Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Aku jadi agen iLuvislam. Jom tengok ada produk apa?

Assalamualaikum...

Note: Ini adalah sticky post sehingga sehari selepas birthday aku tahun 2012  :) Sila scroll ke bawaaaah lagi untuk post terbaru :)

 Wah!! barang panas ni, baru keluar dari kotak~

Sunday, October 30, 2011

Cinta Sampai Jinjang Pelamin

Assalamualaikum.

Hai semua. Seriously dah lama gila tak update blog. Lama gila. Gila lama. Haha!

Terharu bila ada juga yang singgah. Walaupun tak update kan. Hihi. Sorry la. Busy ohh. Tak tahu apa yang busy sangat. Tapi Facebook tak busy pula kan? Ngehngeh...

Oh ya. About the topic. Salah seorang sahabatku, eh bukan! Salah dua orang sahabatku (eh ada ke ayat macam tu?), biasanya aku panggil  mereka Kak Alin dan Abang Malik, tak biasanya aku panggil... er... aku tak pernah panggil mereka secara tak biasa. Kut. Ha, mereka berdua telahpun selamat diijabkabulkan hari Sabtu (29/10/2011) yang lepas.




Pergh! Sunggu tak sangka. Kak Alin yang gila-gila dah jadi isteri orang. Aduh. Mana nak cari akak yang sporting macam ni lagi? Susah wo..


Tapi Abang Malik pun susah juga aku nak percaya. Dulu dia duduk kat Shah Alam juga. Rumah kami kira dekat-dekat jugalah... Jadi sememangnya aku dah kenal dia dari kecik. Fuh.. baru aku sedar bahawa Abang Malik dah dewasa sebenarnya. Eh, ke aku yang tak dewasa-dewasa lagi? Hehe.. Taklah, aku masih remaja okey~ ngehngeh...

Apapun, aku nak sampaikan pantun:
Pergi Melaka terburu-buru,
Mahu beri ucapan buatmu,
Ucapan Selamat Pengantin Baru,
Moga kekal ke anak cucu.

Wow! Fina dah pandai nak karang pantun dah. Hehe... Sekarang ni aku menanti kad jemputan dari sahabat-sahabat blogger pula. Ha ni ada pantun lagi:

Kerepek hangus kadang kala,
Terus nyorokkan dalam tin,
Naz mahu kahwin bila?
Hysman juga bila kahwin?

Ececeh! Ewah! Hahaha... Apa? Aku? Aku tak mahu langkah bendul. Bagilah senior blogger kahwin dulu ye tak? Hehehe.. 

Ooooke, disebabkan aku dah lama tak update blog dan poket pon dah kering, apakata korang tengok-tengokkan promosi-promosi ni? Klik je mana satu yang berminat.




Okelah, sampai disini saja. Hingga jari bertemu keyboard lagi. Wassalam. :)




Thursday, July 14, 2011

Dilema pulang ke Shah Alam

Assalamualaikum...

Hari ni dah hari Jumaat. Untuk diploma UiTM, esok bermulalah cuti mid-semester untuk kami. Wah.. boleh balik. Malam ni aku balik la ke Shah Alam. Tapi parents aku tak tahu lagi. Yang tahu cuma adik yang bawah aku tu sorang je. Aku ingat nak buat surprise.  :)

Tapi bila difikirkan balik, tiket aku adalah pukul 11 malam. Mungkin akan bertolak dalam pukul 11.30 malam. InsyaAllah akan tiba di Shah Alam pukul 4-5 pagi. Masalahnya sekarang, siapa nak jemput aku pagi-pagi buta tu? Huhuhu... Kalau siang sikit boleh la aku call adik aku suruh ambil. Tapi kalau dalam waktu tu, adik aku gerenti punya tak bangun lagi. Sebab dia tu punyalah susah nak kejut. Hadoii...

Kalau aku inform mak ayah aku awal, bolehlah diorang prepare awal untuk amibil aku. So takdelah susah sangat nak kejut diorang suruh ambil aku. Tapi kalau aku bagitahu, tiadalah surprise namanya... Huhuhu... Camne ni kawan-kawan??? 

Oke, iklan untuk harini, klik untuk dapatkan maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang!  :)







Wassalam...

Saturday, December 19, 2009

Mari housemate dengan ku~

Assalamualaikum...
hohoho..
aku dah buntu...
taktau nak buat macam mana lagi nieh..
kawan2 ku, mari tolong!!!
begini masalahnya:
(camne nak mula yeer??)

Bismillahirrahmanirrahim...
ok,
next semester...
kene duduk kat rumah sewa..
rumah sewa dah dapat.. according to my friend, fify...
Thanks fifi...


According to Fifi, details rumah tu camnie:

Lokasi: Dekat-dekat dengan stesen minyak petronas, dekat-dekat dengan UiTMPP... boleh tumpang bas UiTM skali..
Jenis: Rumah teres, besar dan cantik! (aku tak pernah tengok)
Bilik: 3 bilik tidur, 2 bilik air.
Harga: RM650.00 (kongsi2 la bayar...)

ok... the problem is: housemate tak cukupppp!
So, sesiapa yang berminat nak ber-housemate denganku, sila hubungi aku secepat mungkinnn!
segala persoalan,akan ku ajukan kepada Fifi. Contact aku kay, **********
Ok, sekian terima kasih.