Thursday, October 7, 2010

Kahwin? Mesti ke?

Assalamualaikum.

Fuh... Lama juga tak update blog ni. Haha... Terbatuk-batuk pulak bila tetiba nak mulakan cerita sebab dah berhabuk sikit-sikit blog aku ni.Ehehehe... Entry kali ni, kahwin. Entry ni bukan berniat menyindir sesiapa yang belum berkahwin. Jadi, janganlah terasa pulak ye.


KISAH PERTAMA.

Beberapa hari lalu, aku menggodek-godek FB salah seorang kawan lama (Dia tua setahun je dari aku). Tiba-tiba ternampak dia berpelukan mesra bersama seorang lelaki yang sememangnya aku tak kenal. Cantik pula tu baju diorang. Macam baju pengantin. Bila godek-godek FB dia, rupa-rupanya mereka dah menikah. Tak jemput aku sebab katanya nikah saje. Belum bersanding pon. Nanti bila bersanding, insyaAllah jemput aku. Wah... dah jadi bini orang rupenye kawan aku sorang ni. Haih~

KISAH KEDUA.

Tadi ada kelas Material Science kat kampus. Macam biasalah, nota mesti tak print lagi. Chiss... Sebenarnya memang aku dah print. Tapi rupa-rupanya topik yang aku print ni dah ketinggalan zaman. Rupa-rupanya topik ni dah belajar. So, topik harini punya aku belum print lagi la.

So balik je dari kelas, terus aku menuju ke kedai print. Almaklumlah, aku mana ada printer sendiri. And kebetulan aku nak photostat sekali notes untuk budak-budak kelas. (Baik kan aku?) :D Masa tengah menuggu photostat tu siap, tiba-tiba terdengar satu perbualan antara salah seorang pelanggan wanita dengan pekedai:

" Kak, kat sini boleh print kad kahwin tak?"
"Boleh~"
"bla.. bla.. bla..." 

Gulp! Kad kahwin? Spontanious aku memandang kearah suara tu. Wah... Dia datang bersama seorang lelaki. Mungkinkah bakal laki dia?

KISAH KETIGA.

Aku dah sampai rumah selepas habis kelas. Tapi aku kene keluar balik sebab nak pulangkan buku yang digunakan untuk photostat tu. So, prenggg! mulakan perjalanan. Lepas tu tiba-tiba ternampak satu kereta ni lambat je berjalan. Bila aku jenguk kedalam kereta terdapat 2 orang wanita terjenguk-jenguk satu rumah kosong tu. Gaya macam budak politeknik @ UiTM nak cari rumah sewa je.
"Pit! Pit!" aku mengehonkan moto."Cari rumah untuk sewa ke?" Dia angguk-angguk."Saya ada satu bilik kosong kat rumah tu. Bolehlah kalau nak duduk sekali."
"Errr.... Tapi saya nak cari rumahlah, sebab nak duduk lepas kahwin. Takpelah dik. Terima kasih... :) Tau tak mana nak cari rumah sewa kat sini?"
"Errr... Kalau kawasan rumah teres memang susah sikitlah kak. Tapi kalau kawasan rumah flat tu banyaklah kot." dia pun tersenyum tawar. "Er... takpelah kalau macam tu saya pergi dulu ye." sambung aku lagi lalu berlalu pergi.
KISAH TAMAT. 



Dari pengamatan aku, ketiga-tiga kisah ni sangat dekat dengan aku sebab berlaku pada semalam dan hari ini. Jadi? Apakah maknanya? Takkan tanda-tanda kene kahwin juga ni? Oh Tidak! Tapi macam mana pulak kalau terpaksa kahwin juga? Contohnya macam kes kat bawah ni.







Tapi ingin aku ingatkan di sini bahawa kes di atas bukan kes aku ye. Tapi kes seseorang yang lain.

Baiklah, ada pendapat lain?

p/s: tengah fikir nak buat entry apa untuk Blog Action Day. [sila rujuk di sini] Walaupun aku tak aktif dalam dunia blog ni, tapi  insyaAllah aku akan ambil bahagian. Tak salah kan untuk support sesuatu yang baik macam ni.

Wassalam.

2 comments:

Naz said...

bila ko nak kawen?? hahahaha!!!!!!!!!!!!

Along Fina said...

eh?? aku pulak?? ko la... bile ko nak kawen??? ahaha