala bahan dalam periuk steamboat...



erm.... look deliciousssssssss! nyummmmy...


steamboat da masak! fifi sedang mengagihkannye kepade kami... wani sempat lagik nak balas mesej!!!!


ha... ni pinggan aku.. hahahaha.. sengal! ni pon nak tunjuk! pinggan sebelah kanan tu pinggan nasi ayam ye kawan2.. lapar.. huhuhuhu...pinggan paling kiri tu pinggan steamboat. terdapat sedikit sambal di situ.. sambal tu PEDASSSSSSSSSSSS... nasib baik aku ade order plain water.. boleh refill beb! hahahaha.. bataksss.. kejap2, waiter datang, "plain water misssss???" aku dengan pantas "yes. Thank you..." wawawawawawawa!!!!



Dissert... Ice cream!!! terbaek la fina.. seleseme2 pon makan ice cream... amik ko Sunday Ice Cream tros aku order! Yang fifi ngap tu ice cream aku sebenarnya.. huhuhu...




Dari pandangan aku ye kawan2.. sedappppppppppppppppppppppppp... nyummy!






Ni bill kitorang 3 orang.. yes! RM 60.30... terbaeeek punyer harga!





ok... this is me.. takleh nak deny la kan.. huhuuhu.. yeps.. dah makin berisi ye kawan2..







pandangan dari bawah.. kat eskeletor pon jadik la nak amik gamba punyer pasal kan.. hahaha..orang pandang pleeeek jer... huhuhuhu -.-"








ok.. kitorang sampai ke MAXstyle. Fifi nak putun rambut.. bapak grandzzz kedai ni.. siap hidang teh mahal + gula2.. aku dan wani yang bergelar pemerhati fifi pon dapat beb! terbaek punyer.. huhuhu.. suke la kedai ni.. pasni nak potong rambut kat sini laa.. (jangan mimpi la fina oiiii!!!)


"lepas tu ar.. itu kapal tilibang, tilibang manyak singit!"- tukang potong rambut
"ya ka? manyak selam!!!"-fifi


gurau saje.. jejaka hensom tengah menerangkan sedikir sebanyak cara pemotongan yang akan digunakan.. ye.. khusyuk skali fifi mendengar.. (jejeka berbaju hitam kat belakang tu, lagi hensommmmmm! aww.. suke! suke! huuhuhu)



jejaka hensom memulakan kerja2 menebas rumput.. hahaha!



wajah baru fifi!

lepas tu, kitorang window shopping! ala.. terngok barang je.. tak beli pon.. aku cume beli roti and beberapa barang keperluan.. hehehe..



yeps.. tempat yang paling baik untuk berposing habesss... tandas! memperkenalkan, ni tandas ye kawan2... alamak.. makcik cleaner termasuk dalam gambar jugak.. takpe2.. beruntung ye makcik capat masuk dalam blog saye ni.. heheheeheeee..

okayyyy.. berakhirlah ceritaku pada hari semalam.. peant.. dalam pukul 10.30 malam jugak la baru sampai kampus.. huhhuu.. tu pon nasib baik tak kene tahan dengan polis. eh silap! pak guard.... hhuhu..

Wassalam

~FiNa~

Saturday, October 24, 2009

Kod Pakaian Wanita

Assalamualaikum... Hohohoho.. Selamat Hari Sabtu dan seterusnya.

Tugas manusia di muka bumi Allah ini adalah sebagai khalifah. btol tak? ye btol... huhuhu
Jadi harini, aku nak menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yang aku terima melalui mesej yang aku dapat. Sebagai wanita muslim, marilah kita mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan. Semoga kita mendapat pahala dan darjat yang mulia di sisi Allah, insyaAllah..

Semasa kita pergi menghadiri majlis tari menari contohnya, pihak penganjur akan memberi kita kod pakaian, kan? (tak pernah pegi pon majlis tari menari pon. tengok kat tv je..) Contohnya, "World Of Fantacy" (amik kod pakaian masa pegi English night kat MRSM dulu) . Takpon, bila kita ke pejabat, kita juga ada kod pakaian, yang disebut sebagai etika berpakaian.
Begitu juga dengan wanita muslimah. Kita ada kod pakaian sendiri apabila berpakaian, lebih2 lagi kita akan berhadapan dengan ajnabi (orang yang boleh dikahwini, bukan mahram) .

Berikut merupakan kod pakaian kita. Renung2kan, dan selamat beramal. hehehe..

Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut :

  • Pakaian hendaklah menutup seluruh badannya. Melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafsirannnya muka dan tangan.
  • Pakaian yang dipakai janganlah yang dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi bermaksud: “Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka.”
  • Pakaian tidak boleh terlalu ketat. Hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali dibahagian badan yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.
  • Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki.
  • Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sabda Nabi SAW bermaksud ; “sesiapa meniru sesuatu bangsa lain,maka ia adalah bangsa itu”
  • Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah SWT bermaksud : “janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu)……“-Al-Ahza:32
  • Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah SWT bermaksud : “dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” -an-Nur:31. Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang. Sabda Nabi SAW bermasud : “seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina.”

FiNa: Apekate kite buat checklist pada diri kita sendiri? Yang mana kita buat, yang mana kita tak buat. Aku dah buat dah. Tapi, keputusan dirahsiakanlah.. heheheh.. Korang cubela buat ek.. Artikel ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar menyampaikan. Tak salah kita berubah kepada kebaikan kan? ye btollll... hehehehe...

Selamat beramal.


Friday, October 23, 2009

Equation Study=???

study = tak fail.............. (equation 1)
tak study = fail.................(equation 2)

e1 + e2:

study + tak study = tak fail + fail

factorize:

study (1+tak) = fail (1+ tak)

.:. study = fail

conclusion: study pon fail jugak.

huh? equation ni salah ke?? huhuhu bukan aku punye equation. Kawan aku yang mesej equation ni... (bukan aku k!)

Thursday, October 22, 2009

Emergency Number is 122, not 999!


A young lady was robbed and slashed on the face two days ago in Taman Desa.She just got off from her car and was in front of her friend's house pressing door bell..

She saw a motorbike with two men coming toward her direction, but she thought they were security guards. Then before she knew anything, one of the men has already slashed her face with a knife and grabbed her bag. She didn't know it was a cut until she touched her face and found out it was bleeding.

She was screaming out of shock. One of the man came back (they were already on the motorbike and ready to leave) and tried to slash her again. Luckily she was able to hold on his hand to stop the attack. At that time, her friend came out to check what happen and the men quickly ran away.The cut was 9 cm long and 1 cm deep.

Now those robbers' tactic is to hurt you first before they rob you so that you are handicapped and can't resist them. Even later there are someone to help, they have to rescue you first instead of chasing them.

Please be alert all the time and take every precaution measure you could. Emergency Number: Please be aware the Emergency Number worldwide for GSM Mobile (012, 013, 016, 017, 019) is 112 and not 999.

You can dial 112 even without a Sim Card. If you find yourself out of coverage area of your mobile network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you. Do share this important info with your family members and friends.
FiNa: Berhati-hatilah setiap masa. Jangan sampai kita menjadi mangsa.

Wednesday, October 21, 2009

Gambar Kenangan Platun A4 Kesatria Negara +++ Blog Rakan Siber

Assalamualaikum...
Post yang lepas aku da crite tentang Komander2 kami kan.. Arini aku nak tunjuk plak gambar platun aku, A4. Seperti kebiasaan, aku takde dalam gambar sebab aku jadi tukang tangkap gambar. huhuhuu.. (sedih tak?) ( -.-")

dah! dah! takde maknenye nak sedih2...

To be frank, aku takde la kenal sangat sume platun aku tu... sikit2 tu adela... yela, ramai beb!!! jumpe pon seminggu sekali. bukannye ade sesi perkenalan ke, ice breaking ke, atau pape je lah.. cume bile ade amik attandance tu je la mata melilau tengok sape pemilik nama yang dipanggil. takpon klu nak tahu nama seseorang tu, tunggu dia menyahut masa komander panggil nama die. fuh~ letih kan... kan3! erm.. Even komander sendiri pon, bukannye pernah kenalkan nama.. nasib baik ada name tag... Kan, Komander Hakim?

Tapi takpe.. nasib baik komander Hakim mesra la jugak (walaupun kadang2 garang gile!) dengan anak2 platun die nie.. Trimas komander... (^_^)v

Semoga segala ajaran (termasuk denda!) beliau dan jurulatih Kesatria dijadikan iktibar.. Ilmu itu bukan untuk disimpan saja, tapi umtuk diamalkan dan disampaikan...


Siyes rindu gile kat dorang... huhuhuhuu... (padahal baru berpisah semalam!!!!!!!!!!!!!!!)

Ok...Kawan2, nak gtau ni aku ade pegang lagi satu blog. Blog Rakan Siber UiTMPP. Adeh... jangan salah sangka ye kawan2, aku bukan pegang sorang2, mmg ade beberapa lagi ahli Majlis Tertinggi kami bertanggungjawab terhadap blog tu. Jadi jika ada kritikan, cadangan boleh la cepat2 gtau aku... k? Kepada Saudara Norman,(pengerusi Kelab Rakan Siber) sile lawat blog tu k? (sekarang!!!) aku dah ubah templete...

Malam ni, ada Majlis Penutup Pertandingan Fotografi UiTM Di Hatiku. Nak tau aku jadi pe malam ni????? Jadi MC... ye, kawan2.. Pengerusi Majlis. Huhu.. skrip pon tak buat lagi ni, dah rilek2 plak kan... mmg sengal... Nantikan aku malam ni, k???

K la kawan2... aku undur diri dulu. Doakan aku ye supaya malam ni semuanya berjalan lancar. InsyaAllah...

Wassalam...
~FiNa~

p/s:tangah fikir, patutke aku pakai highheel malam ni???