Thursday, November 4, 2010

Deepavali dan Group Usrah Muslimah

Assalamualaikum.

Semalam tak sempat nak update blog. Sebab semalam sakit mata. Macam tak boleh nak buka mata dah. Sebab semalam aku tak tdur waktu malam sebelumya. Study. Pergh. Pening kepala sangat. Mata pon macam tak boleh nak bukak. Tapi, alhamdulillah, masa nak jawab exam boleh jugak buka mata dan berfikir secara waras.

Eh, hampir terlupa. Malam tadi mak aku telefon. Beliau kata kat luar rumah meriah dengan bunyi letupan mercun. Mula-mula aku hairan. Tapi bila ingat balik bahawa ramai jiran aku yang menyambut Deepavali, hairan pun lari dari aku. Ouh.... So, Selamat Hari Deepavali kepada jiran-jiran saya dan kepada semua yang menyambut Deepavali, terutamanya, blogger yang menyambutnya.




Dua hari lepas aku ada membuat satu group baru kat Facebook. Usrah Muslimah. Dengar namanya sahaja pun boleh tahu kan apa tujuan  group tersebut. Tergerak hati untuk buat group ni sebab nak manfaatkan teknologi dan menjalankan apa yang terdaya sebagai da'ie. Group ini digalakkan kepada akhowat (muslimah) dan tidak digalakkan kepada ikhwan (muslimin) bagi mengekalkan niat untuk berhubung secara terpelihara. Harap muslimin faham sendiri.


Jika korang tergerak hati untuk masuk group ni secara ikhlas, masuklah. Tiada paksaan. Kalau tak nak pun tak apa. Sebab itulah aku nak buat tutorial ni ha.


Di atas ni adalah page untuk group tersebut. Tapi aku dah minimizekan hanya untuk apa yang perlu sahaja. Ada kawan-kawan aku yang kata tak reti nak guna group dan ada yang tak puas hati tentang kewujudan group. So, kat sini aku nak buat tutorial mengikut nombor diatas tentang apa yang aku tahu kepada orang  yang masih tak tahu. Yang dah tahu tu, kalau lebih tahu, sila beri tunjuk ajar kat ruangan komen ya?

Kalau korang tak suka bila tengah syok-syok layan Facebook, tiba-tiba tup! keluar group chat messages. Mungkin korang rasa rimas. So, korang klik nombor 1 tu, dan untick untuk 'Send me group chat messages'. Selain tu, kalau korang tak suka email dari group asyik masuk dalam email korang, korang untick jugak 'Email notification to: blablabla'.

Bila korang nak mulakan group chat messages tu, klik saja nombor 2. Maka akan keluarlah seperti yang di tunjukkan.

Kalau korang nak tambah ahli dalam group ni, klik saja nombor 3. Tapi kalau tak suka group ni, klik nombor 4, maka korang akan terkeluarlah dari menjadi members group itu. 

Oleh sebab rupa page group ni macam pelik, mungkin korang tak tahu nak post kat wall cammana, so korang boleh klik nombor 5 untuk share status kat wall ni. 

Hurm... Korang faham ke? Aku ajar alakadar je. Huhu... Tak reti sebenarnya nak membuat tutorial ni. Munkin sebab selalu malas menjawab tutorial kat kampus. (Eh, ada kaitan ke?)

Ha, sesiapa yang berminat nak jadi admin untuk group ni, sila bagitau aku. InsyaAllah, kalau aku berkenan, aku akan lamar korang untuk menjadi admin.


Aku nak tahu, ada tak antara korang yang tahu macam mana nak masukkan aku punya 'Blog orang popular, Kelab dan Sekolahku & Rakan-rakan Blog' kat sebelah tu kepada page? Tolong ajarkan. Huhuhu...

Gambar di bawah khas untuk follower yang baik hati. Sila ambil dan buatlah apa-apa yang patut.             :D



Okeylah. Sampai di sini sahaja. Sebarang feedback amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Wassalam.

1 comment:

Kauthar Afifah Ramli said...

eh eh..utk fifie ke? heee. tq, kte kena tag dari Fina :)