Saturday, November 6, 2010

[Gambar] Ular yang sangat besar. Takut!

Assalamualaikum.

Sebenarnya post untuk harini aku dah post dala pukul 2.00 pagi tadi. Tapi tak tahu kenapa bila publish dia tulis hari Jumaat. Sesiapa boleh tolong jelaskan?

Okeh, kali ini aku nak post gambar-gambar ular yang besaaar punya. Pergh! Takut gila bila ada kat depan mata. Sumber ni, dari email. Tapi kesasihan, tak tahulah. 

Layankan aje...

Ular dalam bulatan. Besar dan panjang!



Ular panjang gilakkk!




Pergh! beratnye ular tu.








Lariiiiiiii! 



Nyummy~

Ha, macam mana? Seram tak? Kalau korang rasa tak seram bila ular-ular ni ada kat depan korang, baik korang jumpa doktor. Err... Kalau boleh doktor mental lah ye. 

Okey, sampai di sini. 

p/s: Aku dah ada banner. So, jomlah kita tukar-tukar banner. Like it! Thanks to Apyzs.

Wassalam.

Friday, November 5, 2010

GiveAway Domain From MelRomeo.Com




GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM
Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS
5. Fifie
MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM

Thursday, November 4, 2010

Deepavali dan Group Usrah Muslimah

Assalamualaikum.

Semalam tak sempat nak update blog. Sebab semalam sakit mata. Macam tak boleh nak buka mata dah. Sebab semalam aku tak tdur waktu malam sebelumya. Study. Pergh. Pening kepala sangat. Mata pon macam tak boleh nak bukak. Tapi, alhamdulillah, masa nak jawab exam boleh jugak buka mata dan berfikir secara waras.

Eh, hampir terlupa. Malam tadi mak aku telefon. Beliau kata kat luar rumah meriah dengan bunyi letupan mercun. Mula-mula aku hairan. Tapi bila ingat balik bahawa ramai jiran aku yang menyambut Deepavali, hairan pun lari dari aku. Ouh.... So, Selamat Hari Deepavali kepada jiran-jiran saya dan kepada semua yang menyambut Deepavali, terutamanya, blogger yang menyambutnya.




Dua hari lepas aku ada membuat satu group baru kat Facebook. Usrah Muslimah. Dengar namanya sahaja pun boleh tahu kan apa tujuan  group tersebut. Tergerak hati untuk buat group ni sebab nak manfaatkan teknologi dan menjalankan apa yang terdaya sebagai da'ie. Group ini digalakkan kepada akhowat (muslimah) dan tidak digalakkan kepada ikhwan (muslimin) bagi mengekalkan niat untuk berhubung secara terpelihara. Harap muslimin faham sendiri.


Jika korang tergerak hati untuk masuk group ni secara ikhlas, masuklah. Tiada paksaan. Kalau tak nak pun tak apa. Sebab itulah aku nak buat tutorial ni ha.


Di atas ni adalah page untuk group tersebut. Tapi aku dah minimizekan hanya untuk apa yang perlu sahaja. Ada kawan-kawan aku yang kata tak reti nak guna group dan ada yang tak puas hati tentang kewujudan group. So, kat sini aku nak buat tutorial mengikut nombor diatas tentang apa yang aku tahu kepada orang  yang masih tak tahu. Yang dah tahu tu, kalau lebih tahu, sila beri tunjuk ajar kat ruangan komen ya?

Kalau korang tak suka bila tengah syok-syok layan Facebook, tiba-tiba tup! keluar group chat messages. Mungkin korang rasa rimas. So, korang klik nombor 1 tu, dan untick untuk 'Send me group chat messages'. Selain tu, kalau korang tak suka email dari group asyik masuk dalam email korang, korang untick jugak 'Email notification to: blablabla'.

Bila korang nak mulakan group chat messages tu, klik saja nombor 2. Maka akan keluarlah seperti yang di tunjukkan.

Kalau korang nak tambah ahli dalam group ni, klik saja nombor 3. Tapi kalau tak suka group ni, klik nombor 4, maka korang akan terkeluarlah dari menjadi members group itu. 

Oleh sebab rupa page group ni macam pelik, mungkin korang tak tahu nak post kat wall cammana, so korang boleh klik nombor 5 untuk share status kat wall ni. 

Hurm... Korang faham ke? Aku ajar alakadar je. Huhu... Tak reti sebenarnya nak membuat tutorial ni. Munkin sebab selalu malas menjawab tutorial kat kampus. (Eh, ada kaitan ke?)

Ha, sesiapa yang berminat nak jadi admin untuk group ni, sila bagitau aku. InsyaAllah, kalau aku berkenan, aku akan lamar korang untuk menjadi admin.


Aku nak tahu, ada tak antara korang yang tahu macam mana nak masukkan aku punya 'Blog orang popular, Kelab dan Sekolahku & Rakan-rakan Blog' kat sebelah tu kepada page? Tolong ajarkan. Huhuhu...

Gambar di bawah khas untuk follower yang baik hati. Sila ambil dan buatlah apa-apa yang patut.             :D



Okeylah. Sampai di sini sahaja. Sebarang feedback amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Tuesday, November 2, 2010

Terima kasih kerana melawat.

Assalamaualaikum.

Wah... Baru je melepasi satu hardcore paper. Tension lah. Susah. Okey, mungkin salah aku sebab kurang study. Hope sangat lecterer baik hati sangat-sangat untuk bermurah hati memberi markah. Kalau jadi betul memang miracle lah Huh? adeke miracle jenis macam tu?

Kebelakangan ni, aku tengok makin ramai yang menjejak ke blog ni. Terima kasih sangat-sangat. Mungkinkah sebab beberapa kali berturut-turut masuk contest menyebabkan ada yang tertarik untuk ke blog ini? Entahlah. Tak dapat dibuktikan setakat ni. Sebab mereka yang menjejak hingga ke blog ini hanya meninggalkan jejak di Shoutbox sahaja. Bukan meninggalkan komen. Sedihnya.

Tapi, apapun, terima kasih ya! Disebabkan aku tengah busy final exam ni, lambat sikit aku jejak korang balik, okeh? Terimalah lukisan diatas ni seadanya sebab aku tak reti buat benda macamni yang lawa-lawa. Yang versi Paint pon jadilah ya? Lukis guna jari ni! Hehehe...

Okeylah. Nak sambung study. For those yang akan menghadapi final exam,Good Night! eh?!!! Good Luck!

Wassalam....

Monday, November 1, 2010

Anak-anakku comel bergaya Contest

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Bagi sesiapa yang membaca bukan pada waktu pagi, sila tukarkan perkataan 'pagi' tadi kepada perkataan 'petang' atau 'malam' mengikut kesesuaian. Ya? Hehehe...

Harini aku join contest lagi. Sebab tak tahu nak update apa untuk hari ini. Hehehe... Mungkin sesiapa nak bagi idea? 



Okeylah. Contest kali ini bertajuk Anak-Anakku Comel Bergaya Contest. Alamak, aku belum berkahwin! So macam mana ni? Fuhhh... Nasib baik penganjur kata tak kisah anak saudara atau sesiapa sahaja. Yeay! Di atas ni adalah banner contest. Klik pada banner tersebut untuk terus ke contest post. 

Aku tag kepada Kak Amienna, Kak Farhana, Kak Seri dan sesiapa yang sudi. Yang penting, saya jadi refferal kamu ya. Kalau aku, referral adalah terus ke penganjur sebab aku memang dapat tahu dari penganjur. Huhuhu...


Ha... comel tak? Nama si comel ni Husna. Husna adalah sepupu aku yang paling muda. Ada sepupu aku yang paling tua pulak dah kahwin dan beranak. Kalau aku ni? Errr... tak lama lagi kahwin la kot. Err...

Okeylah, tu sahaja untuk kalini. Harap pihak penganjur berpuas hati. Okeh? Wassalam...