Ha, kenal tak siapa kat atas tu? Hensom kan? Harini aku nak cakap pasal kebaikan Mukabuku @ Facebook yang sudah menjadi sebahagian dari hidup kita. Kebaikan sahaja, keburukan, banyak. Tapi itu lain ceritalah. Kebaikan ni yang pernah terjadi pada aku jelah. Kalau untuk orang lain tak tahu lah kan.
1. Cari saudara jauh. Ok, ini biasa saja. Sebab yang standard.
Pagi tadi, aku baru je ter-track balik saudara jauh aku. Wah, memang jauh. Sekarang sedang belajar di Mesir. Ouh.. sebelum ni tak pernah terjumpa dia pon? Memanglah. jauh sangat-sangat. Macam mana boleh terjumpa profile dia? Sebab dia ramai mutual friend dengan saudara mara aku. So bila aku add, rupa-rupanya memang dia saudara aku. Huhu..
2. Medium dakwah
Aku suka baca notes dalam Facebook tu. Kalau dalam bahasa blogger, post la tu. Cuma itu mereka publish di Facebook. Memang bagus. Sekurang - kurangnya menjadi medium untuk berdakwah. Dan kalau aku rasa suka pada artikel tu, aku akan publish kat blog. Tapi mestilah kredit balik kepada mereka tu. Kalau tak, plagarism (eh betul ke aku eja?) namanya. Dan kalau kat UiTM, kes plagarism ni memang menjadi kes yang dipandang serious. Maunya kena saman.
3. Penaik semangat.
Kadang-kadang, kalau aku frust, mesti tulis kat status Facebook kan. Dan bila status macam tu, biasanya ada je orang yang nak komen. Kadang-kadang ada juga beri kata-kata semangatlah, harapan baru. Lagi-lagi kalau pengomen tu adalah sorang yang kita rapat. Bagus la macam tu kan. Tapi banyak lagi kemungkinan lain.
Okeylah. Sampai disini sahaja. Jaga diri, jangan nakal-nakal.
p/s: Tapi tak bestnye bila baca keburukan Facebook. Hampeh lah.
Wassalam.
5 comments:
guna muka buku dengan seadanya..jangan smpi mengadap bende tu je memanjang...huhu
huhu...
ups~ saya macam terasalah abg fitri.. haha
along2..jgn bagi alasan nak fb.hehe
senang nak buat reunion
x lost contact, dapat cari kawan2 lama
@Seri
betul kata kak seri.. hehe
Post a Comment