Friday, February 11, 2011

Jika girlfriend anda kata "I'm pregnant!"?

Assalamualaikum....

Malam tadi dengar ceramah dari Imam Muda Nuri Ali Arbain bersempena Maulidurrasul tahun ini. Teringat persoalan yang beliau ajukan di awal sesi, "Apa yang akan terlintas di fikiran kita apabila masuk bulan Februari?" lebih kurang begitulah persoalannya. Tak perlu tipu diri sendiri. Sememangnya Valentine's Day tak asing lagi dalam kepala otak kita. Kan? Astagfirullah.

Kebelakangan ni, bila buka blog je, mesti blogger semua menulis topik yang sama. Bagus. Salah satu medium dakwah yang tak langsung. Tapi terlintas di fikiran, mereka yang berkenaan tu, baca ke apa yang kita tulis ni? Haa... tapi apakan daya, kita cuma mampu menulis. Takkan nak paksa pula kan? 

Tadi on la twitter jap. Jenuh juga nak klik notification. Tapi tweet dari Bro Framestone  menarik perhatian. Terus klik. Situasinya ialah soalan yang akan diajukan oleh boyfriend bila girlfriend beritahu bahawa mereka pregnant. Bro mengutarakan soalan (S) dan ingin aku menyatakan jawapan (J) yang mungkin akan dijawab oleh girlfriend-nya:

Gambar dari BroFramestone
S : Betul ke?

J : Kalau tak betul takde maknanya I bagitau you tau. Baik I bagitau kat blog je. Baru la SEO naik.

S : Mana tahu?

J : I dah test guna pregnancy test yang you bagi dulu tu la... takkan tak ingat kot? Time Valentine tahun lepas la...

S : Anak siapa tue?

J : Anak you lah. takkan anak I kot?

S : Eh bukan dah pakai protection ke?

J : La... you tak ingat ke? Kan time tu you rakus sangat sampai lupa nak pakai. You la, gelojoh!

S : Habis tu nak buat apa?

J : Laa... jomlah kahwin dengan I. Tutup malu I. Ni kalau jiran-jiran tengok malu la choiii~

S: Nak I bertanggungjawab ke?

J : Kalau I taknak you bertanggungjawab, I tak jumpa youlah. Baik I jumpa artis-artis Korea. Dah la hensom. Banyak duit pula tu.

S : Jom gugurkan. Sanggup tak?

J : Err... ok juga. Jomlah temankan I. I takutklah nak pergi sorang-sorang.

S: You pergi sorang-sorang boleh? I hulur je. Cukup tak ni?

J : Err... Mana cukup ni. You ingat gugur anak ni macam bunuh ikan ke?

....

Selepas pengguguran dilakukan...

S : Sakit tak gugurkan?

J : Sakit sangat. Manyesal I tak lahirkan je. Takdela sakit macam ni. I tak larat sangat ni. Sayang, you jaga I eh lepas ni. I memang tak boleh nak hidup sendiri. Ye sayang?

S : Maaf I tak boleh nak jaga you, siapa suruh gugurkan. I fed up la dengan you. You blah dalam hidup I boleh?

J : You! Sampai hati you cakap macam ni? Dulu you kata you sanggup buat apa sahaja untuk I! You kata you sanggup sehidup semati dengan I! You ingat I ni apa? Pelacur ke? Memang la macam pelacur, tapi.... Eh! I bukan pelacur tau! Eiiiiiy! Geram tau!

Ha... Ni antara contoh perempuan bodoh yang terlalu bodoh mempercayai lelaki bodoh. Ha, kah dah dapat bodoh tiga kali ganda. Bagi aku, harta termahal itu sepatutnya hanya menjadi hak lelaki yang bernama suami sahaja. Bukan bakal suami ataupun bekas suami okey!

Choiyyy! -bak kata Imam Muda Nuri.   :)


p/s: ambillah pengajaran. Ye. 


Wassalam...

6 comments:

Bro Framestone said...

menarik.. hope ade yang boleh amik iktibr dari cerita yang banyak SEO nie :)

lagi satu... cite valentine tahun lepas... nak valentine tahun nie baru nmpk hasilnya.. peh setahun menanti tue :)

FEENA ZAIN said...

nice entry...thx 4 sharing...

Naz said...

moralnya... boleh pandang2... jgn pegang2... duduk renggang2.. lalalala..

Taip Saja said...

@naz:betol2..
pandai buat pandai la tanggung..kat dunia kena, kat akhirat pon kene..

Anonymous said...

naz

boleh pandang2....? astarghfirullah. surah an nur ayat 30.

Allah dah berfirman utk dipelihara sifat malu dan menjatuhkan pandangan yg bukan muhrim.

Naz said...

maksud saya tu lirik lagu... terima kasih ingatkan saya..