Friday, June 28, 2019

Pengalaman & itinerary bercuti ke Pulau Jeju, Korea Selatan.

Assalamualaikum.

Hai semua. Lamanya tak update blog ni. Bersawang, berhabuk dah.

Maaf aku sekarang ni memang pemalas nak update blog. Mungkin sebab kewujudan Facebook dan Instagram. Tapi tak apa. Kita catch up dulu mana yang boleh. Okay? hehehehe...

Okay nak cerita sikit ni. Haritu bulan Mac 2019 aku join satu trip pergi ke Pulau Jeju (Jeju-do dalam bahasa Korea), Korea Selatan. Aku join trip agency bernama Trip Adik Beradik. Harga okaylah. RM2990 tak silap aku. Trip untuk 5 hari 4 malam. Best gila weh. Berbaloilah untuk harga tu. Dahlah aku bayar ansuran RM300 setiap bulan. Jadi dalam 10 bulan setellah bayaran aku semua. Lepas tu rajin pulak tu melayan segala soalan dan kerenah aku. Hehehe... Kami pergi semasa awal musim bunga. Tapi tulah, silap time. Kami punya jadual ni jatuh pada awal musim bunga dan lewat musim sejuk. Jadi, tak sejuk sangat macam musim sejuk, tapi bunga tak berapa kembang sangat macam musim bunga.

Okay jom tengok apa aku punya itinerary. Tapi aku tak reti sangat nak buat itinerary ni. So aku share apa yang aku tau dan ingat je la ye. Aku dah lah short term memory punya orang. So tak berapa nak ingat sangat sebenarnya. Hahaha... Fina memang sengal dari dulu sampai sekarang.

Hari Pertama

Kami berkumpul kat Starbuck KLIA2 pada 4 pagi. Dalam pukul 7 pagi kami dah masuk kapal terbang. Then kami sampai ke Pulau Jeju dalam pukul 4 petang. Boleh tahan kematu jugak la buntut aku. Aku pergi dengan kawan aku Miza. Kami pun badan tak berapa kurus, jadi ko boleh bayangkan tak macammana himpitnya kami duduk 3 orang (dengan salah seorang peserta yang badan pun tak kurus sangat), dengan duduk kat kerusi Air Asia X yang sempit tu? Aku rasa macam nak semput wey. Kesian buntut aku, panas. Sakit pinggang. Nak tidur pun tak seberapa lelap lah.

Inilah peserta yang mengikuti trip kali ini. 14 orang dan beberapa kru Trip Adik Beradik. 


Pemandangan dari atas awan. Cantik kan? Terpesona aku tengok wey.
 Rasa kagum dengan ciptaan Ilahi.


Ini kami punya tourguide. 

Jeju Stay Hotel

Sepanjang 4 malam, kami tinggal di Jeju Stay Hotel ni. Tak sure berapa bintang. Maybe 3 bintang kot. Tak apa, asalkan selesa. Kami tidur 2 orang setiap bilik. Setiap orang dapat katil single. Okay la kan? 



Jeju Dongmun Market

Setibanya kami ke hotel, kami letak beg, rehat kejap, terus bersiap untuk ke Jeju Dongmun Market. Macam pasar malam, pasar basah. Dipenuhi dengan jualan makanan dan buah-buahan.

Pintu masuk Dongmun Market


Kedai-kedai hipsturrr di sekitar pasar.

Ahjumma~~~


Ni antara souvenir yang boleh dibeli di Jeju-do. Mostly memang inilah rupa keychainnya.Memang patung ni merata ada kat Jeju-do ni. Ada orang kata ini rupa berhala masyarakat di Jeju-do.


Paling best kat Jeju-do adalah buah-buahan depa. Segar dan manis. Pergh!!! Strawberi dia manis woi. Benda paling aku rindu kat Jeju-do adalah strawberi manis dia. Tak mustahil wey aku nak kembali ke Jeju-do hanya untuk makan strawberi ni. Beli, terus makan. Jangan masuk peti ais. Nanti tak segar. Aku ada beli lebih, masuk peti ais, jadi beku. bila defrost, strawberi tu dah lonyot. Emmmm lonyot tu apa ya dalam Bahasa Malaysia? Lonyot tu bahasa jawa tak silap. 


Hari kedua

Good morning! Wah rasa fresh sangat. Pagi di Jeju-do sangat sejuk. Kira-kira dalam 10C. Pagi tu kami sarapan apa yang disediakan oleh pihak hotel. Almaklumlah, makan free siapa tak mau kan? Hehehe... Tapi sebagai muslim tak bolehlah makan sebarang daging dia. Sebab tak halal. Oh lupa nak bagitau. Pelancong di Jeju-do tidak dibenarkan membawa sebarang daging dari negara luar. Kalau kantoi kene denda wey. (Tapi sebenarnya aku bawa juga Pek Kembara). So kami cuma makan nasi dan sup sayur. Ada juga disediakan roti, butter dan jem. Terpulang pada keyakinan masing-masing kalau nak makanlah ye.

Jalan ni dipanggil tree tunnel. Kalau bunga dia dah kembang mesti cantik. Alahai sayangnya tak dapat tengok bunga kembang masa ni.

Jeju-do terkenal dengan buah limau ni. Nama limau ni tak pastilah. Yang pasti bentuk limau ni pelik sikit. Nanti aku tunjuklah bentuk dia. Pokok limau ni berlambak ada kat tepi-tepi jalan di sini. Tapi tourguide kami kata yang kat tepi jalan ni kualiti kurang bagus. Yang berkualiti tinggi, owner tanam berpagar dan dijaga rapi. Kawan aku ada juga yang petik. Tapi aku tak petik sebab aku jenis cepat sakit tekak kalau makan limau.


Mysterious Road

Mysterious road ni mempunyai tarikan graviti yang pelik. Jalannya agak berbukit. Tapi bila golekkan botol, botol tu bergolek naik ke atas. Pelikkan? Tapi tak ada siapa dapat merungkai misteri graviti itu. Mungkin ada dijelaskan di batu bersurat di belakang aku posing tu, tapi tak faham pula bahasa Korea ni.



Jeonbang Waterfall

Mereka kata Jeonbang Waterfall ni istimewa sebab waterfall ni terus bersambung dengan laut. Bayaran masuk ke kawasan ni adalah 2000 Won atau kira-kira RM8.


Fresh Abalone

Fresh Orange Juice























Alamak ada hal lah. Korang komen dulu. Kejap lagi ada masa aku sambung ye.