Sunday, February 6, 2011

Ajaib: Cuti Tahun Baru Cina Buat Aku Jadi Terlebih Rajin?

Assalamualaikum... 

*Sebenarnya aku nak post entry ni hari Ahad, tapi macam mood tak sampai pulak. So terlanjur pula post hari Isnin.Huuu~

Gambar ini menunjukkan masih ada nyawa
yang terancam di sana. Tiada kaitan dengan entry.
Hanya iklan.   :)

Wargh~ 
Penat. Sabtu malam Ahad aku tiba di Pulau Pinang dengan semangat luar biasa! Pagi-pagi dah bangun terus capai buku Calculus II dan menuntut tunjuk ajar dari sifuku bernama Humairah. Memang mantop sifuku ini.. Oh ya, aku pecah rekod la time cuti haritu. Buat homeworks Calculus II sampai habis! Pergh.. tak pernah aku sentuh buku masa cuti sebelum ni. Haha...

Seterusnya misi mengemas rumah. Habis clear tempat aku. Sebelum ni serabut macam hutan simpan. Sekarang dah kemas dan cantik (dari pandangan mata sendiri la...) Yela, kebersihan kan sebahagian daripada iman. Kalau tempat kotor, memang tak melambangkan diri sebagai Muslimah sejati. Ececehh.. Sebenarnya itu pesanan untuk diri sendiri. Hahaha...

Basuh baju. Haduh. Inilah kerja yang paling malas aku nak buat. Tapi disebabkan oleh paksaan Humairah, dah macam mak aku dah minah ni, aku basuh jua akhirnya. walaupun pada lewat  petang. Hoho.. Pagi suruh buat, petang baru jalan. =.="

Sebelum maghrib, sempat lagi aku basuh bilik air. Punyelah aku sental sampai berkilat. Hahaha... Aku ingatkan Biozip hanya mampu menanggalkan kotoran degil pada pakaian sahaja, tak sangka mampu menanggalkan kotoran degil pada dinding bilik air juga. Terima kasih Biozip! (iklan sekejap. Haha...)

Meeting. Waah, tengah cuti ni pula depa nak buat meeting. Tak pasai-pasai aku kena start enjin moto. Susah bebenau. Almaklumlah dah seminggu beliau tak di-start enjinnya. Papa aku kat rumah dah bising sebab aku tak tukar lagi minyak pelincir. Bukan sebab takde duit. Tapi sebab malas nak menyinggah. Aku fikir dari menyinggah ke kedai motor tu lebih baik aku ulangkaji buku. Haha... Alasan! 

Update blog. Aku rasa inilah kerja yang patut diberikan pujian sekali. Ahaks~ Weyy, bukan senang tau nak tengok blog eLLow! ni di-update. Kehidupan sebagai pelajar menunutut masa yang lebih kepada buku, termasuklah bukumuka dan maka dengan itu blog ini pun terbiar sebegitu lama. Kesian blog saya ni. Huhu...

*zzzzzzzz.....

Alamak, awal pagi tadi masa aku tengah upate blog tertidur pulak. Hehehe... Ni mesti pasal dah takde idea nak taip ape. So, sekarangpun dah agak lewat untuk sambung update blog. Lebih baik aku bersiap untuk ke kelas. Sayakan pelajar berwibawa. Hahaha... :P

Sampai disini, Wassalam.

2 comments:

Naz said...

kim salam kat Humairah yer... hehehehe...
-petua elakkan tertido : jangan tutup mata.. :p

Along Fina said...

Humairah jawab salam kau. petua tu nak buat aku pitam terus kot? haha