Wednesday, February 29, 2012

Impian setinggi langit ketujuh atau kerja?

Assalamualaikum.

Allah maha perancang segalanya. Kita sebagai manusia perlu redha atas segala ketentuan darinya. 

Dulu aku punya cita-cita setinggi langit ketujuh. Itu masa aku masih kanak-kanak hingusan. Yeke? Eh dulu aku tak berhingus. Paling selekeh pun jilat air mata je. Masin. Tapi sedap jugak ape. 

Ok sambung wadah. Ha, itu aim aku masa kanak-kanak yang masih tak mengerti apa-apa. Masih dibangku sekolah rendah je. Aku ingat lagi, dulu cikgu sekolah rendah ade edarkan kad rekod pencapaian ko-kurikulum (kot) untuk aku isi. Ada 3 cita-cita yang aku boleh isi. Dulu aku gilakan gearan 'Dr'. So aku pun isi laa...

1) Doktor

2) Cikgu

3) Polis

Setahun selepas tu, beliau edar lagi. Mungkin 3 tahun berturut-turut kut aku kene isi benda tu. Then aku ubah sikit cita-cita aku tu. Sebab aku mulai sedar, Selain 'Dr.', masih ada gelaran lain, iaitu 'Ir.'.

1) Doktor

2) Jurutera

3) Tentera laut

Err... mana aku dapat tentera laut tu pun aku tak tahu. Mungkin sebab aku ade tengok kat TV pasal tentera laut.

Tu masa aku sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, aku mulai sedar. Aku tak mampu nak capai cita-cita setinggi langit ketujuh. So aku turunkan sikit cita-cita aku, cuma sampai setinggi awan. Tinggi juga tu. Aku nak jadi jurutera. Jurutera ade la juga gelaran 'Ir.'. So ok juga tu. Aku pun minat Matematik, Add Math dan Fizik. :)

Sebenarnya banyak juga yang aku minat. Ambil gambar, tulis cerpen, melukis. Macam-macamlah. Tapi aku tetap nakkan gelaran 'Ir.' tu.

Lepas SPM, aku keliru. Aku dapat tawaran:

1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal kat UiTM
2. Foundation setahun kat TPM then sambung Ijazah Kejuruteaan Mekanikal kat US
3. Ijazah Perubatan kat Mesir. 

Aku jadi keliru. Aku tak tahu nak ambil yang mana satu. Papa suruh aku ambil medic kat Mesir. Tapi aku minat Engineering. Solat istikharah beberapa kali pun tak nampak apa-apa petunjuk. Then aku buat keputusan ambil Kejuruteraan Mekanikal kat UiTM. Nekad.

Then aku plan masa depan aku. Aku nak habiskan diploma, then masuk degree. Kemudian kerja sambil buat master. Then aku boleh jadi engineer. Wahhh! Dengan eksaitednye aku jalani kehidupan aku kat UiTM Pulau Pinang dengan penuh ranjau yang berduri, suka dan duka datang silih berganti. Aku jatuh dan berdarah, lalu bangun kembali merawat sendiri lukaku. Lalu aku tersungkur malah lebih parah hingga aku pernah ingin mengaku kalah.

Tapi aku cuba juga untuk bangun. Aku cuba lagi untuk melangkah walau langkahku terhincut-hincut. Aku ingin cuba capai cita-cita aku. Tapi bukan kerana nama lagi. Bukan lagi kerana gelaran yang ingin ku capai itu, tetapi hanya kerana mama dan papa. Mereka banyak habiskan duit untuk aku berada disini. Malah aku juga berhabis duit (PTPTN) sendiri untuk servive di sini. Aku sedar aku tak boleh sia-siakan semuanya.

Setelah semuanya aku lalui, aku akhirnya tiba di stesen akhir perjalan dalam UiTM ni. Semester 6. Alhamdulillah...

Kemudian aku pergi interview Vista Point Technologies. Ingat saje-saje je. Tapi akhirnya aku diterima bekerja sebagai technician kat sana. 

Aku cuba berfikir. Dan aku masih berfikir. Tolong aku sahabat sekalian.







Sunday, February 12, 2012

Kemampuan bayi mulai bulan pertama hingga bulan kedua belas

Assalamualaikum. Weee... bertemu kita hari ini dalam sagmen bayi dan anda! Hahaha... hamboi! Dulu aku pernah bercita-cita nak buka blog semata-mata baby, tapi tak kesampaian disebabkan kalau nak ikutkan aku bukannya ada pengalaman pun. Hehe.. So aku nak bagi tips je lah kat korang yang aku kopi pasta dari seorang sahabat, Nuraniza Zazali a.k.a. bakal nurse. Wa! bestnye dia akan jaga budak-budak! Huhu.. aku ni bakal jaga mesin je... huhuhu...


Jom layanzzz!







Bulan Pertama:
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan kedua:

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.




Bulan ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.



Bulan keempat:

Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.




Bulan kelima:
Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.




Bulan keenam:
Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.




Bulan ketujuh:
Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".




Bulan kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.



Bulan kesembilan:
Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.




Bulan kesepuluh:
Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.




Bulan kesebelas:
Seorang bayi mung kin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.




Bulan kedua belas:
Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.

Sunday, February 5, 2012

Biodata Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum... Lama dah kan aku tak update blog ni. Dah tak ingat dah bila last aku update. Heh... So apa yang korang dah buat hari ini sempena Maulud Nabi? 




Jom tengok sat video Ustaz Harun Din menceritakan pasal beliau mimpi tentang Rasulullah S.A.W.. Sedih sangat, mengalir air mata aku. T_T





Korang dah tengok video ni? Amacam? korang nangis tak? Ade juga desas desus mengatakan Ustaz Harun Din megarut pasal ni. Huish! Takkanlah benda macam ni pun nak korang tak percaya? Tak ada manfaatnya beliau nak menipu. Dosa adalah. Ok, berikut merupakan serba sedikit biodata Baginda Rasulullah S.A.W.:

Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
[Taken from here]
Dan ini ada sedikit cerita yang mengisahkan betapa baginda mencintai umat-Nya. 
Kita umat Muhammad yang sangat dicintai dan dirindui oleh baginda...


suatu hari..nabi bertanya:"siapakah hamba Allah yg mulia?"


sahabat menjawab: "para malaikat ya Rasulullah"

sahabat yang lain : "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"


nabi tersenyum lalu berkata:"ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia"

para sahabat terdiam lalu bekata:"adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"

nabi berkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan..


Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata...


"wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian..mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! "


Kasih Muhammad terhadap kita sangat mendalam...
Ucapkan selawat kepada Nabi..sekali kita selawat kepada Nabi,10 kali Allah selawat untuk kita..
-Sumber: FB