Friday, July 22, 2011

Err... Siapa nama?

Assalamualaikum...

Apa khabar? Kabare? Ni haw ma? How are you?

Hahaha.. saje nak menggedik en.. hahaha.. suka hati saya lah~

Kalau post yang lepas, aku ada kata nak buat surprise masa balik Shah Alam kan? Hahaha.. takde maknanya. Last-last aku bagitau juga kat parents aku yang aku nak balik malam tu, macam cadangan KAK PAANI.. Hehe.. Yela, habis takkan aku nak stay kat stesen bas tu pagi-pagi buta tu ye dak? Sorry la kak Paani. Saya asyik lupa nak buat kunjungan balas ke blog akak. Asyik tak sempat je. Nanti kalau saya sempat saya datang ye.  :)

Time malam tu en, aku tengah borak-borak dengan roomate aku yang kebetulan balik sama waktu dengan aku. Kami duduk kat tepi longkang. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki yang duduk kat sebelah romate aku tu sebut "Siapa nama? Siapa nama?" Mula-mula aku tak perasan langsung. Aku ingat dia cakap kat fon. Yela, nada dia pun mendatar je? Tak macam orang nak bertanya pun? Tapi dah lama-lama dia asyik ulang ayat tu, aku pun pandang la. Rupa-rupanya dia tanya kami.
sumber imej : Google


"Err.. Fina." jawab aku dengan penuh rasa kehairanan.

"Oh. Tolong jaga beg sekejap boleh?" tanya dia dah ready nak bangun.

"Errr.. Okey..." aku jawab tanpa rasa yakin. Hahaha... Lepas tu aku tengok dia menuju ke tandas. Lepas tu aku dan roomate aku pun gelak terbahak-bahak. Sejak tu, kami gelarkan dia 'Abang Siapa Nama'. Hahaha.. jahat tak? Tapi lepas dia ambil semula beg dia tu aku dah tak jumpa dah Abang Siapa Nama tu.

Bagi aku la kan, kalau nak tegur untuk minta tolong tu jangan la tanya nama tiba-tiba. Suara pulak mendatar je. Atleast bagi la hint yang dia sedang bertanya kami. So takdelah kami buat bodoh je masa dia tanya tu en. Hahaha... Atleast, panggil la "Awak! Awak!" So fahamlah kami dia panggil kami. Kan?

Tu lah.. Kadang-kadang aku rasa juga, tak semua orang pandai menyesuaikan ayat untuk bercakap dengan orang lain. Walaupun bahasa Malaysia. Pelik. Padahal itu adalah bahasa seharian.

Kalian tahu aku balik awal cuti ni? Sebab banyak kerja nak kena buat untuk Universiti Islamic Festival 2011 ni. Aku jadi event manager untuk Pertandingan Nasyid Antara IPT. So memang agak busy. Pagi tadi aku kena call semula semua peserta. Biasa ok je. Aku cakap lancar je. Tapi tiba-tiba bila sampai masa aku call satu IPT ni, aku jadi gagap. Otak aku melayang. Rasa macam nak dengar suara dia. Sampai apa yang aku cakap pun aku tak ingat. Gagap gila. Kenapa eh? 

p/s: Ok ke template baru aku ni? Aku tak ada idea la. So aku buat simple-simple je. :O

Thursday, July 14, 2011

Dilema pulang ke Shah Alam

Assalamualaikum...

Hari ni dah hari Jumaat. Untuk diploma UiTM, esok bermulalah cuti mid-semester untuk kami. Wah.. boleh balik. Malam ni aku balik la ke Shah Alam. Tapi parents aku tak tahu lagi. Yang tahu cuma adik yang bawah aku tu sorang je. Aku ingat nak buat surprise.  :)

Tapi bila difikirkan balik, tiket aku adalah pukul 11 malam. Mungkin akan bertolak dalam pukul 11.30 malam. InsyaAllah akan tiba di Shah Alam pukul 4-5 pagi. Masalahnya sekarang, siapa nak jemput aku pagi-pagi buta tu? Huhuhu... Kalau siang sikit boleh la aku call adik aku suruh ambil. Tapi kalau dalam waktu tu, adik aku gerenti punya tak bangun lagi. Sebab dia tu punyalah susah nak kejut. Hadoii...

Kalau aku inform mak ayah aku awal, bolehlah diorang prepare awal untuk amibil aku. So takdelah susah sangat nak kejut diorang suruh ambil aku. Tapi kalau aku bagitahu, tiadalah surprise namanya... Huhuhu... Camne ni kawan-kawan??? 

Oke, iklan untuk harini, klik untuk dapatkan maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang!  :)







Wassalam...

Monday, July 11, 2011

Kepalaku dah bengong~

Assalamualaikum. Alhamdulillah... Test semalam agak boleh dijawab. Hehehe... Sekarang tengah bertungkus lumus menyiapkan report bengkel. Pergh! Report ni kene hantar esok, malam ni baru nak mula buat. Huhuhu...
Kawan aku. Aku? tengah ambil gambar ni...  :)

Kepala otak aku pun dah bengong-bengong ni sebab tadi punyalah beri sokongan untuk PC Carnival yang melibatkan salah satu kelab aku.Tadi baru survey-survey, esok baru nak beli.  :)) Kalau sem lepas aku beli kamera, sem ni aku beli apa agaknya? Hehehe.. Okelah, nak siapkan report bengkel. Selamat malam semua! Mimpi indah yaaa~ Wassalam.

Sunday, July 10, 2011

Automotive tu ape tah?

Assalamualaikum. Malam ni aku ada test Automotive. Adeh... Naik gila menghafal engine ni. Arghhh! Nah korang tolong study untuk aku. Ye? Thanks all. <3  Sumber imej Google  :))



p/s: Pasni aku boleh baiki engine kereta korang. Erm.. korang nak bayar aku berapa ribu? hahaha...