Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Awesome! IniAnwarHadi + aimanazlan90!

Assalamualaikum!

Waaaaaaaaargh! Nak terjerit aku excited! Video promot Ramadhan yang paling memberi kesan untuk aku. Jangan salah faham, aku excited bukan sebab gerangan manusia kat dalam tu, tapi sebab tengok excitedness mereka membuatkan aku turut excited nak sambut ramadhan tahun ini!!! Tengok video ni!

Versi Anwar Hadi (Malay)


Versi Aiman Azlan (English)


Cool heh? best gilaaaaa dorang. Kalau colaborate dengan matluthfi90 mesti lagi gempak.

Klik [IniAnwarHadi] , [aimanazlan90] , [matluthfi90] dan [KakAlongFina] untuk channel mereka!

Baik, sampai di sini.

p/s: tengah serabut pasal UniFes_11

Wassalam. :)

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Assalamualaikum...


Siapa yang tak kenal Ben Ashaari? Semua orang pasti kenal punya kan? Terutama yang kaki blog la kan. Dia dah mula nak buat projek baru. Aku selalu jadi silent reader je kat blog beliau. Oke, klik pada gambar untuk ke blog beliau.  :) Itu saja untuk harini. 

Wassalam...

Sunday, November 7, 2010

Saya suka burung ni. Comel lah.Korang mesti suka jugak kan? - Laman Sosial

Assalamualaikum. Hari ni aku nak bercerita tentang laman sosial yang pernah menjebakkan aku ke kancah kepuasan dunia ni. Ececehhh~


Tagged


Gambar: Tagged aku

Aku pernah terjebak dengan Tagged ni. Yang ni lagi ramai friend request. Minimum 1 hari 7-8 friend request aku boleh dapat. Dan hingga sekarang, aku ada friend sebanyak 2579 orang dari seluruh penjuru dunia. Kalau dulu, bilangan 'Online Now' sangat banyak beratus-ratus. Tapi sekarang, lihatlah sendiri kat foto di atas. Tu belum lagi inbox, comments, love, match, group, buletin dan macam-macam lagi. Ramai dalam kalangan mereka yang terlibat dengan Tagged ni adalah untuk main game, selain cari awek-awek seksi. Sumpah seksi! Bukan sahaja perempuan, yang lelaki dan ala-ala perempuan pon seksi. Tapi yang ala-ala lelaki tak seksi pulak. Huhuhu... Dah lama gila aku tak bukak tagged ni. Baru je ni bukak. Lepasni ingat nak off terus. Dah lama fikir sebenarnya. Tapi macam tak sampai hati pulak. Sebab Tagged ni pernah mempengaruhi hidup aku. Dan sebabaku pernah boring dengan Tagged ni dulu, aku mula berjinak-jinak dengan Blogspot awal tahun 2009. Banyak buletin dalam Tagged ni aku publish kat blog. Lama dah aku bukak blog ni rupanya. Huhuhu...

MySpace

Gambar: MySpace aku



Aku agak terlewat buka MySpace berbanding kawan-kawan aku. Selalu sangat kawan-kawan aku tanya, "ko ada MS tak?" dan aku balaslah "MS tu apa?" Huuuuuuu... sungguh ketinggalan. Then satu hari aku buka juga akaun MySpace. Tapi tak sempat merasa keseronokan MySpace sebab aku lebih suka layan FB. Masa tu FB belum terkenal lagi.




Twitter

Gambar: Google


Comel kan burung-burung kat atas ni? Cute. Aku dah ada burung ni. So sila follow aku di tweeter saya ini. Hehe... Sebenarnya cuma nak cakap, followlah aku kat twitter. Kepada yang dah follow, terima kasih. Aku pun dah follow semua follower aku. Sebenarnya dah lama dah aku ada twitter. Macam best je aku tengok semua orang ada twitter. Aku pon mau jugak lah. So, jangan lupa follow aku.

Churp Churp

Gambar: www.churpchurp.com


Comel kan? Sebenarnya aku baru je bela burung kat atas ni. Sangat comel. Aku tiba-tiba teringin, then terus sign up. Wah, macam tamak je? Aku tak kira. Burung ni sangat comel. Aku suka. Aku dah letak kat sidebar blog aku dah pun. Huhu...  




Facebook


Gambar: Home aku

Tengok friend request aku. Banyak gile. Ni pon aku dah banyak approve orang yang aku tak kenal tapi ramai mutual friend. Dan banyak jugak yang aku dah approve lepas tu remove balik. Yang aku klik not now lagilah tak terkira. Sekarang pakai not now erk? Dulu pakai ignore kan? Ni tinggal yang mutual friend kurang daripada 5 la lebih kurang. Aku tak suka sebenarnya banyak sangat berkawan dengan orang yang tak kenal. Kecuali blogger. Kalau mereka kata mereka adalah blogger, memang aku approve. Teringat pula dulu antara friend yang terawal kat FB adalah rakan-rakan blog sahaja.


Ada juga laman sosial lain yang aku join. Tapi disebabkan aku tak berminat + tak reti nak guna, aku buat bodo je. Contohnya Friendster,  Lifestyle amendantah. Oye, Wordpress pon aku ada juga. Tapi masih dalam pembaikpulihan lagi. IMVU pon still guna lagi. Cuma jarang buka.

Okey, konklusinya, ni adalah kronologi laman sosial yang aku sertai:

1. MySpace
2. Yahoo Messanger
3. Facebook
4. Frienster
5. Lifestyle amendantah
6. Tagged
7. Blog
8. Wordpress
9. Twitter
10. IMVU

Pergh! sampai sepuluh?! Okeylah, itu sahaja setakat ni.


p/s: Pagi tadi, sebelum aku solat subuh. Bukak Facebook. Kecoh pasal Liverpool kalahkan Chelsea 2-0. Pergh! biar betul. Hebatlah Liverpool sekarang. Ke kali ni aje? Ups!

p/s/s: Tajuk entry macam lari je? Korang punya sejarah pulak cammana?

Wassalam.



Tuesday, November 2, 2010

Terima kasih kerana melawat.

Assalamaualaikum.

Wah... Baru je melepasi satu hardcore paper. Tension lah. Susah. Okey, mungkin salah aku sebab kurang study. Hope sangat lecterer baik hati sangat-sangat untuk bermurah hati memberi markah. Kalau jadi betul memang miracle lah Huh? adeke miracle jenis macam tu?

Kebelakangan ni, aku tengok makin ramai yang menjejak ke blog ni. Terima kasih sangat-sangat. Mungkinkah sebab beberapa kali berturut-turut masuk contest menyebabkan ada yang tertarik untuk ke blog ini? Entahlah. Tak dapat dibuktikan setakat ni. Sebab mereka yang menjejak hingga ke blog ini hanya meninggalkan jejak di Shoutbox sahaja. Bukan meninggalkan komen. Sedihnya.

Tapi, apapun, terima kasih ya! Disebabkan aku tengah busy final exam ni, lambat sikit aku jejak korang balik, okeh? Terimalah lukisan diatas ni seadanya sebab aku tak reti buat benda macamni yang lawa-lawa. Yang versi Paint pon jadilah ya? Lukis guna jari ni! Hehehe...

Okeylah. Nak sambung study. For those yang akan menghadapi final exam,Good Night! eh?!!! Good Luck!

Wassalam....

Sunday, October 31, 2010

it's our very first anniversary GA!!

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Waa~ Rajinnya aku update blog. Hehe... Sebenarnya aku update kali ni sebab masuk contest. Haiyyyak! rajinnya masuk contest kebelakangan ni. Padahal tengah musim final exam ni. Rabu ni ada paper kottt! Hahaha... Bagus juga masuk contest ni. Atleast takdelah blog aku berhabuk je sebab tak update. Haha...


Ha, itu dia banner si penganjur contest. Cik Lulu. Comel je dia. Ni link ke blog dia [klik sini]. Kalau nak link kat contest ni, klik saja pada banner diatas. Jom ramai-ramai join! Contest ini sengaja beliau buat bersempena anniversary dia dengan Encik Faiz pada 23/11/2010 nanti. Waah... Sweet gitu. Hahaha... 

Happy anniversary Cik Lulu dan Encik Faiz! Semoga jodoh berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.

Er... mula-mula ingat nak letak gambar Cik Lulu kat sini. Tapi takut Encik Faiz ramai saingan pulak. Ye tak? Jadi aku letakkan gambar Cik Lulu bersama dengan Encik Faiz... Jangan marah.  ^_^



Terima kasih Cik Lulu sebab buat contest ni. Sebenarnya aku baru je mula berjinak dengan contest-contest ni.

Sampai di sini sahaja. InsyaAllah esok aku update blog lagi. Wassalam.

Saturday, October 30, 2010

Contest Review Blog Dauspozi.com

Assalamualaikum.

Korang pernah dengar nama Dauspozi ni? aku pernah. Junior aku masa kat MRSM dulu. Mula-mula aku masuk blog ni, mati-mati aku ingat junior aku tu. Lepas aku godek-godek blog ni, agak mustahil bertahil-tahil la junior aku. Hahaha... (gelak jahat)

Huuuu... Punyelah aku pulun study (poyo) untuk final exam sampai aku terpaksa menyahut contest ini pada saat-saat akhir. Huhuhu... Maafkan saya Encik Dauspozi.


Ha, ini lah rupa blog dia. Smart kan?  Hijau je. Aku suka hijau. Ingat hijau, ingat Daus. Ececeh~ Hijau merupakan warna kedua kegemaran aku la. Warna pertama kegemaran mestilah pink. Hahaha... 

Aku suka blog ni sebab ada ruangan tutorial tu. Banyak aku nak buat macam dia ajar tu. Tapi disebabkan aku tengah musim final exam ni, terbantut pulak. Nanti tengokla lepas final, inysaAllah berubah besar blog aku... Hahaha... (gelak bangga pulak)

Aku jeles kat blog ni sebab ada dropped Shoutbox yang sangat smart. Adoi...  Dulu aku ade la jugak cuba cari tutorial untuk buat shoutbox camtu. Tapi macam tak jumpa je. Nanti aku nak godek balik kat blog Dauspozi ni. Mane tahu ade kan... ^.^

Gaya penulisan dia, slamba~ tu aku suka. Selamba je. Tak formal. Lawak pun ada. Tapi memang mostly blog yang aku baca slambe je semua. Kalau tak, memang aku tak baca. Kawan-kawan memang patut baca lah! Best~

Biasanya bila aku pergi blogwalking tempat dia (pernah sekali), aku jadi silent reader je. Pergh!!! Ringan je blog dia. Blog aku, loading cam nak tua menunggu. Hadoi... Huhuhu... so mungkin dia tak kenal aku, atau tak pernah datang blog aku ni. So, bila Encik Dauspozi datang, aku ucapkan SELAMAT DATANG lah ye. 

Dan yang terakhir, benda yang aku terkezut gila bangang punya. Sebab Dauspozi ni sebenarnya berumur 16 tahun! Whatttt?!!! Sebaya dengan adik lelaki aku. Adehhh... malu sudah. Sebab budak lebih muda  dari aku berjaya buat blog lebih gempak dari aku. Tapi aku bangga juga lah... Sebab budak ni mungkin suatu hari nanti mampu menjadi blogger tersohor seantero dunia. Hahaha... Dik, blog, blog jugak.  Belajar tu jangan terkucil pulak ye.  (nasib baik ko kiut. Kalau tak, memang aku dah suruh ko berhenti main blog ni. Hehehe...)

*Picture removed*

Ha, inilah Encik Dauspozi. Kacak bukan? Wanita di luar sana, nak bagi tau, MUNGKIN beliau belum berpunya. So, tunggu ape lagi? Cepat! Cepat! Hehehe...

So, ini dia link ke blog Dauspozi (Dot) Com. [Klik sini] Selain ini, aku juga dah tampal banner Dauspozi kat sebenah nun ha.





Ni dia punya banner untuk contest kali ni.

Wa... ramai tu sponsor dia!

Pergh!!! Follower lagi la ramai~

Antara kategori yang ada dalam blog hijau Dauspozi. Hambik! Semua ada~

Tengok pulak trafik dia. Cam tak percaya je mamat ni 16 tahun... Huhuhu... jeles... jeles!





Okey lah. Harap Encik Dauspozi berpuas hati dengan hasil kerja saya. Hehehe...

Contest Review Blog Dauspozi.com ini ditaja oleh Ihosterz, Yanmie, Mantra, Che Noorazma, Noridah, Fareed Sairi dan Yiedpozi.

Wassalam...

Thursday, October 7, 2010

Kahwin? Mesti ke?

Assalamualaikum.

Fuh... Lama juga tak update blog ni. Haha... Terbatuk-batuk pulak bila tetiba nak mulakan cerita sebab dah berhabuk sikit-sikit blog aku ni.Ehehehe... Entry kali ni, kahwin. Entry ni bukan berniat menyindir sesiapa yang belum berkahwin. Jadi, janganlah terasa pulak ye.


KISAH PERTAMA.

Beberapa hari lalu, aku menggodek-godek FB salah seorang kawan lama (Dia tua setahun je dari aku). Tiba-tiba ternampak dia berpelukan mesra bersama seorang lelaki yang sememangnya aku tak kenal. Cantik pula tu baju diorang. Macam baju pengantin. Bila godek-godek FB dia, rupa-rupanya mereka dah menikah. Tak jemput aku sebab katanya nikah saje. Belum bersanding pon. Nanti bila bersanding, insyaAllah jemput aku. Wah... dah jadi bini orang rupenye kawan aku sorang ni. Haih~

KISAH KEDUA.

Tadi ada kelas Material Science kat kampus. Macam biasalah, nota mesti tak print lagi. Chiss... Sebenarnya memang aku dah print. Tapi rupa-rupanya topik yang aku print ni dah ketinggalan zaman. Rupa-rupanya topik ni dah belajar. So, topik harini punya aku belum print lagi la.

So balik je dari kelas, terus aku menuju ke kedai print. Almaklumlah, aku mana ada printer sendiri. And kebetulan aku nak photostat sekali notes untuk budak-budak kelas. (Baik kan aku?) :D Masa tengah menuggu photostat tu siap, tiba-tiba terdengar satu perbualan antara salah seorang pelanggan wanita dengan pekedai:

" Kak, kat sini boleh print kad kahwin tak?"
"Boleh~"
"bla.. bla.. bla..." 

Gulp! Kad kahwin? Spontanious aku memandang kearah suara tu. Wah... Dia datang bersama seorang lelaki. Mungkinkah bakal laki dia?

KISAH KETIGA.

Aku dah sampai rumah selepas habis kelas. Tapi aku kene keluar balik sebab nak pulangkan buku yang digunakan untuk photostat tu. So, prenggg! mulakan perjalanan. Lepas tu tiba-tiba ternampak satu kereta ni lambat je berjalan. Bila aku jenguk kedalam kereta terdapat 2 orang wanita terjenguk-jenguk satu rumah kosong tu. Gaya macam budak politeknik @ UiTM nak cari rumah sewa je.
"Pit! Pit!" aku mengehonkan moto."Cari rumah untuk sewa ke?" Dia angguk-angguk."Saya ada satu bilik kosong kat rumah tu. Bolehlah kalau nak duduk sekali."
"Errr.... Tapi saya nak cari rumahlah, sebab nak duduk lepas kahwin. Takpelah dik. Terima kasih... :) Tau tak mana nak cari rumah sewa kat sini?"
"Errr... Kalau kawasan rumah teres memang susah sikitlah kak. Tapi kalau kawasan rumah flat tu banyaklah kot." dia pun tersenyum tawar. "Er... takpelah kalau macam tu saya pergi dulu ye." sambung aku lagi lalu berlalu pergi.
KISAH TAMAT. 



Dari pengamatan aku, ketiga-tiga kisah ni sangat dekat dengan aku sebab berlaku pada semalam dan hari ini. Jadi? Apakah maknanya? Takkan tanda-tanda kene kahwin juga ni? Oh Tidak! Tapi macam mana pulak kalau terpaksa kahwin juga? Contohnya macam kes kat bawah ni.







Tapi ingin aku ingatkan di sini bahawa kes di atas bukan kes aku ye. Tapi kes seseorang yang lain.

Baiklah, ada pendapat lain?

p/s: tengah fikir nak buat entry apa untuk Blog Action Day. [sila rujuk di sini] Walaupun aku tak aktif dalam dunia blog ni, tapi  insyaAllah aku akan ambil bahagian. Tak salah kan untuk support sesuatu yang baik macam ni.

Wassalam.

Thursday, May 14, 2009

perhatin kepada semua rakan2 blog!!!

assalamualaikum...
er..
camne nak mule ye???
ermm...
camni,
aku pumyer novel tu, da tak cukup nama...
i meant,
aku da buntu nak taruk name ape...
so,
boleh tak kalau aku nak taruk nama rakan2 blog sekalian???
huhu~
aku dah buntu la..
huhu~
segala kerjasama rakan2 sekalian
aku dahului dgn ucapan jutaan terima kasih..

hu~

.:FiNa:.