Saturday, February 12, 2011

Couple Islamik = Babi yang di-Islam-kan

Assalamualaikum. 

Enty terakhir aku 'Jika girlfriend anda kata "I'm pregnant!"?' telah buat aku terkejut. Bila aku jenguk stats, tak sangka ramai pula yang membaca (walau tak tinggalkan komen kan?). Mungkin kesan dari blog Bro Framestone kot? Hehe...

Menjawab statement Bro Framestone, saya tak main dengan SEO la bro. Menulis bukan kerana SEO. Hehe...

Tadi buka Facebook. Ada seorang sahabat share sesuatu yang buat saya terkedu seketika. Dulu aku pernah post pasal couple ni kat entry 'Couple itu haram'. Tapi yang ini mungkin memberi kesan. Jom layan....

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.


Gambar ihsan Google

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. 

Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih. Agak-agak, apa ustaz tu jawab?”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

-kredit kepada Nur Ezzatul Aqmar Arbain

So, apa pendapat anda? masihkah ingin menegakkan benang yang basah? Kalau basah sikit mungkin boleh juga tegak kut. Tapi ni dah basah kuyup nak tegak amenda? :)

Sampai di sini. Hingga ketemu lagi di post akan datang.

p/s: Ini salah satu entry kempen 'Say No to Valentine's Day'
Gambar ehsan ILUVISLAM.COM


Wassalam.

6 comments:

iLa chEeRs said...

waa..bgus gk entry kali nie..n_n
e2 la mnusia..suke m'hlalkn pe yg haram..ish3..

キング Naim said...

hm. babi. kalo xde gmbr 2 da elok sgt da post ni.


haha.


ap ko akn bwt klo ko syg sgt kat org neh, cintan gile ah?

tlg jwb coz, ak mgkin akn gune jwpn ko nnt.

FiNa said...

Naim, babi tu dah aku remove.

Kalau aku cinta gila kat dia, aku akan diamkan. Sehingga aku bersedia, akan aku lamar dia. Tak percaya? itulah aku.

nisaaaaa said...

assalamualaikum kak. minta izin share ya..

FiNa said...

sila, sila..... :)

Nina Taufik said...

saya suka sangat post nih!